Lim Kit Siang

Omnibus Muhyiddin Cabinet next Wednesday should convene Parliament by the end of April as all MPs would have been vaccinated against Covid-19

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The omnibus Muhyiddin Cabinet next Wednesday should convene Parliament by the end of April as all Members of Parliament, whether government or opposition, would have been vaccinated against Covid-19 by then.

There can be no reason for continuing to shut down Parliament for four reasons:

i.Parliament can refuse admission to MPs who have not been vaccinated;

ii.It is ridiculous and a national and international disgrace if various sectors of national life and the economy could re-open but not Parliament;

iii.The emergency ordinances raising the penalty for breach of movement control orders (MCO) and Covid-19 SOPs and on fake news have caused the deepening of the deficit of public trust and confidence in countering Covid-19 measures especially when they are harsh, disproportionate, unconscionable and unjust, bringing the deficit of public trust and confidence to a new low. The emergency ordinances should be immediately suspended they could be presented to Parliament at the end of April for decision; and

iv.The Yang di Pertuan Agong has declared that the emergency does not preclude the convening of Parliament.

Let Parliament at the end of April decide whether the emergency ordinances should be turned into law or abandoned, reflecting mandate of the people.

Yesterday, the daily increase of new Covid-19 cases were 1,213 cases – the 13th day the daily increase registered less than 2,000 cases.

I am hopeful that we can break the thousand-barrier in the next 12 days in March and have the daily increase of new Covid-19 cases reduced to three-digit, before falling to double-digit figures to bring one of the longest waves – the third wave in Malaysia – of the Covid-19 pandemic in the world under control.

But this is going to be an arduous effort and the government’s priority must be to enlist the support and co-operation of all organisations, including the civil society, to unite on an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic, and not to embark on harsh, disproportionate, unconscionable and unjust measures like the emergency ordinances so far.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 19th March 2021)

===========================

Kabinet Muhyiddin Yassin yang akan bermesyuarat Rabu depan perlu membuka semula persidangan Parlimen menjelang hujung bulan April memandangkan semula Ahli Parlimen, kerajaan atau pembangkang, sepatutnya sudah menerima vaksin

Kabinet Muhyiddin Yassin yang akan bermesyuarat Rabu depan perlu membuka semula persidangan Parlimen menjelang hujung bulan April memandangkan semula Ahli Parlimen, kerajaan atau pembangkang, sepatutnya sudah menerima vaksin.

Tidak ada alasan lagi untuk kerajaan Muhyiddin terus-menerus menutup Parlimen atas empat sebab berikut:

i. Parlimen boleh menolak untuk membenarkan Ahli Parlimen yang belum menerima vaksin daripada hadir ke Parlimen;

ii. Amat mengarut dan memalukan jika kebanyakan sektor ekonomi dibuka tetapi Parlimen tidak dibenarkan bersidang;

iii. Ordinan Darurat yang menaikkan kadar kompaun kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) serta pengenalan Ordinan Darurat Berita Tidak Benar telah menambahkandefisit keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi menangani Covid-19, lebih-lebih lagi apabila undang-undang itu dilihat sebagai terlalu menekan, tidak berpatutan, tidak masuk akal dan tidak adil. Ordinan-ordinan Darurat ini perlu digantung penguatkuasaannya sehinggalah mendapat kelulusan Parlimen; dan

iv. Yang di Pertuan Agong telah menitahkan bahawa Proklamasi Darurat tidak menghalang Parlimen daripada bersidang.

Benarkan Parlimen bersidang menjelang hujung bulan April depan untuk menentukan sama ada Ordinan Darurat ini perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada undang-undang atau dimansuhkan terus, mengikut kehendak sebenar rakyat.

Sebanyak 1,213 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam — hari ke-13 berturut-turut negara kita melaporkan peningkatan kes harian di bawah paras 2,000 kes.

Saya yakin kita mampu menurunkan lagi kes harian Covid-19 ke bawah paras 1,000 kes dalam baki tempoh 12 hari bulan Mac dan seterusnya menurunkan lagi kadar peningkatan kes ini kepada julat dua angka dan seterusnya satu angka, sekaligus mengawal gelombang ketiga yang merupakan gelombang penularan Covid-19 yang paling lama di Malaysia.

Namun, perkara ini adalah suatu yang cabaran yang besar dan kerajaan perlu mengutamakan usaha untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama semua organisasi, termasuklah badan bukan kerajaan, untuk melancarkan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak ini, dan bukannya dengan melaksanakan langkah-langkah yang bersifat menindas, tidak berpatutan, dan tidak adil seperti yang dilakukan melalui Ordinan Darurat sedia ada.

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 19 Mac 2021)

Exit mobile version