Lim Kit Siang

Abdullah Ghani Salleh should resign as Election Commission Chairman and give way to a new Chairman who can fulfil Parliament’s mandate to ensure Malaysians over the age of 18 can vote in the next general election

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Abdullah Ghani Salleh should resign as Election Commission Chairman and give way to a new Chairman who can fulfil Parliament’s mandate to ensure Malaysians over the age of 18 can vote in the next general election.

The Election Commission announcement yesterday that Malaysians between 18 – 21 years will likely not be able to vote in the next general election is a fundamental breach of Parliament’s mandate which unanimously amended the Constitution in July 2019 to allow Malaysians above 18 years to vote, as well to allow for automatic voter registration.

These constitutional amendments were gazetted on Sept. 10, 2019.

It is not only a fundamental violation of Parliament’s mandate to lower the voting age to 18 years old, but it is an abysmal example of Election Commission’s incompetence and ineptitude that it could not ensure that Malaysians who have reached 18 years of age could cast their vote in the next general election after it had been passed by Parliament for more than two years

This is a fundamental breach of Pakatan Harapan’s pledge as there could be no doubt that if not for the Sheraton Move which ushered in a “backdoor” government at the end of February 2020, Malaysians who have reached 18 years would be able to cast their vote in the 15th general election.

The decision of the Election Commission to postpone the implementation of Undi18, including automatic voter registration to Sept. 1 next year, is completely unacceptable and the Election Commission Chairman would be guilty of a dismissal offence if Parliament had not been suspended.

Nonetheless, Abdul Ghani Salleh should have the integrity and honour to resign as Chairman of Election Commission since he cannot comply with Parliament’s commitment to lower the age of voting to 18 years old in the next general election.

The Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law), Takiyuddin Hassan had told Parliament in November last year that the implementation of the 18-year-old voting age and automatic voter registration was expected to commence at the latest by July this year.

He said that the Election Commission (EC) was working with the National Registration Department (NRD) through both parties’ task force committee to make preparations to implement automatic voter registration and other related matters.

All preparations will be completed within 18 to 24 months from the date of approval by the Senate on July 25, 2019.

Why then the sudden announcement by the Election Commission to postpone the implementation of Undi18, including automatic voter registration to Sept 1, next year.

I had said in July 2019 that the unanimous constitutional amendment to lower the voting age to 18 years was a “historic” occasion and “a wish come true” for me 48 years after my first raising the issue in Parliament on Human Rights Day in 1971 – Dec. 10, 1971.

Now we have a 50-year betrayal when the Election Commission postponed the implementation of the lowering of voting age to 18 and automatic voters’ registration to September next year, making Malaysians above 18 years unable to cast their vote in the next general election.

I said yesterday that Malaysia had become almost a kakistocracy when the Cabinet was not bothered about the country’s performance in the Covid-19 pandemic or unconcerned about corruption and lack of professionalism in the police force.

There has recently been a deluge of developments which showed that Malaysia is on a trajectory towards a kakistocratic state such as:

· Suspension of Parliament and a Cabinet which is prepared to disregard the clear advice of the Yang di Pertuan Agong that Parliament can convene during the Emergency proclaimed on January 11;

· The harsh, disproportionate, unconscionable and unjust compound fine of RM10,000 for individuals and RM50,000 for companies for breach of the movement control order and breach of Covid-19 SOPs;

· The “Dua Darjat” disease during the Covid-19 pandemic;

· The collapse of public trust and confidence in the governance of the country;

· Failure to inform the former Cabinet of a terrorist threat against senior government officials including the then Prime Minister, Dr. Mahathir Mohamad, finance minister Lim Guan Eng, religious affairs minister Mujahid Yusuf Rawa and attorney-general Tommy Thomas before the Sheraton Move in January 2020;

· The International Labour Organisation (ILO) report that Putrajaya had once again failed to respond to its concerns, the latest being the ILO’s 2021 Report on the Application of International Labour Standards released on Feb. 15 and which classified Malaysia as one of the countries that had committed a “serious failure to submit” a response to its requests – four so far.

· Lack of transparency in the multi-billion ringgit Goldman Sachs settlement to dispel claims that Putrajaya had paid hefty legal fees so that they could be kicked back to Bersatu;

· Refusal to register new political parties, PEJUANG and MUDA.

And now, the decision to violate the Parliamentary mandate to allow Malaysians above 18 years age to vote in the next general election.

Can Malaysians take a united stand against kakistocracy as they have taken a united stand against kleptocracy?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 26th March 2021)


Abdullah Ghani Salleh patut meletakkan jawatan sebagai Pengerusi SPR dan membuka ruang kepada seorang Pengerusi baharu yang boleh memenuhi mandat Parlimen untuk memastikan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dapat mengundi dalam PRU yang akan datang

Abdullah Ghani Salleh patut meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya dan membuka ruang kepada seorang Pengerusi baharu yang boleh memenuhi mandat Parlimen untuk memastikan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas dapat mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Pengumuman oleh SPR semalam, yang mengatakan rakyat Malaysia yang berusia di antara 18 sehingga 21 tahun, mungkin tidak akan dapat turut serta mengundi dalam pilihan raya umum akan datang adalah satu bentuk pencabulan mandat Parlimen, yang secara sebulat suara telah meluluskan suatu pindaan Perlembagaan pada bulan Julai 2019 untuk membolehkan rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas untuk mengundi, dan juga untuk membolehkan pelaksanaan pendaftaran pengundi secara automatik.

Pindaan Perlembagaan ini telah diwartakan pada 10 September 2019.

Perkara ini bukan sahaja menjadi satu pencabulan hak Parlimen untuk merendahkan had umur mengundi kepada 18 tahun, tetapi menunjukkan kegagalan SPR untuk memastikan rakyat Malaysia yang telah mencapai usia 18 tahun dapat mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang walaupun selepas dua tahun pindaan ini diluluskan oleh Parlimen.

Perkara ini juga merupakan satu pencabulan janji Pakatan Harapan, memandangkan tanpa sebarang ragu-ragu, sekiranya Langkah Sheraton yang membawa masuk kerajaan pintu belakang pada hujung bulan Februari 2020 tidak berlaku, rakyat Malaysia yang telah cukup umur 18 tahun pasti akan dapat mengundi dalam PRU ke-15 yang akan datang.

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menunda pelaksanaan Undi18, termasuklah pendaftaran pengundi secara automatik kepada 1 September tahun hadapan adalah satu perkara yang tidak boleh diterima sama sekali dan Pengerusi SPR berhadapan dengan kesalahan yang boleh membawa kepada pemecatan sekiranya Parlimen tidak digantung.

Apa-apa pun, Abdul Ghani Salleh perlulah bertindak dengan berintegriti dan penuh bermaruah dan meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi SPR memandangkan beliau telah gagal untuk memastikan SPR berjaya melaksanakan mandat Parlimen untuk menurukan had umur mengundi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Takiyuddin Hassan, telah memberitahu Parlimen pada bulan November tahun lalu yang pelaksanaan penurunan had umur mengundi dan pendaftaran pengundi secara automatik dijangka akan berkuatkuasa selewat-lewatnya pada bulan Julai tahun ini.

Beliau berkata yang SPR sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara melalui Jawatankuasa Khas kedua-dua pihak tersebut untuk membuat persediaan untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik dan persiapan untuk perkara-perkara lain.

Semua persiapan ini dijangkakan selesai dalam masa 18 ke 24 bulan daripada tarikh kelulusan pindaan perlembagaan ini oleh Dewan Negara pada 25 Julai 2019.

Jadi, mengapakah tiba-tiba terdapat pengumuman daripada SPR untuk menangguhkan pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pengundi automatik kepada 1 September 2022?

Saya telah katakan pada bulan Julai 2019 bahawa pindaan perlembagaan secara sebulat suara untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun adalah satu acara bersejarah dan satu “impian yang menjadi kenyataan” kepada saya, selepas 48 tahun sejak daripada pertama kali saya bangkitkan isu ini di Parlimen pada Hari Hak Asasi Manusia pada tahun 1971 — 10 Disember 1971.

Kini, kita mendapat pengkhianatan selepas 50 tahun apabila SPR menunda lagi pelaksanaan perkara ini, menyebabkan rakyat Malaysia yang berusia di atas 18 tahun terlepas hak untuk mengundi dalam PRU yang akan datang.

Saya katakan semalam yang Malaysia hampir menjadi sebuah kakistokrasi apabila Kabinet kelihatan seakan-akan tidak peduli mengenai prestasi negara kita dalam menguruskan wabak Covid-19 atau masalah rasuah dan profesionalisme dalam pasukan polis kita.

Terdapat beberapa perkembangan terkini yang menunjukkan negara kita benar-benar sedang menghala ke arah menjadi sebuah negara kakistokrasi seperti:

– Penggantungan sidang Parlimen dengan sebuah Kabinet Menteri yang bersedia untuk mengabaikan nasihat Baginda Yang di Pertuan Agong yang mengatakan Parlimen boleh bersidang semasa Darurat yang diisytiharkan bermula 11 Januari;

– Denda kompaun bernilai RM10,000 untuk individu dan RM50,000 untuk syarikat yang kejam, menindas, dan tidak bepatutan yang dikenakan atas pelanggaran SOP Covid-19 dan pelanggaran perintah kawalan pergerakan;

– Penyakit “Dua Darjat” semasa negara kita berhadapan masalah Covid-19;

– Keruntuhan kepercayaan dan keyakinan masyarakat dalam pentadbiran negara;

– Kegagalan untuk melaporkan kepada Kabinet sebelum ini mengenai satu ancaman keganasan terhadap penjawat awam kanan, termasuklah Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Menteri Hal Ehwal Agama Dr Mujahid Yusuf Rawa, dan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas sebelum berlakunya Langkah Sheraton, pada bulan Januari 2020;

– Laporan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang mendedahkan Putrajaya sekali lagi gagal untuk memberi maklum balas kepada isu yang dibangkitkan, dengan yang terkini dalam Laporan ILO 2021 mengenai Pemakaian Standard Pekerja Antarabangsa yang diterbitkan pada 15 Februari yang mengkelaskan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang telah melakukan “kegagalan serius untuk menghantar” maklum balas kepada permintaannya;

– Ketiadaan ketelusan dalam penyelesaian kes berbilion ringgit dengan Goldman Sachs untuk menangkis dakwaan yang kerajaan telah membayar kos guaman yang tinggi yang kemudiannya disalurkan kepada Bersatu;

– Keengganan untuk mendaftarkan parti politik baharu, PEJUANG dan MUDA.

Dan kini, keputusan untuk mencabuli mandat Parlimen untuk membenarkan rakyat Malaysia yang telah cukup umur 18 tahun daripada mengundi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Bolehkah kita semua rakyat Malaysia bersatu padu untuk melawan kakistokrasi seperti mana kita bersatu untuk melawan kleptokrasi sebelum ini?

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 26 Mac 2021)

Exit mobile version