(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Tan Sri Muhyddin Yassin is the first Prime Minister in Malaysia who cannot command majority support in Parliament.
This is why Parliament is suspended and emergency declared to allegedly combat the Covid-19 pandemic.
This is also why Muhyiddin has ignored the Yang di Pertuan Agong’s most clear position on Feb. 24 that Parliament may convene during the emergency period based on the advice of the Prime Minister.
Since the Yang di Pertuan Agong had made his position clear on Feb.24, the Cabinet had met six times but it had been most negligent in not once considering the Yang di Pertuan Agong’s advice.
I do not agree with UMNO veteran Tengku Razaleigh Hamzah that the Yang di Pertuan Agong can convene Parliament without the Prime Minister’s advice, but the Prime Minister, Tan Sri Muhytiddin Yassin, and his bloated Cabinet had violated all constitutional proprieties and norms in ignoring the Yang di Pertuan Agong’s advice for six consecutive Cabinet meetings.
In fact, I would go so far as to say that the Prime Minister and his Cabinet had acted in utter disregard of the Rukun Negara on “Loyalty to King and country”.
Tun Dr. Mahathir Mohamad will not be Prime Minister for a third time, but we have reached an unprecedented political situation where there is no one person who can command majority support of Members of Parliament.
Pakatan Harapan should focus on the 15th General Election and we should get away from the numbers game as to who can win majority support in Parliament to become Prime Minister before the next general election.
I am glad that when visiting the “Malaysian Dream” Theatre Impian in Bukit Jalil, Kuala Lumpur on Wednesday, the Parliamentary Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said that Pakatan Harapan should be moving forwards, strengthen the idealism of the people and focus on getting the machinery ready for the battlefield in the next general election to champion the aspirations of the people.
Muhyiddin has said that emergency would end on August 1 to be followed by the holding of the 15th General Election.
But from the look of the shape of things to come, neither the emergency will be ended on August 1 nor will the 15th General Election be held in the third or fourth quarter of the year.
Muhyiddin is intoxicated with absolute powers without parliamentary scrutiny or check, which is the reason for latest Emergency (Essential Powers) Ordinance conferring absolute powers on the Prime Minister to enact supplementary supply bills without parliamentary scrutiny or check – although the Emergency Proclamation ends on August 1 in four months’ time.
I agree with Anwar that there is no reason for the new emergency ordinance that allows federal government to pass supplementary budgets without legislative scrutiny, which is most unethical, irresponsible, undemocratic and dictatorial.
It is shocking that Malaysians performed a political miracle in the 14th General Election on May 9, 2018 to reject a kleptocratic dictator only to be confronted 22 months later with a kakistocratic dictator.
The Budget 2021 which passed four months ago already allocated sufficient funds for the country’s Covid-19 response.
If valid additional spending is needed, then Muhyiddin should advise the Yang di Pertuan Agong to convene Parliament as the Yang di Pertuan Agong has declared that Parliament can be convened in an emergency.
Furthermore, any valid additional spending to combat the Covid-19 pandemic will get the unanimous support of Parliament, as all MPs from all political parties would like to see the Covid-19 pandemic ended as early as possible.
In fact, I had been calling for the convening of Parliament to spearhead a national mobilisation effort for an “all-of-government”and “whole-of-society” strategy and approach to bring the Covid-19 pandemic under control so as to restore normalcy and initiate efforts at economic recovery in the fourth quarter of the year.
The backdoor and illegitimate nature of the present regime has made it very intolerant of democratic practices and norms, which is one reason for the egregious violation of the unanimous parliamentary mandate to confer the right to vote on Malaysians above the age of 18 in the next general election and why the constitutional amendment is being sabotaged.
Can Muhyiddin explain why 50 years ago, United Kingdom can execute the parliamentary mandate to confer the right to vote to those 18 years and above within a year of the law being given the Royal Assent but why 50 years later, Malaysia needs more than three years to implement such a measure?
This is kakistocracy at its worst!
Malaysians are faced with an unprecedented political situation, with a three-kingdom scenario among Bersatu, PAS and UMNO – but what is obvious is that these three parties in the illegitimate “backdoor” government are not pursuing the Malaysian Dream.
We must never yield to the temptation of “Power for Power’s sake” but must ensure that all our actions are guided by our principles and our commitment to pursue justice, eliminate corruption, uphold the rule of law and separation of power, close the growing gap between the haves and have-nots and improve the life of all Malaysians – all ingredients of the Malaysian Dream!
(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, to DAP leaders and activists at the DAP Iskandar Puteri parliamentary liaison premise in Skudai on Thursday, 1st April 2021 at 8 pm)
Mahathir tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, namun Malaysia berhadapan dengan situasi politik yang belum pernah berlaku di mana tiada sesiapa pun memiliki sokongan majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri pertama di Malaysia yang tidak mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.
Kerana inilah Parlimen digantung sidangnya dan darurat diisytiharkan atas alasan kononnya untuk mengekang wabak Covid-19.
Perkara ini juga menjadi sebab mengapa Muhyiddin tidak mengendahkan titah Yang di Pertuan Agong pada 24 Februari lalu bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat berdasarkan nasihat Perdana Menteri.
Kabinet telah bermesyuarat sebanyak enam kali sejak Yang di Pertuan Agong menyampaikan titah nasihat tersebut, namun tidak sekali pun saranan Baginda itu dipertimbangkan.
Saya tidak bersetuju dengan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengatakan Yang di Pertuan Agong boleh memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat Perdana Menteri, namun, Muhyiddin dan barisan Kabinetnya telah melanggar kelaziman dan ketetapan Perlembagaan dengan mengabaikan titah Yang di Pertuan Agong dalam keenam-enam mesyuarat yang diadakan mereka.
Malah, saya berani untuk mengatakan yang Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya telah bertindak bertentangan dengan prinsip “Kesetiaan kepada Raja dan Negara” seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.
Tun Dr Mahathir tidak mungkin akan menjadi Perdana Menteri buat kali ketiga, namun Malaysia berhadapan dengan situasi politik yang belum pernah berlaku di mana tiada sesiapa pun memiliki sokongan majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.
Pakatan Harapan harus memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan kita harus meninggalkan “permainan angka” yang berlegar dalam lingkungan persoalan tentang pihak mana yang dapat mengumpulkan sokongan majoriti di Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum seterusnya.
Saya berasa gembira semasa kunjungan ke pameran “Impian Malaysia” Teater Impian di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan harus bergerak maju ke depan, mengukuhkan idealisme rakyat dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mempersiapkan jentera bagi berdepan medan peperangan dalam pilihan raya umum akan datang, selain berusaha mengangkat aspirasi rakyat.
Muhyiddin sebelum ini berkata bahawa tempoh darurat akan tamat pada 1 Ogos dan PRU-15 akan menyusul selepas itu.
Namun melihat pada situasi semasa, nampaknya darurat tidak akan tamat pada 1 Ogos dan PRU-15 juga tidak akan dilaksanakan pada suku ketiga atau keempat tahun ini.
Muhyiddin sedang mabuk dengan kuasa mutlak tanpa sebarang mekanisme semak dan imbang, dengan pewartaan satu ordinan baru yang memberikan kuasa kepada Perdana Menteri untuk meluluskan Belanjawan Tambahan tanpa penelitian atau semakan Parlimen – meskipun pengisytiharan darurat akan berakhir dalam tempoh empat bulan dari sekarang.
Saya bersetuju dengan Anwar bahawa tidak ada alasan untuk ordinan berkenaan diluluskan kerana ia jelas tidak beretika, tidak bertanggungjawab, tidak demokratik dan bersifat diktator.
Ironinya, setelah rakyat Malaysia bersatu hati melakukan keajaiban politik dengan menolak seorang diktator kleptokratik dalam PRU-14 pada 9 Mei 2018, 22 bulan kemudian rakyat Malaysia terpaksa pula berdepan dengan sebuah diktator yang mengamalkan kakistokrasi.
Belanjawan 2021 yang diluluskan empat bulan lalu telah memperuntukan dana yang mencukupi bagi mempersiapkan negara menghadapi Covid-19.
Jika ada perbelanjaan tambahan yang sah diperlukan, Muhyiddin sepatutnya menasihati Yang di Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen kerana Baginda telah bertitah bahawa Parlimen boleh bersidang dalam tempoh darurat.
Tambahan pula, sebarang perbelanjaan tambahan yang diperlukan bagi membiayai usaha melawan Covid-19 pasti akan menerima sokongan padu daripada Parlimen, kerana semua Ahli Parlimen dari semua parti mahu melihat wabak Covid-19 berakhir secepat yang mungkin.
Malah, saya telah berkali-kali menggesa agar kerajaan membenarkan Parlimen untuk bersidang bagi menerapkan strategi dan pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam menangani wabak Covid-19 supaya kehidupan rakyat kembali normal dan ekonomi dapat pulih seawal suku keempat tahun ini.
Hakikat rejim sedia ada yang dibentuk melalui pintu belakang dan secara tidak sah ini telah menyebabkannya tidak bertoleransi kepada perilaku-perilaku demokratik, yang menjadi sebab mengapa mandat parlimen untuk menurunkan had umur mengundi kepada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dalam pilihan raya yang akan datang dicabuli dan usaha pindaan perlembagaan ini disabotaj.
Boleh Muhyiddin menjelaskan, mengapa 50 tahun yang lepas, United Kingdom boleh melaksanakan mandat Parlimen untuk memberikan hak mengundi kepada mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas dalam tempoh setahun selepas undang-undang tersebut dipinda dan diberikan kelulusan Diraja, tetapi 50 tahun kemudian, di Malaysia, kita memerlukan lebih daripada tiga tahun untuk melaksanakan langkah ini?
Inilah kakistokrasi yang terburuk sekali!
Rakyat Malaysia berhadapan dengan situasi politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ditambah dengan sandiwara “Hikayat Tiga Negara” yang melibatkan Bersatu, PAS dan UMNO — namun apa yang pasti; kerajaan pintu belakang yang dibentuk ketiga-tiga parti tersebut tidak memperjuangkan Impian Malaysia yang diidamkan rakyat.
Kita tidak boleh terleka dan terbuai dengan godaan kuasa, sebaliknya kita harus siap untuk memastikan setiap tindak tanduk kita berdasarkan prinsip dan komitmen untuk memperjuangkan keadilan, menghapuskan rasuah, mengangkat kedaulatan undang-undang dan menghormati konsep pemisahan kuasa, selain merapatkan jurang antara yang kaya dan yang miskin, malah mempertingkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia — inilah ramuan yang diperlukan untuk menggapai Impian Malaysia!
(Ucapan oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, di hadapan pemimpin dan aktivis DAP di pusat khidmat parlimen di Skudai pada hari Khamis, 1 April 2021, 8 pm)