DAP

There is a movement questioning why Gobind, Kula, Tengku Zulpuri, Ramasamy, Jagdeep, Aziz Bari, Zairil and others are DAP MPs or SAs when their constituencies should be contested by Chinese candidates

By Kit

April 19, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

There is surreptitious movement questioning why Gobind, Kula, Tengku Zulpuri, Noorita Sual, Rayer, Ram Karpal, Kasthuri, Sivakumar, Mordi Bimol and Charles Santiago are DAP MPs, Ramasamy the Penang Deputy Chief Minister, Aziz Bari the Perak Opposition Leader and Jagdeep, Zairil, Ganabatirau, Arul Kumar and Veerapen State Exco Members and Rajiv, Edry, Jamaliah, Syerleena, Satees, Sivanesan, Terence Naidu, Young Syefura, Kamache, Gunasekaran, Mary Josephine, Saminathan, Ramakrishnan, Sheikh Umar and Jannie Lasimbang State Assembly persons when these constituencies should be contested by Chinese candidates.

This movement sounds the call of “Chinese unite” to respond to the “Malays unite” political call, advocating that in the 15th General Election, the Chinese voters should vote for good Chinese candidates regardless of political party.

The inspiration of this surreptitious movement is from the MCA and Gerakan, which hopes to join forces with DAP members who agree with this approach.

This is why when I tried to explain the true picture as to why the Unified Examination Certificate (UEC) was not accorded recognition in the 22-month Pakatan Harapan Government before it was toppled by the Sheraton Move conspiracy, there was a very strong reaction which led to organised cybertrooper responses saying that they do not want to listen to any explanation about the UEC.

Why is this so?

If what I said contained mistakes or fallacies, expose them. Closing one’s eyes and shutting’s one ears is not the action of a rational human being.

I had quoted what Pakatan Harapan promised on the UEC in the 14th General Election in Buku Harapan, which said:

“Pakatan Harapan will undertake to recognise UEC certificates to enter public institutions of higher learning (IPTA) provided that applicants have a credit in Bahasa Melayu at the SPM level. For this purpose, the UEC certificate will be assessed to be equivalent to the existing general qualification for entry into IPTA.”

I also pointed out that at the DAP Retreat in 2019, the then Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad said the Pakatan Harapan government was committed to the pledge to recognise the UEC certificate to enter public institutions of learning, after an assessment. Datuk Seri Anwar Ibrahim also made a similar commitment.

I admitted that the high hopes and expectations of the 14th General Election to restore Malaysia as a world-class great nation – in the words of Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman to be “a beacon of light in a difficult and distracted world” – had not been fulfilled.

I said:

“Instead of five years of institutional reforms and political, economic, social and educational changes to strongly anchor Malaysia as a world-class great nation, the Pakatan Harapan Government was toppled by the Sheraton Move conspiracy after 22 months, ushering in a backdoor, undemocratic and illegitimate government which suspended Parliament as it was unsure that it could continue to command the support of the majority of MPs in Parliament.”

Did I say anything wrong, untrue or incorrect? If so, point it out.

The same refusal to hear explanation is evident when I tried to counter, with facts, the lies that I have changed my stand on Jawi in 1984, that I had said that one must learn Jawi to be a Malaysian or that DAP Secretary-General Lim Guan Eng had declared that he was not a Chinese when he was appointed Finance Minister.

Why so afraid of the truth?

The real challenge is whether we can rekindle, re-inspire, re-energize and re-motivate among Malaysians, both at home and in the Malaysian Diaspora worldwide, hope and inspiration in the Malaysian Dream for the country to be a world-class great nation by ensuring that the 15th General Election can fulfill the high but dashed hopes of the 14th General Election for reform and salvation!

I say it can be done although it is a very tall order. The darkest hour is just before the dawn. All we need are conviction, stamina, commitment and perseverance to pursue the Malaysian Dream.

We rejected kleptocracy in the 14th General Election. Let Malaysians reject kakistocracy in the 15th General Election.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 19th April 2021)

Terdapat gerakan yang mempersoalkan mengapa Gobind, Kula, Tengku Zulpuri, Ramasamy, Jagdeep, Aziz Bari, Zairil dll menjadi Ahli Parlimen atau Adun DAP sedangkan semua jawatan ini patut ditandingi oleh calon Cina

Terdapat gerakan diam-diam yang mempersoalkan mengapa Gobind, Kula, Tengku Zulpuri, Noorita Sual, Rayer, Ram Karpal, Kasthuri, Sivakumar, Mordi Bimol dan Charles Santiago menjadi Ahli Parlimen DAP, Ramasamy menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Aziz Baru menjadi Ketua Pembangkang di Perak, dan Zairil, Jagdeep, Ganabatirau, Arul Kuma dan Veerapen menjadi Ahli-ahli EXCO, dan Rajiv, Edry, Jamaliah, Syerleena, Satees, Sivanesan, Terence Naidu, Young Syefura, Kamache, Gunasekaran, Mary Josephine, Saminathan, Ramakrishnan, Sheikh Umar dan Jannie Lasimbang menjadi ADUN sedangkan semua jawatan ini patut ditandingi oleh calon Cina.

Gerakan ini membawa seruan “perpaduan Cina” sebagai respons kepada seruan politik “perpaduan Melayu”, menggesa supaya dalam Pilihan Raya Umum ke-15, pengundi Cina perlu mengundi calon Cina yang baik tanpa mengira parti politik mereka.

Inspirasi pergerakan ini datang daripada parti MCA dan Gerakan, yang berharap untuk bergabung tenaga dengan ahli-ahli DAP yang bersetuju dengan pendekatan ini.

Kerana inilah apabila saya cuba menjelaskan gambaran sebenar mengenai mengapa Sijil Peperiksaan Dipersatukan (UEC) tidak diberikan pengiktirafan dalam tempoh 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ia ditumbangkan melalui konspirasi Langkah Sheraton, terdapat reaksi yang sangat kuat yang membawa kepada serangan tentera siber yang cuba mengatakan yang mereka tidak mahu mendengari sebarang penjelasan mengenai perkara ini.

Mengapakah begini?

Sekiranya apa yang saya katakan itu mempunyai kesilapan, dedahkanlah. Menutup mata dan telinga bukanlah satu tindakan yang rasional.

Saya telah memetik apa yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan mengenai UEC dalam Buku Harapan, yang mengatakan:

“Pakatan Harapan akan mengiktiraf sijil UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA.”

Saya juga telah menekankan di pemukiman DAP pada tahun 2019, Perdana Menteri sewaktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengatakan yang kerajaan Pakatan Harapan kekal komited kepada janji untuk mengiktiraf UEC untuk kemasukan ke institusi pengajian awam selepas kaji selidik dijalankan. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah membuat komitmen yang serupa.

Saya mengakui yang harapan yang tinggi dan jangkaan selepas PRU14 untuk mengembalikan Malaysia ke arah menjadi negara hebat berkelas dunia — dalam kata-kata Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu” — tidak berjaya dipenuhi sepenuhnya.

Saya telah katakan:

“Daripada mendapat reformasi institusi reformasi dan perubahan politik, ekonomi, sosial, dan pendidikan selama lima tahun untuk menetapkan hala tuju negara kita sebagai negara yang hebat, kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan hanya selepas 22 bulan melalui konspirasi Langkah Sheraton, yang membawa masuk sebuah kerajaan pintu belakang yang tidak sah dan tidak demokratik yang telah menggantung sidang Parlimen demi kelangsungan hidupnya.”

Adakah saya telah mengatakan apa-apa yang salah, tidak benar, atau silap? Jika ya, sila tunjukkannya.

Keengganan untuk mendengar penjelasan ini juga terbukti jelas apabila saya cuba menjelaskan, dengan fakta, penipuan yang kononnya saya telah berubah daripada pendirian saya pada tahun 1984, yang saya kini mengatakan seseorang itu perlu mempelajari Jawi untuk menjadi rakyat Malaysia, atau kononnya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan yang beliau bukanlah seorang Cina apabila beliau dilantik menjadi Menteri Kewangan.

Mengapakah takut dengan kebenaran?

Cabaran sebenar yang dihadapi kita sekarang adalah sama ada kita mampu untuk menghidupkan semula dan memberikan motivasi kepada rakyat Malaysia, baik di dalam negara atau di luar negara, memberikan harapan untuk mencapai Impian Malaysia untuk negara kita menjadi negara hebat berkelas dunia dengan memastikan Pilihan Raya Umum ke-15 dapat memenuhi cita-cita yang terbantut dalam PRU-14 yang lalu!

Saya telah katakan yang perkara ini boleh dilakukan walaupun ia tidaklah mudah. Waktu yang paling gelap adalah waktu sebelum subuh. Apa yang kita perlukan adalah keazaman, stamina, komitmen, dan kecekalan untuk mengejar Impian Malaysia ini.

Kita telah menolak kleptokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-14. Marilah kita semua rakyat Malaysia menolak kakistokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-15.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 19 April 2021)