Lim Kit Siang

Malaysia should embark on an ambitious plan to accelerate the National Covid-19 vaccination roll-out and complete it during the National Day-Malaysia Day celebrations so that Malaysia can begin to return to normality and work on economic recovery by the fourth quarter of the year

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I am disappointed that nothing has been done with regard to my suggestion two weeks ago that the National Covid-19 vaccination roll-out should be accelerated so that it could be completed very much earlier than the February 2022 schedule.

I would to reiterate my call for the country to embark on an ambitious plan to accelerate the National Covid-19 vaccination roll-out and complete it during the National Day-Malaysia Day celebrations from August 31st – September 16, 2021 so that Malaysia can begin to return to normality and work on economic recovery by the fourth quarter of the year.

Yesterday, the Health director-general Dr. Noor Hisham Abdullah said so far a total of 321,331 individuals have received their first vaccine dose under phase one of the National Covid-19 Immunisation Programme.

Deputy Science, Technology and Innovation Minister, Ahmad Amzad Hashim, said yesterday that 5.53 million or 22.8 per cent of Malaysians had registered for the Covid-19 vaccine, with Kelantan registering the lowest number of people, i.e. 11.8% of the state’s population.

If we want to accelerate the National Covid-19 Immunisation Programme, and have it completed in the next six months, then a new strategy and approach must be devised – which does not depend solely on the app MySejatera, allowing not only online but off-line registration; roping more stakeholders into the programme, including private hospitals and the country’s general practitioners, and enabling companies, associations and voluntary organisations to help in the vaccination registration process.

In his inauguration speech as United States President on January 20, Joe Biden urged Americans to wear masks to fight the Covid-19 pandemic and pledged vaccination of 100 million Americans in his first Hundred Days, i.e. a million vaccination a day,.

After serving half of his first 100 days as US President, the vaccination rate in the United States is almost 2.5 million doses per day, and the US President has accelerated the vaccination programme in the United States by setting May 1 as the date when every adult in the United States would be eligible for a coronavirus vaccination, and set America’s Independence Day on July 4 as the target date for a return to some normality.

There is no reason why Malaysia cannot become one of the better-performing countries in the war against Covid-19 pandemic and set new and high goals for National Day-Malaysia Day celebrations from August 31 – Sept. 16, 2021.

(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang after he received his first dose of Covid-19 vaccine at the Klinik Kesihatan Kuala Lumpur on Tuesday, March 16, 2021)

==========================

Malaysia harus memulakan rancangan yang bercita-cita tinggi untuk mempercepatkan pengedaran vaksin Covid-19 dan menjayakan program ini menjelang sambutan Hari Kebangsaan-Hari Malaysia supaya negara kita dapat kembali normal dan usaha pemulihan ekonomi dapat dimulakan pada suku keempat tahun ini

Saya kecewa kerana tidak ada apa-apa yang dibuat mengenai cadangan saya dua minggu lalu supaya program imunisasi Covid-19 kebangsaan dipercepatkan supaya program ini dapat dijayakan lebih awal lagi sebelum daripada jadual sedia ada.

Saya ingin mengulangi seruan saya agar kita memulakan rancangan yang bercita-cita tinggi untuk mempercepatkan pengedaran vaksin Covid-19 dan menjayakan program ini menjelang sambutan Hari Kebangsaan-Hari Malaysia di antara 31 Ogos sehingga 16 September supaya negara kita dapat kembali normal dan usaha pemulihan ekonomi dapat dimulakan pada suku keempat tahun ini.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata setakat ini sejumlah 321,331 individu telah menerima dos vaksin pertama mereka di bawah fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim, semalam mengatakan bahawa 5.53 juta atau 22.8 peratus rakyat Malaysia telah mendaftar untuk menerima vaksin Covid-19, dengan Kelantan mencatatkan jumlah orang terendah, iaitu hanya 11.8% daripada penduduk di negeri tersebut.

Sekiranya kita ingin mempercepatkan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, dan menjayakannya dalam tempoh enam bulan yang akan datang, maka strategi dan pendekatan baru perlu dirancang — yang tidak bergantung semata-mata kepada aplikasi MySejahtera, sebaliknya, membolehkan pendaftaran bukan sahaja melalui kaedah dalam talian tetapi juga pendaftaran secara normal; melibatkan lebih ramai pihak yang berkepentingan ke dalam program ini, termasuk hospital swasta dan doktor am dalam negara, dan membolehkan syarikat, persatuan dan organisasi sukarela membantu dalam proses pendaftaran vaksinasi.

Dalam ucapan pertama beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari, Joe Biden menggesa rakyat Amerika untuk memakai pelitup muka untuk melawan penularan wabak Covid-19 dan berjanji untuk mengedarkan vaksin kepada 100 juta orang rakyat Amerika dalam Seratus Hari pertamanya, dengan satu juta vaksinasi sehari.

Selepas melalui separuh daripada 100 hari pertamanya sebagai Presiden AS, kadar vaksinasi di Amerika Syarikat berada di paras pada kira-kira hampir 2.5 juta dos sehari, dan Presiden AS telah mempercepat program vaksinasi di Amerika Syarikat dengan menetapkan 1 Mei sebagai tarikh di mana setiap orang dewasa di Amerika Syarikat akan layak menerima vaksin koronavirus, dan menetapkan Hari Kemerdekaan Amerika pada 4 Julai sebagai tarikh sasaran untuk kembali ke normal.

Tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak boleh menjadi salah satu negara yang berprestasi lebih baik dalam perang melawan wabak Covid-19 dan menetapkan matlamat baru dan bercita-cita tinggi untuk sambutan Hari Kebangsaan-Hari Malaysia di antara 31 Ogos – 16 September 2021.

(Komen media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang selepas menerima dos pertama vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pada hari Selasa, 16 Mac 2021)

Exit mobile version