Lim Kit Siang

#kerajaangagal4 — the 18-rung fall of Malaysia in Reporters without borders (RSF) annual press freedom index 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

In my first #kerajaangagal daily statement on Sunday, I called on the Health Minister, Adham Baba, to stop his game of semantics and focus on checking the rise in the daily increase of Covid-19 cases and bring the third Covid-19 wave down to double-digit figures before the advent of the fourth Covid wave or resign!

Since then, the mishandling of the Covid-19 pandemic has featured in every one of my #kerajaangagal daily statements.

Today is no exception, as more and more Malaysians have woken up to the fact that Malaysia is one of the worst national performers in the war against the Covid-19 pandemic.

We have for six consecutive days breached the 2000-mark in daily increase of new
Covid-19 cases, posing the question whether Malaysia would be faced with a fourth Covid-19 wave before we can bring the third Covid-19 wave under control by reducing the daily increase of new cases to double-digit figures.

We do not want to compare ourselves with the United States and the European nations who occupied eight of the 10 top spots for the most cumulative total of Covid-19 cases, but even in East Asia and Pacific region, we have trailed behind Singapore, Taiwan, South Korea, China, Japan, Thailand, Hong Kong and Vietnam in our performance as a nation in the war against the Covid-19 pandemic.

Malaysia is the worst country in ASEAN for “cases per million” and has an even higher ratio of “cases per million” than India, which is facing deadly new Covid wave to retake the No. 2 place in the world with the most number of cumulative total of Covid-19 cases from Brazil on April 10, 2021.

The Health Ministry said yesterday that the spread of Covid-19 is a global phenomenon and not limited to Malaysia, and that neighbouring countries such as Thailand and Indonesia were also grappling with a surge in new infections.

Is there any explanation why Malaysia has a ratio of 11,606 for “cases per million population” while Indonesia is 5,855 while Thailand 646?

Why Malaysia is ranked No. 44 with a cumulative total of 379,473 cases, as compared Thailand, which has double Malaysia’s population, is ranked No. 107 with 45,185 cases?

But what must take the cake for the #kerajaangagal4 statement today is Malaysia’s 18-rung drop on Reporters Without Border’s (RSF) annual press freedom index 2021– with Malaysia dropping the most out of 180 countries in the World Press Freedom Index.

Ranked 119, Malaysia is sandwiched between the Republic of Congo and Nigeria.

Malaysia’s best ranking was in 2020 (101 out of 180 countries ranked) while the worst ranking was in 2014 and 2015 (147).

RSF said that Malaysia’s press freedom situation improved dramatically after the 2018 elections, but things have gone in reverse since the Pakatan Harapan government was toppled in 22 months by the Sheraton Move conspiracy bringing in a backdoor, undemocratic and illegitimate Prime Minister Muhyiddin Yassin.

“For the media, the restoration of more authoritarian rule in 2020 has led to prosecutions, police searches, expulsions (of journalists and a whistleblower) and flagrant violations of the confidentiality of journalists’ sources.

“To protect themselves against the government’s offensive, many journalists have had to censor themselves,” he said.

From macro to micro, the latter for #kerajaangagal4 will be malfunctioning of the 10 ventilators given to Sarawak hospitals in conjunction with the official visit of the Health Minister on April 13, as revealed by the DAP Sarawak State Assemblyperson for Bukit Assek Irene Mary Chang Oi Ling.

At least, the non-functioning or faulty ventilators can be replaced but can the 18-rung drop in Malaysia’s RSF Press Freedom Index 2021 be undone and improved on further by a backdoor, undemocratic and illegitimate government which had to depend on an emergency to prolong its rule?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 21st April 2021)


#kerajaangagal4 — kejatuhan 18 anak tangga untuk Malaysia dalam indeks tahunan kebebasan akhbar Reporters Without Borders (RSF)

Dalam siri kenyataan #kerajaangagal pertama saya pada hari Ahad, saya menggesa Menteri Kesihatan, Adham Baba, untuk berhenti memainkan hujah semantik dan sebaliknya fokus terhadap angka kadar kenaikan harian Covid-19 untuk memastikan angka ini turun ke julat dua angka, jika tidak, beliau patut letak jawatan!

Sejak daripada hari tersebut, kegagalan menguruskan Covid-19 dalam negara menjadi tema harian siri kenyataan ini.

Tidak ada bezanya hari ini, memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia telah menyedari bahawa negara kita adalah antara negara dengan prestasi terburuk dalam mengendalikan wabak Covid-19.

Untuk enam hari berturut-turut, kita telah mencatatkan lebih daripada 2,000 kes baharu setiap hari, menimbulkan persoalan, sama ada kita sedang berhadapan dengan gelombang keempat wabak ini sebelum kita berjaya mengawal gelombang ketiga penularannya dengan menurunkan angka kes harian kepada julat dua angka.

Kita tidak mahu membandingkan negara kita dengan Amerika Syarikat atau negara-negara Eropah yang menduduki lapan daripada 10 tempat teratas di dunia. Tetapi, dia kawasan serantau Asia Timur dan Pasifik sekalipun, kita berada di belakang Singapura, Taiwan, Korea Selatan, China, Jepun, Thailand, Hong Kong, dan Vietnam dalam prestasi kita melawan wabak Covid-19.

Malaysia adalah negara dengan angka “kes per sejuta penduduk” yang terburuk di ASEAN, dengan nisbah “kes per sejuta penduduk” yang lebih tinggi berbanding dengan India — sebuah negara yang sedang berhadapan dengan gelombang baharu yang baru sahaja merampas semula kedudukan sebagai negara kedua dengan jumlah kes tertinggi daripada Brazil pada 10 April 2021.

Kementerian Kesihatan mengatakan semalam yang penularan wabak Covid-19 adalah satu fenomena global dan tidak terhad kepada Malaysia, bahawa negara jiran seperti Thailand dan Indonesia juga sedang bergelut dengan peningkatan kadar jangkitan.

Adakah sebarang penjelasan mengapa negara kita mencatatkan nisbah 11,606 kes per sejuta penduduk, berbanding dengan Indonesia dengan 5,855 dan Thailand dengan 646?

Mengapakah Malaysia berada di tempat ke-44 di seluruh dunia dengan 379,473 jumlah kes terkumpul, berbanding dengan Thailand yang mempunyai dua kali ganda jumlah penduduk yang mencatatkan hanya 45,185 kes di tempat ke-107?

Namun apa yang lebih utama dalam kenyataan #kerajaangagal4 hari ini mestilah kejatuhan 18 anak tangga untuk Malaysia dalam indeks kebebasan akhbar 2021 Reporters Without Borders (RSF) — dengan negara kita mencatatkan kejatuhan anak tangga terbesar dalam kalangan 180 buah negara di seluruh dunia.

Berada di tempat ke-119, negara kita berada di antara Republik Kongo dan Nigeria.

Kedudukan terbaik yang pernah disaksikan oleh negara kita adalah pada tahun 2020 (di tempat ke-101 daripada 180 buah negara) manakala tahun 2014 dan 2015 menyaksikan negara kita di kedudukan terburuk di tempat ke-147.

RSF mengatakan situasi kebebasan akhbar di Malaysia bertambah baik secara dramatik selepas pilihan raya umum 2018, tetapi perkara kini bergerak mundur ke belakang sejak kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan hanya selepas 22 bulan mentadbir melalui konspirasi Langkah Sheraton yang membawa masuk kerajaan pintu belakang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang tidak sah dan tidak demokratik.

“Untuk pihak media, pengembalian peraturan yang bersifat lebih zalim pada tahun 2020 telah membawa kepada pendakwaan, serbuan polis, penghalauan (wartawan dan pemberi maklumat), dan pencabulan kerahsiaan sumber wartawan.

“Untuk mempertahankan diri mereka daripada serangan kerajaan, ramai wartawan kini telah menapis laporan mereka sendiri,” kata mereka.

Daripada skala besar ke skala kecil, dengan di skala kecil dapat disaksikan dengan 10 unit alat bantuan pernafasan yang tidak berfungsi yang diberikan kepada hospital di Sarawak sempena lawatan Menteri Kesihatan pada 13 April, seperti yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk Bukit Assek, Irene Mary Chang Oi Ling.

Sekurang-kurangnya, alat bantuan pernafasan yang tidak berfungsi atau rosak ini boleh digantikan, tetapi bolehkah kejatuhan 18 kedudukan untuk negara kita dalam indeks kebebasan akhbar 2021 RSF ini diperbetulkan dan diperbaiki oleh sebuah kerajaan pintu belakang yang tidak demokratik dan tidak sah yang bergantung kepada darurat sebagai bantuan hayatnya?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 21 April 2021)

Exit mobile version