Education

Malaysia has descended into a hypo-kakistocracy (hypocrisy-kakistocracy) with the statement by Muhyiddin that he had advised UMNO Ministers not to quit

By Kit

March 31, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia has descended into a hypo-kakistocracy (hypocrisy-kakistocracy) with the statement by the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, that he had advised UMNO Ministers not to quit.

Muhyiddin said he had advised the UMNO Ministers to remain in the Cabinet to take into account the people’s interest and the country.

Muhyiddin is being quite hypocritical, when what he really meant was that the UMNO Ministers should remain to take into account Muhyiddin’s interest and survival and not that of the country.

The backdoor and illegitimate Muhyiddin government, the product of the infamous Sheraton Move, would have fallen if the UMNO Ministers had resigned their Ministerial posts.

Why deny what everybody knows?

Muhyiddin said he had advised the UMNO leaders  to stay on so that government efforts to combat Covid-19 and revive the economy will not be disrupted.

Muhyiddin should tell it to the marines as only the imbecile would believe it.

If the government had been effective and efficient in combating Covid-19 pandemic, we would not have the third wave of the Covid-19 pandemic which is one of longest Covid-19 waves in the world and entering the eighth month in its duration.

Are we in the trajectory to become a kakistocracy, as illustrated by having the largest Cabinet in the nation’s history but its worst Cabinet, which does not have the moral and political courage to address three  historic challenges:

The Cabinet meeting today had come and gone, but the Cabinet continued as kakistocratic as ever with Ministers more concerned about their place in the Cabinet than the burning issues in Malaysia today!

Why is the Cabinet dumb, blind and deaf to calls for the acceleration of the Covid-19 vaccination programme so that it could be completed by Malaysia Day on Sept. 16 and normality and economic recovery can be seriously initiated in the fourth quarter of the year?

Why is the Cabinet dumb, blind and deaf to the “war” in the Royal Malaysian Police Force despite  the Inspector-General of Police, Abdul Hamid Bador revealing that 34 police and enforcement officers were involved in a syndicate, and why is the Cabinet not giving the IGP full support?

Why is the Cabinet dumb, blind and deaf to Malaysia’s controversial RM320 million compensation to Singapore for cancelling the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail (HSR) project, although the people of Johor will be the greatest losers?

In Pursuit of Malaysian Dream first principle is to recognise that Malaysia is falling behind other nations in excellence, meritocracy,  good governance and competitiveness

In pursuit of the Malaysian Dream for Malaysia to be a world-class great nation, the first principle is to recognise that Malaysia is falling behind more and more countries in excellence, meritocracy,  good governance and competitiveness.

We have regressed in our quest to  become a world-class great nation, including a country with the competitive edge over other nations in being able to draw foreign investments for the economic growth and prosperity, which is all the more important after the economic ravages of the Covid-19 pandemic after more than a year.

We must learn from our mistakes that prevent Malaysia from becoming a world-class great nation, whether in ensuring public trust and confidence,  good and democratic governance,  infrastructure investment or human capital development.

When Tan Sri Muhyiddin Yassin was the Education Minister at the beginning of  the last decade, he launched the Malaysia Education Blueprint 2013-2025  in September 2012 for Malaysia to become a “wonder nation” and make the quantum jump from the bottom third to top third of 2021 PISA (Programme for International Assessment) tests of OECD.

But this had been a dismal failure, for instead of leaping into the top third of the PISA tests, Malaysia’s 2018 PISA results had been worse than the 2015 PISA results in all the three subjects of maths, science and reading and we are still far from the top third among the 80 PISA participating countries.

The four sets of PISA results for Malaysia since 2009 are as follows:

PISA Score (Rank)

2009 2012 2015 2018
Maths 404 (57) 421 (52) 446 (45) 440 (47)
Science 422 (52) 420 (53) 443 (47) 438 (48)
Reading 414 (55) 398 (59) 431 (50) 415 (56)

Can we do better in the fifth 2021 PISA tests?

Another dismal failure of the Education Blueprint 2013-2025 was its strategic goal of recruiting from the top 30% cohort into the teaching profession.

According to the Ministry of Education’s statistics at the time, top academic performers comprised only 1% of applicants into the Bachelor of Education program in 2009 and this was only increased to 9% of total applicants in 2011. What is the position today?

A decade later, we have slipped further in human capital development to the extent that multinational companies (MNCs) are less keen to employ local engineers who had graduated from local public universities, preferring graduates from Philippines, Vietnam, Thailand and even Indonesia.

They say local graduate engineers fall below their requirement, viz:

  1. they cannot perform their tasks well;
  2. they will need more training on the job (which will cost time and money);
  3. its more a nuisance to hire them, especially when engineers from nearby ASEAN countries can perform better.

We have also slipped in the world competitiveness ranking  from No. 22 in 2019 to No. 27 in 2020. Our ranking in the 2021 world competitiveness report is likely to be even worse!

Since 1970, the GDP of Malaysia has increased 90 times but Indonesia has increased by 117 times, Vietnam 122 times, China 163 times, Singapore 175 times and South Korea 178 times.

After the past 50 years, both Singapore and Vietnam have overtaken Malaysia in having larger GDPs.

The launching of the Theatre Impian is to sound the bugle call that the time has come for  all Malaysians to realise that we are losing out to more and more countries in creating a world-class great nation and  a workforce with technology know-how, political maturity and stability, racial harmony, the rule of law, control of corruption and good governance and that there must be new spurt of national energies to make Malaysia great again if we are not to be relegated to be  a hypocritical and kakistocratic state!

Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at Theatre Impian, Bukit Jalil during a visit by Parliamentary Opposition Leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim on Wednesday, 31st March 2021 at 3.30 p.m

Malaysia telah terjerumus ke lembah hipo-kakistokrasi (hipokrasi-kakistokrasi) selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah menasihati Menteri UMNO agar tidak meletak jawatan

Malaysia telah terjerumus ke lembah hipo-kakistokrasi (hipokrasi-kakistokrasi) selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau telah menasihati Menteri UMNO supaya tidak meletakkan jawatan.

Muhyiddin dilapor telah menasihati Menteri UMNO untuk kekal dalam Kabinet. Keputusan itu kononnya mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

Tindakan Muhyiddin ini bersifat hipokrit, beliau sebenarnya bukan hendak menyelamatkan negara, sebaliknya menyelamatkan kepentingan dan kelangsungan politik beliau sendiri.

Kerajaan pintu belakang dan tidak sah yang dibentuk Muhyiddin, yang merupakan hasil produk Langkah Sheraton, akan runtuh musnah jika semua Menteri UMNO letak jawatan.

Mengapa hendak nafikan hakikat yang telah diketahui oleh semua ini?

Muhyiddin berkata beliau menasihati pemimpin UMNO untuk kekal sebagai Menteri kerana kononnya tidak mahu membantutkan usaha kerajaan dalam melawan Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Muhyiddin usah kelentong – kerana hanya orang yang tolol percaya dengan kata-kata tersebut.

Jika kerajaan benar-benar efektif dan cekap dalam melawan wabak Covid-19, kita tidak akan mengalami gelombang ketiga wabak Covid-19 yang terpanjang di dunia yang mana berlarutan sejak lapan bulan lalu sehingga hari ini.

Adakah kita sedang menuju ke arah untuk menjadi sebuah negara kakistokrasi, di mana kita memiliki sebuah Kabinet terbesar dalam sejarah negara, tetapi tidak mempunyai keberanian politik dan moral untuk menyahut tiga cabaran bersejarah.

Kabinet setiap minggu bermesyuarat, namun mereka masih mengamalkan budaya kakistokrasi — di mana tiada seorang pun Menteri Kabinet bangkit bersuara mengenai isu-isu hangat dalam negara.

Mengapa Kabinet Muhyiddin begitu buta dan pekak terhadap desakan untuk mempercepatkan program imunisasi Covid-19, supaya ia dapat dijayakan sebelum sambutan Hari Malaysia, 16 September, supaya kehidupan rakyat dapat kembali normal serta memulakan kerja-kerja pemulihan ekonomi bermula suku keempat tahun ini?

Mengapa Kabinet berkelakuan seakan-akan tidak sedar mengenai dakwaan “perang” dalam pasukan Polis Diraja Malaysia meskipun Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador telah mendedahkan bahawa 34 anggota polis dan pegawai penguatkuasa terlibat dalam kegiatan sindiket, dan mengapa Kabinet tidak menyatakan sebarang sokongan padu kepada usaha KPN untuk membersihkan pasukan polis?

Mengapa Kabinet kelihatan seakan-akan tidak peduli dengan kontroversi pampasan RM320 juta yang dibayar Malaysia kepada Singapura kerana membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur – Singapura (HSR), meskipun ia bakal merugikan rakyat negeri Johor?

Dalam usaha mengejar Impian Malaysia, prinsip pertama yang diperlukan adalah untuk mengakui bahawa Malaysia telah ketinggalan jauh berbanding negara-negara lain dalam aspek kecemerlangan, meritokrasi, tadbir urus baik dan persaingan 

Kita telah mundur setapak dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, termasuk menjadi salah sebuah negara yang mampu bersaing sebaris dengan negara-negara lain dalam membawa masuk pelaburan asing bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi, yang merupakan sesuatu yang perlu diberikan keutamaan lebih-lebih lagi selepas ekonomi menempuh waktu yang sukar dan suram akibat penularan wabak Covid-19 yang berlarutan sejak setahun yang lalu.

Kita harus mengambil iktibar daripada kesilapan yang menyebabkan negara terbantut menjadi salah sebuah negara hebat bertaraf dunia, dalam pelbagai aspek antaranya keyakinan dan kepercayaan masyarakat, tadbir urus baik dan demokratik, pelaburan infrastruktur atau pembangunan modal insan.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Pendidikan pada awal dekad yang lalu, beliau melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 pada September 2012 dengan harapan Malaysia menjadi “negara yang luar biasa” dan melonjakkan kedudukan ujian PISA (Program untuk Penilaian Antarabangsa) OECD dari ketiga ke bawah ke ketiga teratas pada 2021.

Namun, perkara ini menjadi kegagalan yang menyedihkan, kerana hakikatnya kedudukan ujian PISA kita tidak melonjak ke tangga ketiga kerana keputusan PISA Malaysia pada 2018 lebih buruk berbanding keputusan PISA 2015 dalam ketiga-tiga subjek matematik, sains dan membaca dan kita masih jauh dari tempat ketiga teratas antara 80 negara peserta PISA.

Empat keputusan PISA Malaysia sejak 2009 adalah seperti berikut:

Skor PISA (Kedudukan)

2009 2012 2015 2018
Matematik 404 (57) 421 (52) 446 (45) 440 (47)
Sains 422 (52) 420 (53) 443 (47) 438 (48)
Membaca 414 (55) 398 (59) 431 (50) 415 (56)

Bolehkah kita melakukan yang lebih baik dalam ujian kelima PISA 2021?

Paling menyedihkan Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 gagal mencapai matlamat strategiknya untuk merekrut individu dari peringkat 30% teratas ke dalam profesion perguruan.

Menurut statistik Kementerian Pendidikan pada masa itu, hanya 1% daripada jumlah pemohon yang memohon mengikuti program Sarjana Muda Pendidikan pada tahun 2009 adalah individu yang mempunyai prestasi akademik tertinggi dan statistik ini hanya meningkat kepada 9% daripada jumlah pemohon pada tahun 2011. Bagaimana kedudukannya hari ini?

Satu dekad kemudian, kita ketinggalan lebih jauh dalam usaha pembangunan modal insan sehingga syarikat multi-nasional (MNC) kurang berminat untuk mengambil jurutera tempatan yang mempunyai kelulusan dari universiti awam tempatan, sebaliknya memilih lulusan dari Filipina, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Mereka mengatakan jurutera siswazah tempatan kurang memenuhi kriteria mereka, iaitu:

  1. mereka tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik;
  2. mereka memerlukan lebih banyak latihan pekerjaan (yang memerlukan masa dan wang);
  3. lebih menyusahkan untuk mengupah mereka, terutamanya apabila jurutera dari negara-negara ASEAN yang berdekatan dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Kita juga ketinggalan dalam indeks persaingan global apabila jatuh ke tangga 27 pada 2020 daripada tangga 22 pada 2019. Dapat dibayangkan bahawa kedudukan negara kita pada 2021 akan lebih teruk daripada sebelumnya.

Sejak 1970, KDNK Malaysia telah meningkat 90 kali tetapi Indonesia meningkat lebih tinggi iaitu 117 kali, Vietnam 122 kali, China 163 kali, Singapura 175 kali dan Korea Selatan 178 kali.

Setelah 50 tahun yang lalu, Singapura dan Vietnam telah mengatasi Malaysia dengan mempunyai KDNK yang lebih besar.

Pelancaran Teater Impian ini adalah untuk menyahut suara-suara yang berkata: sudah tiba masanya untuk semua rakyat Malaysia memiliki kesedaran bahawa Malaysia semakin jauh ketinggalan berbanding negara-negara lain dalam membentuk sebuah negara hebat bertaraf dunia – dan mewujudkan tenaga kerja dengan pengetahuan teknologi, kematangan dan kestabilan politik, keharmonian kaum, kedaulatan undang-undang, kawalan rasuah dan pemerintahan yang baik – dan perlu menyerap suatu semangat yang baru untuk menjadikan Malaysia hebat semula jika kita tidak mahu negara terus terjerumus ke lembah hipokrasi dan kakistokrasi!

Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri semasa lawatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Theatre Impian, Bukit Jalil  pada Rabu, 31 Mac 2021, 3.30 p.m