Elections

Malaysia is already some fifty years behind the developed world – do we want to continue to regress and go backwards or are Malaysians to make another supreme effort for the country to become a world-class great nation?

By Kit

March 27, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysia is already some fifty years behind the developed world – do we want to continue to regress and go backwards or are Malaysians to make another supreme effort for the country to become a world-class great nation?

I first raised the issue of reducing the voting age to 18 years in Parliament fifty years ago on Human Rights Day on Dec. 10, 1971.

At that time, reducing the voting age to 18 was the exception among countries in the world.

Fifty years later today, the reduction of voting age of 18 has become the rule among countries in the world.

In fact, since 2,000, there is a global movement to reduce the voting age to 16 years.

In 2007, Austria became the first country to allow 16- and 17-year-olds to vote in national elections, with the expanded franchise first being consummated in the 2009 European Parliament election.

In the late 20th and early 21st centuries voting ages were lowered to 18 in India, Switzerland and Morocco. Japan lowered its voting age from 20 to 18 in June 2016.

Many countries, particularly in Western Europe, reduced their voting ages to 18 years during the 1960s and 1970s, starting with the United Kingdom (1969), with the United States (26th Amendment) (1971), Canada, West Germany (1972), Australia (1974), France (1974), and others following soon afterwards.

Harold Wilson’s Labour Party’s Representation of the People Act 1969, which lowered the voting age in United Kingdom to 18 years, was given the Royal Assent on 17th April 1969.

It was implemented in less than a year in the Bridgewater by-election in March 1970 and in the general election on 18th June 1970 which produced a totally unexpected result where Harold Wilson lost to Edward Heath’s Conservatives, although opinion polls had predicted an easy victory for Labour – up to 12.4% ahead of the Conservatives.

The question the Chairman of the Election Commission, Abdullah Ghani Salleh should answer is why half a century ago, the electoral authorities in the United Kingdom could implement the reduction of voting age to 18 years old in less than a year, while Malaysia has to take three years to implement a similar legislation.

Furthermore, why are the majority of the countries in the world capable of reducing the voting age to 18, but the Election Commission in Malaysia is struggling with the measure?

Finally, why is the deadline to implement the constitutional amendment lowering of the voting age to 18 extended by more than a year to September 2022, although the Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law), Takiyuddin Hassan had told Parliament in November last year that it would be implemented by July 2021 this year?

The Covid-19 pandemic is used as an convenient excuse to commit a multiplicity of sins – from suspension of Parliament to denying voters above 18 years the right of vote in the next general election.

The Election Commission should have been able to register those above 18 years as voters immediately after the constitutional amendment to lower the voting age had been given the Royal Assent and gazetted on Sept., 10, 2019. Why was this not done?

I had called on Abdullah Ghani Salleh to resign as Election Commission Chairman and give way to a new Chairman who can fulfil Parliament’s mandate to ensure Malaysians over the age of 18 can vote in the next general election as he should have known when he accepted to offer to become Election Commission Chairman in August 2019 replacing Azhar Azizan Harun who resigned to become Speaker of Dewan Rakyat that his chief KPI would be the implementation of the Parliamentary mandate to allow Malaysians above 18 to vote in the next general election.

Now that he is incapable of achieving this chief KPI, he should have the honour and integrity to resign as Election Commission Chairman.

There is a seven-member Parliamentary Select Committee on agencies under the Prime Minister’s Department, comprising Abdul Latiff bin Abdul Rahmnan (PAS – Kuala Krai), Tajuddin bin Abdul Rahman (UMNO – Pasir Salak), Mohd Nizar bin Haji Zakaria (UMNO – Parit), Anyi Ngau (GPS – Baram), Shaharizukirnain bin Abd Kadir (PAS – Setiu), Khoo Poay Tiong (DAP – Kota Melaka) and Mohd Azis bin Jamman (Warisan – Sepanggar).

This Parliamentary Select Committee should summon Abdullah Ghani Salleh to explain why the Election Commission is not capable of fulfilling Parliament’s mandate to lower the voting age to 18 years in the next general election, when other countries like the United Kingdom could implement the measure in less than a year half a century ago.

While Parliament has been suspended, parliamentary select committees (PSCs) have not been suspended, and so long as a majority of the MPs in the PSC agree to continue their deliberations – even without parliamentary allowance – they should not be prevented from continuing their work.

The question is whether there will be a majority from the seven-member parliamentary select committee who will agree to summon the Election Commission Chairman to explain why the Election Commission is unable to fulfil Parliament’s mandate to lower the voting age of 18 in the next general election.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 27th March 2021)

Malaysia sudah lima puluh tahun ketinggalan belakang negara maju — adakah kita mahu terus mundur ke belakang atau adakah kita akan mengorak langkah bersejarah sekali lagi untuk menjadikan Malaysia negara hebat yang bertaraf dunia?

Malaysia sudah lima puluh tahun ketinggalan belakang negara maju — adakah kita mahu terus mundur ke belakang atau adakah kita akan mengorak langkah bersejarah sekali lagi untuk menjadikan Malaysia negara hebat yang bertaraf dunia?

Pertama kali saya membangkitkan isu mengenai penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun di Parlimen adalah pada lima puluh tahun yang lalu, pada Hari Hak Asasi Manusia, 10 Disember 1971.

Pada masa itu, penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun adalah satu perkara yang luar biasa di antara negara-negara di seluruh dunia.

Lima puluh tahun kemudian, pada hari ini, had umur mengundi 18 tahun telah menjadi satu kebiasaan di negara-negara di seluruh dunia.

Malah, sejak tahun 2000, terdapat usaha global untuk menurunkan had umur mengundi kepada 16 tahun.

Pada tahun 2007, Austria menjadi negara pertama yang membenarkan remaja berusia 16 dan 17 tahun untuk mengundi dalam pilihan raya nasional, dengan hak yang diperluaskan ini pertama kali digunakan dalam pilihan raya Parlimen Eropah 2009.

Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, had umur mengundi diturunkan menjadi 18 di India, Switzerland dan Maghribi. Jepun menurunkan had umur mengundinya dari 20 hingga 18 tahun pada bulan Jun 2016.

Banyak negara, terutama di Eropah Barat, menurunkan had umur mengundi mereka kepada 18 tahun pada tahun 1960-an dan 1970-an, bermula dengan United Kingdom (1969), diikuti dengan Amerika Syarikat (Pindaan ke-26) (1971), Kanada, Jerman Barat (1972), Australia (1974), Perancis (1974), dan diikuti dengan yang lain-lain lagi tidak lama kemudiannya.

Akta Perwakilan Rakyat 1969 yang dibawa oleh Parti Buruh Harold Wilson, yang menurunkan had umur mengundi di United Kingdom kepada 18 tahun, diberi Persetujuan Diraja pada 17 April 1969.

Pindaan ini dilaksanakan dalam waktu kurang dari satu tahun, bermula dengan pilihan raya kecil Bridgewater pada Mac 1970 dan dalam pilihan raya umum pada 18 Jun 1970 yang membawa keputusan yang sama sekali tidak dijangka di mana Harold Wilson tewas kepada Parti Konservatif yang dipimpin oleh Edward Heath, walaupun tinjauan pendapat telah meramalkan kemenangan yang mudah bagi Parti Buruh — yang mendahului 12.4% berbanding dengan Parti Konservatif.

Pertanyaan yang harus dijawab oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Ghani Salleh adalah mengapa setengah abad yang lalu, pihak berkuasa pilihan raya di United Kingdom dapat melaksanakan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun dalam tempoh waktu kurang dari satu tahun, sementara Malaysia memerlukan tiga tahun untuk melaksanakan perkara yang serupa.

Tambahan pula, mengapa majoriti negara di dunia mampu menurunkan usia pengundian menjadi 18 tahun, tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya di Malaysia keberatan dengan perkara ini?

Akhirnya, mengapa tarikh akhir untuk melaksanakan pindaan perlembagaan yang menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun ini dilewatkan lebih dari setahun kepada September 2022, walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan telah memberitahu Parlimen pada November lalu bahawa perkara ini akan dilaksanakan pada bulan Julai 2021 tahun ini?

Wabak Covid-19 digunakan sebagai alasan yang mudah untuk melakukan banyak dosa — dari penggantungan Parlimen hingga penolakan hak pengundi berusia 18 tahun dalam pilihan raya akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya seharusnya mampu untuk terus mendaftarkan mereka yang berusia di atas 18 tahun sebagai pengundi sebaik sahaja pindaan perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi ini diberikan Persetujuan Diraja dan diwartakan pada 10 September 2019. Mengapa perkara ini tidak dilakukan?

Saya telah meminta Abdul Ghani Salleh untuk mengundurkan diri sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan memberi jalan kepada Pengerusi baru yang dapat memenuhi mandat Parlimen untuk memastikan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dapat mengundi pada pilihan raya akan datang. Beliau sepatutnya sedar bahawa cabaran ini — untuk memenuhi mandat Parlimen dalam memastikan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dapat mengundi dalam pilihan raya umum akan datang — semasa beliau menerima tawaran untuk menjadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada bulan Ogos 2019, menggantikan Azhar Azizan Harun yang mengundurkan diri untuk menjadi Speaker Dewan Rakyat akan menjadi kayu ukur prestasi beliau.

Kini, apabila beliau gagal untuk mencapai kayu ukur utama ini, beliau perlu mengundurkan diri dengan integriti dan kehormatan.

Terdapat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang dianggotai oleh tujuh orang Ahli Parlimen; Abdul Latiff bin Abdul Rahmnan (PAS – Kuala Krai), Tajuddin bin Abdul Rahman (UMNO – Pasir Salak), Mohd Nizar bin Haji Zakaria (UMNO – Parit ), Anyi Ngau (GPS – Baram), Shaharizukirnain bin Abd Kadir (PAS – Setiu), Khoo Poay Tiong (DAP – Kota Melaka) dan Mohd Azis bin Jamman (Warisan – Sepanggar).

Jawatankuasa Pilihan Khas ini perlu memanggil Abdul Ghani Salleh untuk menjelaskan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dapat memenuhi mandat Parlimen untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun pada pilihan raya akan datang, ketika negara-negara lain seperti United Kingdom dapat melaksanakan langkah tersebut dalam waktu kurang dari setahun pada setengah abad yang lalu.

Walaupun Parlimen telah digantung sidangnya , jawatankuasa pilihan khas parlimen (JPK) tidak digantung, dan selagi majoriti ahli parlimen dalam JPK tersebut bersetuju untuk meneruskan perbincangan mereka — bahkan tanpa elaun parlimen sekalipun — mereka tidak boleh dihalang daripada meneruskan tugas mereka.

Persoalannya ialah adakah akan ada majoriti dari tujuh anggota jawatankuasa terpilih parlimen yang akan bersetuju memanggil Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menjelaskan mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya tidak dapat memenuhi mandat Parlimen untuk menurunkan usia pengundian 18 tahun pada pilihan raya akan datang.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 27 Mac 2021)