Malaysian Dream

Malaysia needs a government which is dedicated to fulfilling the Malaysian Dream to restore the national aspiration to become a world-class great nation

By Kit

April 07, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

There is a lot of thunder and lightning on the Malaysian political scene and the country is undergoing unprecedented number of political intrigues and conspiracies.

But they are not wrestling with the most important issue in Malaysia – which is how to establish a government which is dedicated to fulfilling the Malaysian Dream to restore the national aspiration to become a world-class great nation.

When we achieved Merdeka in 1957, our economy, education, judiciary and civil service, and in some sports, were among the best in the world, but the past six decades we have slipped behind one country after another in these fields while Malaysia had become infamous in areas which would have embarrassed our founding fathers – like becoming “kleptocracy at its worst”!

The 14th General Election was a high-water mark in the pursuit of the Malaysian Dream, for it represented a superhuman effort by Malaysians who believe in the Malaysian Dream to roll back decades of regression and imprudent policies and to try to fulfil Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman’s hope that Malaysia can be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

But the hopes and dream of Malaysians for a New Malaysia spelt out in Buku Harapan – the 2018 general election manifesto of Pakatan Harapan coalition – suffered a grievous blow when the Pakatan Harapan Government was toppled by the Sheraton Move conspiracy after 22 months, ushering in a backdoor illegitimate government which suspended Parliament as it was unsure that it could continue to command the support of the majority of MPs in Parliament.

Instead of five years of institutional reforms and political, economic, social and educational changes to strongly anchor Malaysia as a world-class great nation, we were suddenly plunged into a post-PH scenario with the country teetering on the verge of a kakistocracy, while facing the worst racial and religious polarisation after many years of unhampered dissemination of a deluge of fake news, lies, falsehoods and disinformation to drum up fear, distrust and hatred among the diverse races, languages, religions and cultures in the country.

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lambasted PAS as “Parti Ajaran Sesat” in the last decade, both when he was in UMNO and Bersatu, but it posed no obstacle to his formation of Perikatan Nasional with PAS.

We have today Cabinet Ministers who reject the basic nation-building principles in the Malaysian Constitution and the Rukun Negara – constitutional monarchy, federalism, Malaysia as a plural society, parliamentary democracy, the separation of powers, the rule of law, good governance, public integrity, respect for human rights, religious freedom and tolerance.

Last week, Indonesia’s Vice President, Ma’ruf Amin – formerly the Supreme Leader of Nahdlatul Ulama (NU) in Indonesia, the world’s largest Islamic organisation – declared that Indonesia is not a Islamic state and reiterated support for Pancasila as the foundational nation-building basis for Indonesia.

Is the PAS President, Hadi Awang, prepared to announce that Malaysia is not an Islamic State and declare support for Rukun Negara as the foundational nation-building principles.

While it is understandable to regard ourselves as Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans or Muslims, Buddhists, Christians, Hindus, Sikhs, Taoists first and Malaysian second in the early decades of nationhood, will the Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin now declare that in 2021, he is Malaysian first and Malay second?

If after six decades of Malaysian nationhood, we continue to subordinate our Malaysian identity and consciousness to other identities and consciousness, (while nobody is suggesting that Malaysians should surrender their other multiple identities) then it is a failure in Malaysian nation-building and nationhood!

This is the substance of the Malaysian Dream.

It is sad and tragic that the various political intrigues and conspiracies in Malaysia are not carried out in pursuit of the Malaysian Dream.

We had a mandate of five years to implement the Pakatan Harapan manifesto and fulfil the Malaysian Dream for a New Malaysia, but this was cut short in 22 months by the Sheraton Move conspiracy which toppled the Pakatan Harapan government and ushered in a backdoor and illegitimate regime.

There is frustration, disappointment and even despair in the land.

Has Malaysia reached a terminal stage where the future is only kleptocracy, kakistocracy and a failed state?

So long as Malaysians do not believe the siren song that any race or religion is facing extinction – as there is no race or religion in Malaysia’s plural society which wants to eliminate another race or religion – and Malaysians regardless of race or religion can focus on the shared middle ground of making Malaysia a world-class great nation which delivers a better quality of life in education, economics, public health, housing and environment to all Malaysians, then the Malaysian Dream is still alive, relevant and pertinent.

The greatest challenge today is how we can rekindle, re-inspire, re-energize and re-motivate hope and inspiration in the Malaysian Dream for the country to be a world-class great nation by ensuring that the 15th General Election is another superhuman effort to fulfill the high but dashed hopes of the 14th General Election for reform and salvation.

But we must learn from the mistakes of the 22-month Pakatan Harapan government.

Firstly, the importance of public perception – we must not, for example, convey the perception that we are not serious about our general election promises which happened when the former Prime Minister said that the PH Election Manifesto was not a bible. Even if 80 or 90 per cent of the election pledges had been implemented in the five-year mandate, damage would have been done. It was worse when the five-year tenure of the PH government was cut short in 22 months by the Sheraton Move conspiracy.

Secondly, the Prime Minister and Cabinet must have a Pakatan Harapan coalition mindset and framework. A major Pakatan Harapan mistake in the 22 months of Pakatan Harapan government was that the Prime Minister and the Cabinet Ministers did not have a Pakatan Harapann coalition mindset and framework and prepared to be guided by these principles.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 7th April 2021)

Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang berdedikasi untuk memenuhi Impian Malaysia untuk mengembalikan aspirasi nasional untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia

Negara gegak kempita dengan kancah politik Malaysia yang dipenuhi konspirasi politik yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Namun, isu yang paling penting di Malaysia, bagaimana untuk membentuk kerajaan yang berdedikasi untuk memenuhi Impian Malaysia untuk mengembalikan aspirasi nasional untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia masih terus dipinggirkan.

Ketika kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem ekonomi, pendidikan, kehakiman dan perkhidmatan awam kita, malah bidang sukan kita, adalah antara yang terbaik di dunia, tetapi dalam tempoh enam dekad yang lepas kita telah ketinggalan berbanding dengan kebanyakkan negara — negara lain dalam bidang — bidang ini, sebaliknya menjadi terkenal di seantero dunia dengan gelaran “kleptokrasi yang terburuk” yang membawa malu kepada maruah tokoh — tokoh awal negara kita.

Pilihan Raya Umum ke — 14 adalah tanda aras tertinggi dalam mengejar Impian Malaysia, kerana ia merupakan usaha luar biasa rakyat Malaysia yang dengan keazaman terhadap Impian Malaysia untuk menebus kegagalan berdekad — dekad dan berusaha memenuhi impian Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman agar Malaysia dapat menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Tetapi harapan dan impian rakyat Malaysia untuk Malaysia Baharu seperti yang dinyatakan dalam Buku Harapan — manifesto pilihan raya umum 2018 gabungan Pakatan Harapan — dimusnahkan apabila Kerajaan Pakatan Harapan digulingkan melalui konspirasi Langkah Sheraton selepas hanya 22 bulan mentadbir negara, sekali gus melihat terbentuknya kerajaan pintu belakang yang tidak sah yang seterusnya menggantung Parlimen kerana tidak yakin ia akan terus mendapat sokongan majoriti ahli parlimen di Parlimen.

Daripada melakukan pembaharuan institusi dan perubahan politik, ekonomi, sosial dan pendidikan selama lima tahun untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia, kita tiba — tiba terjerumus ke dalam senario pasca — PH dengan negara kini bergerak ke ambang kakistokrasi, sementara berhadapan dengan polarisasi perkauman dan agama yang terburuk setelah bertahun — tahun berdepan tanpa henti penyebaran berita palsu, pembohongan, kepalsuan dan maklumat yang tidak benar yang direka bertujuan untuk menimbulkan rasa takut, tidak percaya dan kebencian di antara pelbagai kaum, bahasa, agama dan budaya di negara ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menganggap PAS sebagai “Parti Ajaran Sesat” dalam dekad terakhir ketika dia masih berada dalam UMNO dan Bersatu, tetapi hal itu tidak menghalangnya untuk bekerjasama dengan Pas untuk membentuk Perikatan Nasional.

Kita hari ini mempunyai Menteri Kabinet yang menolak prinsip — prinsip asas pembinaan negara dalam Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara — Raja Berperlembagaan, federalisme, Malaysia sebagai masyarakat majmuk, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang — undang, pemerintahan yang baik, awam integriti, penghormatan terhadap hak asasi manusia, kebebasan beragama dan toleransi.

Minggu lalu, Wakil Presiden Indonesia, Ma’ruf Amin — mantan Pemimpin Tertinggi Nahdlatul Ulama (NU) di Indonesia, organisasi Islam terbesar di dunia — menyatakan bahawa Indonesia bukan sebuah negara Islam dan mengulangi sokongan terhadap Pancasila sebagai dasar pembangunan negara bangsa untuk Indonesia.

Adakah Presiden PAS, Hadi Awang, bersedia untuk mengumumkan bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan menyatakan sokongan terhadap Rukun Negara sebagai asas pembinaan negara bangsa.

Walaupun dapat difahami bahawa kita menganggap diri kita sebagai orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Taois pertama dan Malaysia kedua pada dekad awal kebangsaan, adakah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekarang akan menyatakan bahawa pada tahun 2021, beliau pertamanya adalah rakyat Malaysia, sebelum identitinya sebagai seorang Melayu?

Sekiranya setelah enam dekad kenegaraan Malaysia, kita terus menundukkan identiti dan kesedaran Malaysia kita kepada identiti dan kesedaran yang lain, (sementara tidak ada yang menyarankan agar rakyat Malaysia menyerahkan identiti mereka yang lain) maka itu sebenarnya adalah sebuah kegagalan dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia!

Inilah hakikat impian Malaysia.

Adalah menyedihkan dan tragis bahawa pelbagai usaha dan konspirasi politik di Malaysia tidak dipacu untuk mengejar Impian Malaysia.

Kami mempunyai mandat selama lima tahun untuk melaksanakan manifesto Pakatan Harapan dan memenuhi Impian Malaysia untuk Malaysia Baru, tetapi ini telah digagalkan dalam 22 bulan oleh konspirasi Langkah Sheraton yang menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan dan menghasil sebuah rejim pintu belakang dan tidak sah.

Terdapat kekecewaan bahkan rasa tidak puas hati yang dirasai ramai pihak di negeri ini.

Adakah Malaysia telah mencapai tahap tepu di mana hanya kleptokrasi, kakistokrasi dan negara yang gagal dilihat sebagai destinasi yang akan dituju?

Selagi mana rakyat Malaysia tidak mempercayai kata-kata yang mendakwa mana-mana kaum atau agama sedang diancam kepupusan — kerana tidak ada kaum atau agama dalam masyarakat majmuk Malaysia yang ingin kaum atau agama lain dihapuskan — dan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama dapat memberi tumpuan kepada usaha untuk titik persefahaman bagi menjadikan Malaysia sebagai negara hebat bertaraf dunia yang memberikan kualiti hidup yang lebih baik dalam pendidikan, ekonomi, kesihatan awam, perumahan dan persekitaran kepada semua rakyat Malaysia, supaya Impian Malaysia terus hidup dan relevan.

Cabaran terbesar hari ini adalah bagaimana kita dapat menghidupkan kembali, menginspirasi kembali dan memotivasi kembali harapan dan inspirasi dalam Impian Malaysia agar negara menjadi negara hebat bertaraf dunia dengan memastikan bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 adalah satu lagi usaha luar biasa rakyat Malaysia untuk memenuhi harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu untuk melakukan reformasi.

Tetapi kita mesti belajar dari kesilapan pemerintahan Pakatan Harapan selama 22 bulan.

Pertama, pentingnya persepsi masyarakat — kita tidak boleh, misalnya, menyampaikan persepsi bahawa kita tidak serius dengan janji pilihan raya kita seperti yang berlaku ketika mantan Perdana Menteri mengatakan bahawa Manifesto Pemilihan PH bukanlah kitab suci. Sekalipun 80 atau 90 perarus janji pilihan raya telah dilaksanakan dalam tempoh mandat lima tahun, ia tetap akan mengundang persepsi negatif. Lebih teruk lagi apabila tempoh lima tahun pemerintahan PH dalam 22 bulan telah ditamatkan oleh konspirasi Langkah Sheraton.

Kedua, Perdana Menteri dan Kabinet mesti bergerak dalam pemikiran dan kerangka gabungan Pakatan Harapan. Kesalahan besar Pakatan Harapan dalam 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan adalah kerana Perdana Menteri dan Menteri Kabinet tidak bergerak dalam pemikiran dan kerangka pakatan Pakatan Harapan dan bersedia dipandu oleh prinsip-prinsip ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 7 April 2021)