Lim Kit Siang

#kerajaangagal7 – Call for immediate and unconditional release of artist-activist Fahmi Reza as political satire is not a crime

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia is swiftly sliding down the abyss of oppression and authoritarianism – the latest example being the arrest of artist-activist Fahmi Reza.

I join the call for the immediate and unconditional release of Fahmi as political satire is not a crime.

What is most deplorable is the police break-in into Fahmi’s house and damage to the front-door during the arrest.

If Parliament had not been undemocratically and unconstitutionally suspended, Fahmi’s arbitrary arrest would have overshadowed all other issues in Parliament – but parliamentary scrutiny and oversight of the Executive to provide the constitutional check-and-balance of the Executive does not now exist as Parliament has been undemocratically suspended.

Malaysia is not only having a kakistocracy, we are having an oppressive and authoritarian kakistocracy.

The kakistocratic character of the backdoor, incompetent, undemocratic and illegitimate government is best exemplified by its failure to effectively fight the Covid-19 pandemic, despite contrary claims by the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday.

It would appear that the government is totally lost as to how to spearhead an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic although it was more than a year since the pandemic started – or Parliament would not have been suspended.

Yesterday is the seventh consecutive day the daily increase of new Covid-19 cases have exceeded 2,000 mark.

The government is warning that Covid-19 cases may return to the heights not seen since the peak of the third wave due to non-compliance with the Covid SOPs.

This is outrageous and is proof that the declaration of an emergency to purportedly combat the Covid-19 pandemic on January 12 is an abysmal failure.

In the last few days, there have been examples of the kakistocracy that Malaysia is suffering from, viz:

· Schoolgirls shamed, groped and violated’ in period spot checks;

· Selective prosecution in charging the eight members from the United Chinese School Association of Jerantut with unlawful assembly in February while government’s inaction in the case of the Subang Umno chief, who led a group of residents to protest against the construction of SJKC Too Joon Hing on April 19, saying a national school for all races should be built instead; and

· The government’s decision to pass an emergency ordinance allowing it to tap into the National Trust Fund (KWAN) for vaccine expenses.

In my #kerajaangagal3 statement on Tuesday, 20th April, 2021, I had referred three instances of a kakistocracy-in-action:

1. The injustice of the incarceration of Simon Momoh, a Nigerian who is under detention pending deportation by the Immigration Department after having served his one-day jail sentence for drink driving when Momoh should be released immediately to reunite with his Malaysian family, wife Low Kar Hui and daughters Divine and Elisha.

2. The fate of the 122-year-old Convent Bukit Nenas in Kuala Lumpur

3. The lop-sided, biased and inaccurate secondary school history textbooks as exposed by Malaysian historian Ranjit Singh Malhi.

Two of these three issues have made progress, with the Shah Alam High Court ruling that the Immigration Department had contravened the Federal Constitution and the Immigration Act 1959 by continuing to detain the Nigerian in the absence of a remand order and the 60-year extension of the land lease of the SMK Convent Bukit Nenas in Kuala Lumpur.

Malaysians must not give up the fight to justice, freedom, excellence and integrity.

We must now save the country from kakistocracy.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, April 24, 2021)

======================

#kerajaangagal7 — Seruan untuk pembebasan segera artis aktivis Fahmi Reza tanpa syarat kerana satira politik bukanlah satu jenayah

Malaysia semakin hari semakin menggelusur ke dalam lembah penindasan dan autoritarianisme — dengan penangkapan artis aktivis Fahmi Reza.

Saya menyertai seruan untuk pembebasan segera Fahmi tanpa syarat, kerana satira politik bukanlah satu jenayah.

Apa yang lebih buruk lagi adalah tindakan pihak polis yang memecah masuk ke rumah Fahmi dan menyebabkan kerosakan pada pintu hadapan rumah beliau semasa penangkapan.

Sekiranya Parlimen tidak gantung secara tidak demokratik dan tidak sah, berita mengenai penangkapan Fahmi ini akan ditenggelami oleh pelbagai isu-isu lain di Parlimen — namun semak imbang pihak eksekutif kini tidak dapat dijalankan kerana Parlimen telah digantung sidangnya.

Malaysia bukan sahaja berhadapan dengan sebuah kakistokrasi, tetapi sebuah kakistokrasi yang menindas dan bersifat autoritarian.

Sifat kakistokratik kerajaan pintu belakang yang gagal, tidak demokratik dan tidak sah ini jelas dapat dilihat daripada kegagalannya untuk mengawal wabak Covid-19 dengan berkesan, walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin cuba mendakwa sebaliknya semalam.

Kini kelihatan kerajaan seakan-akan tidak tahu bagaimana untuk menggerakkan usaha dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19 walaupun selepas lebih daripada setahun sudah berlalu sejak wabak ini bermula — jika tidak, Parlimen pastinya tidak akan digantung sidangnya.

Semalam menandakan hari ketujuh berturut-turut di mana kadar peningkatan harian Covid-19 dalam negara berada di atas paras 2,000 kes.

Kerajaan memberikan amaran yang kes Covid-19 mungkin akan kembali ke kemuncak yang sudah lama tidak dilihat seperti dalam gelombang ketiga wabak ini akibat daripada kegagalan mematuhi SOP Covid-19.

Perkara ini tidak boleh diterima dan menjadi bukti bahawa proklamasi darurat untuk kononnya melawan Covid-19 pada 12 Januari adalah satu kegagalan besar.

Dalam beberapa hari yang lepas, terdapat beberapa contoh baharu kakistokrasi di negara kita, seperti:

– Pelajar perempuan dimalukan, diraba, dan dicabuli untuk menyemak kedatangan haid;

– Pendakwaan secara terpilih terhadap lapan ahli Persatuan Sekolah Cina Bersatu di Jerantut di atas dakwaan perhimpunan haram pada bulan Februari sementara kerajaan tidak berbuat apa-apa kepada Ketua UMNO Subang yang memimpin protes sekumpulan penduduk membantah pembinaan SJKC Too Joon Hing pada 19 April, dengan mengatakan yang sekolah kebangsaan yang sepatutnya dibina; dan

– Keputusan kerajaan untuk mewartakan ordinan darurat untuk membenarkannya mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) untuk tujuan perbelanjaan vaksin.

Dalam kenyataan #kerajaangagal3 saya pada hari Selasa, 20 April 2021, saya telah memberikan contoh tiga kejadian yang menonjolkan kakistokrasi:

1. Tindakan tidak adil terhadap warga Nigeria, Simon Momoh yang ditahan untuk diusir oleh Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara selama sehari selepas didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk sedangkan dia sepatutnya dibebaskan untuk pulang ke pangkuan keluarga mereka yang merupakan warga Malaysia, iaitu isterinya Low Kar Hui dan dua anak perempuannya Divine dan Elisha.

2. Nasib Sekolah Convent Bukit Nenas yang berusia 122 tahun di Kuala Lumpur.

3. Buku teks sejarah sekolah menengah yang sepihak, berat sebelah dan tidak tepat seperti yang didedahkan oleh sejarawan Malaysia Ranjit Singh Malhi.

Dua daripada tiga perkara ini telah menyaksikan kemajuan, dengan Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Jabatan Imigresen telah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Imigresen 1959 dengan tindakan untuk terus menahan warga Nigeria tersebut tanpa sebarang perintah reman, dan pelanjutan selama 60 tahun pajakan untuk SMK Convent Bukit Nenas di Kuala Lumpur.

Rakyat Malaysia tidak boleh berputus asa dalam perjuangan untuk mendapatkan keadilan, kebebasan, kecemerlangan, dan integriti.

Kini, kita perlu menyelamatkan negara ini daripada kakistokrasi.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu, 24 April 2021)

Exit mobile version