COVID-19

Will the Cabinet address two historic challenges today or will it prove to be historic failure although it is the biggest Cabinet in Malaysian history?

By Kit

March 24, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Cabinet has two historic challenges today.

Firstly, will the Cabinet discuss and decide to advise the Yang di Pertuan Agong to convene Parliament to spearhead a national mobilisation of Malaysians to bring the Covid-19 pandemic under control by Malaysia Day on Sept. 16, 2021?

Secondly, will it discuss and set up a Royal Commission of Inquiry on Police Integrity and Professionalism and on how to turn the Malaysian police into a world-class police force?

Although we are not in the abysmal league of 21 nations led by United States, Brazil, India and the European nations which have a cumulative total of over a million to over 30 million Covid-19 cases and fatalities ranging from over 16,000 deaths in Netherlands to over 556,000 deaths in the United States, Malaysia is the worst performing-nation in East Asia and South-East Asia, as reflected by the February 2021 Bloomberg Covid Resilience Ranking which ranked Malaysia as No. 23, lower than Singapore (3), China (6), Taiwan (7), South Korea (8), Japan (9), Thailand (10), Hong Kong (13), Israel (14), UAE (15), India (16), Saudi Arabia (17) and Vietnam (18).

We are ranked No. 45 among countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases – 335,540 cases with latest daily increase of 1,384 new Covid-19 cases – which is way ahead of Myanmar (ranked No. 78 – 142,264 cases) South Korea (No. 84 – 99,421 cases), China (No. 88 – 90,115 cases), Singapore (No. 100 – 60,221 cases), Thailand (No. 116 – 28,277 cases), Vietnam (No. 176 – 2,575 cases), Cambodia (No.183 – 1,788 cases) and Taiwan (No.189 – 1,007 cases), with daily increase of new Covid-19 cases ranging from one case in Taiwan to 401 cases in Thailand.

We have the dubious distinction of having one of the longest Covid-19 waves in the world – as the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia has lasted seven months from the super-spreader event of the Sabah state general election in September and we still cannot return to the triple and double-digit daily increase of new Covid-19 cases.

The Cabinet today should listen to the Yang di Pertuan Agong to advise him to convene Parliament (especially as the Prime Minister is the first to be vaccinated, as well as all Ministers and MPs) to mobilise the whole country as one united force to combat and overcome the Covid-19 pandemic to show Malaysia as one of the better performing nations in the world in the Covid-19 pandemic.

Let all political parties and MPs reach an agreement that during the emergency, there will be no no-confidence motion and Parliament will singly focus on the issue as to how to mobilise the nation as one unit to ensure an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic, enlisting the active support of the entire civil society – organisations and individuals – so that Malaysia can be one of the better performing nations not only in Asia but in the world where normalcy and economic recovery can begin in the last quarter of the year.

The second historic challenge is for the Cabinet to set up a Royal Commission of Inquiry into police integrity and professionalism and how to make the Malaysian police into a world-class police force.

The Cabinet cannot be indifferent to the recent revelations by the Inspector-General of Police, Abdul Hamid Bador that there is a cartel within the police force conspiring to get rid of him, police corruption and professionalism and how to make the Malaysian police into a world-class police force.

Is the Cabinet capable of rising to the historic challengs to address these two grave national issues or will the Cabinet prove to be historic failures although it is the biggest Cabinet in Malaysian history?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, March 24, 2021)

Adakah Kabinet akan cuba untuk mengatasi dua cabaran bersejarah terbesar hari ini atau adakah ia akan terus menjadi satu kegagalan terbesar walaupun dengan saiz gergasinya

Jemaah Menteri berhadapan dengan dua cabaran besar hari ini.

Pertamanya, adakah Kabinet akan membincangkan dan memutuskan untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong untuk memanggil sidang Parlimen, untuk memulakan usaha mobilisasi rakyat Malaysia untuk mengawal penularan wabak Covid-19 dalam negara menjelang sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2021?

Kedua, adakah Kabinet akan membincangkan dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Integriti dan Profesionalisme Pasukan Polis, untuk memastikan pasukan polis dalam negara kita mampu untuk menjadi pasukan polis yang bertaraf dunia?

Walaupun kita tidak termasuk dalam liga yang sama dengan negara-negara seperti Amerika Syarikat, Brazil, India, dan negara-negara Eropah yang mencatatkan lebih daripada 30 juta kes terkumpul, dengan di antara 16,000 kematian di Belanda, sehingga ke 556,000 kematian di Amerika Syarikat, Malaysia masih tergolong dalam kalangan antara negara dengan prestasi terburuk di Asia Timur dan Asia Tenggara, seperti yang diperlihatkan dalam Carta Ketahanan Covid Bloomberg, yang meletakkan negara kita di tempat ke 23, lebih rendah berbanding dengan Singapura (3), China (6), Taiwan (7), Korea Selatan (8), Jepun (9), Thailand (10), Hong Kong (13), Israel (14), UAE (15), India (16 ), Arab Saudi (17) dan Vietnam (18).

Kita berada di tempat ke-45 di seluruh dunia dari segi jumlah kes terkumpul tertinggi, dengan 335,540 kes, jauh di hadapan Myanmar (tempat ke-78 – 142,246 kes) Korea Selatan (tempat ke-84 – 99,421 kes), China (tempat ke-88 – 90,115 kes), Singapura (tempat ke-100 – 60,221 kes), Thailand (tempat ke-116 – 28,277 kes) , Vietnam (tempat ke-176 – 2,575 kes), Kemboja (tempat ke-183 – 1,788 kes) dan Taiwan (tempat ke-189 – 1,007 kes), dengan peningkatan harian berada dalam julat di antara satu kes di Taiwan kepada 401 kes di Thailand.

Kita mempunyai reputasi buruk sebagai negara yang berhadapan dengan gelombang penularan terpanjang di dunia — memandangkan gelombang ketiga wabak ini telah berterusan selama tujuh bulan sejak daripada Pilihan Raya Negeri Sabah pada bulan September tahun lalu dan kita kini masih lagi gagal untuk mengawal gelombang penularan ini untuk kembali ke kadar peningkatan harian dalam julat tiga dan dua angka.

Kabinet perlu mendengari apa yang dititahkan oleh Yang di Pertuan Agong dan menasihati baginda untuk memanggil sidang Parlimen (terutamanya memandangkan Pertama Menteri sendiri adalah antara orang pertama yang divaksinkan, begitu juga dengan para menteri dan Ahli-ahli Parlimen) untuk menggerakkan negara kita sebagai satu pasukan yang bersatu padu untuk melawan wabak Covid-19 dan menjadikan negara kita sebagai salah satu negara yang mencatatkan prestasi yang baik dalam melawan wabak ini.

Marilah semua parti politik dan Ahli-ahli Parlimen bersetuju untuk memastikan tidak ada sebarang usul tidak percaya semasa darurat ini, supaya Parlimen boleh fokus hanya kepada usaha untuk melawan wabak Covid-19 dengan memastikan terdapat usaha melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dengan menggemblengkan usaha daripada individu-individu dan badan-badan bukan kerajaan — supaya negara kita dapat mencatatkan prestasi yang lebih baik dalam mengawal wabk ini.

Cabaran besar kedua untuk Kabinet hari ini adalah untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Integriti dan Profesionalisme Pasukan Polis untuk menjadikan pasukan polis di negara kita yang terbaik di dunia.

Kabinet tidak boleh mengabaikan pendedahan oleh Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador, mengenai kewujudan sebuah kartel dalam pasukan polis yang cuba untuk membuang beliau dari jawatan beliau, dan juga isu mengenai masalah rasuah dan profesionalisme dalam pasukan polis, untuk membolehkan pasukan polis kita menjadi yang terbaik di dunia.

Adakah Kabinet akan berjaya untuk menyelesaikan masalah ini atau terus menjadi kegagalan walaupun sebagai Kabinet terbesar dalam sejarah negara?

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 24 Mac 2021)