(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
I have just seen a WhatsApp message which has gone to the core of the problem why Malaysians are so polarised and divided, why Malaysia is losing out in the vision to become a world-class great nation and why Malaysians, regardless of race, religion or region, must unite against the politics of hate, lies, falsehoods and fear which are the greatest enemies of making Malaysia a great world-class nation.
This WhatsApp message said:
“Nga Kor Ming menang saman fitnah. “Ngeh Koo Ham menang saman fitnah. “Teresa Kok menang saman fitnah. “Lim Guan Eng menang saman fitnah. “Tony Pua menang saman fitnah. “Liew Chin Tong menang saman fitnah. “Yeoh Bee Yin menang saman fitnah. ”Semua ini Cina non-Muslim DAP yg difitnah org Melayu. “Tak malu ka tengok berita Jamal terpaksa mohon maaf secara terbuka kerana fitnah orang DAP. Dimana maruah ahli politik Melayu “Dan diketahui umum – “Najib, Rosmah didakwa kes rasuah “Zahid didakwa kes rasuah “Ku Nan didakwa kes rasuah “Isa Samad didakwa kes rasuah “Musa Aman didakwa kes rasuah “Semua ini pemimpin politik Melayu Muslim “Ramai ahli politik Melayu fitnah ahli politik Cina hanya kerana tujuan politik. Akhirnya ramai umat Melayu di kampung-kampung tertipu kerana kekurangan ilmu. “Berdoalah semoga mentality bangsa Melayu ini berubah. Baik dari pemimpin hingga ke rakyat bawahan…utk berubah ia memerlukan reform mentaliti. Reform bermula dari pendidikan[LKS1] awal, agama dan akhlak dan didikan jati diri, mentaliti utk yg sudah dewasa ini. “Kita orang Muslim Melayu majority mesti berubah daripada yg kurang integriti kepada amanah kerana sayangkan agama, bangsa Melayu dan negara tercinta ini.”
In 2014, I won my defamation suit against Utusan Melayu (M) Bhd over a defamatory article published the previous year.
Malaysia must move away from the politics of hate, lies, falsehoods and fear which are not only against the teachings of the great religions and civilisations which have made Malaysia their home, but are the very reasons why we have not lived up to the vision of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, to be “a beacon of light in a disturbed and distracted world”.
The Malaysian Constitution and the Rukun Negara set out the basis for a united and great Malaysian nation, and the challenge facing Malaysians is whether we can succeed in nation building welding the diverse races, religions, languages and cultures that have made Malaysia their home to become a model of an united, tolerant, successful, progressive and prosperous plural entity in a complex and plural world.
There is a dangerous tendency in Malaysia of late, where politics had been contaminated by the vicious and toxic politics of hate, lies, falsehoods and fear where instead of building tolerance, trust and confidence among the diverse races, religions, languages and cultures that meet in confluence in Malaysia, there is an insidious attempt to breed suspicion, distrust and hatred among the diverse races, religions, languages and cultures so as to poison the well of Malaysian nation-building
I myself had been the most demonized character in Malaysia for the past half a century.
I was accused of being a communist, in fact, a relative of Chin Peng; responsible for the May 13, 1969 riots, leading the street demonstrations in Kuala Lumpur shouting anti-Malay and anti-Islam slogans although I was never in Kuala Lumpur after the May 10, 1969 General Election; painted as quite a devil, a puaka, even jembalang; that I am anti-Malay, anti-Islam and at various times even anti-Indian, anti-Chinese educated Chinese , anti-English-educated Chinese; a quadruple agent of KGB, CIA, MI6 and the Australian Intelligence.
Before the 14th General Election, such toxic politics alleged that I will be the Prime Minister of Malaysia if Pakatan Harapan wins the polls.
When such lies and falsehoods were proved wrong after May 9, 2018 new lies and falsehoods were manufactured to allege that I am the real power in the Pakatan Harapan government in Putrajaya and that the other Pakatan Harapan leaders were merely my stooges and puppets.
I was even accused of having “swam” from China to Malaysia when I was 17 years old, although I was born and schooled in Batu Pahat.
Although the 14th General Election result on May 9, 2018 was a defeat and setback for the politics of hate, lies, falsehoods and fear, the purveyors of this vicious and toxic politics had intensified and even escalated their campaign after 2018.
Our greatest challenge in a New Malaysia is how to reach out to them, the Malays living in a completely Malay world, Chinese living in a completely in the Chinese world, Indians living in a completely Indian world, Kadazans living in a completely Kadazan world, Ibans living in a completely Iban world, to share with them a larger Malaysian picture and perspective – to share our ideals that this beloved Malaysian nation belongs to all of us, that we have a shared destiny.
We Malaysians have multiple identities – ethnic, religious, linguistic, cultural – but we share one common overriding identity as a Malaysian.
Nobody is asking any Malaysian to forget that he or she is a Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Iban or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Sikkh, Taoist, but everyone is first and foremost a Malaysian.
That is our Malaysian Dream.
Can this spirit of oneness as Malaysians transcending race, religion, region or party politics prevail in our country so that we are not distracted from our Malaysian Dream to build a great Malaysia for all Malaysians?
How do we nurture the bond of oneness among Malaysians, regardless of race, religion, region or even party politics and stop the rise of intolerance, hatred, bigotry and extremism in our plural society through lies, fake news and false information?
Dare we continue to dream such a Malaysian Dream, and do more – oppose and expose the practitioners of the toxic and vicious politics of hate, lies, falsehoods and fear because they are the greatest enemies of the Malaysian Dream, seeking to breed suspicion, distrust and hatred among the diverse races and religions instead of building tolerance, trust and confidence among the diverse races and religions so that we can leverage on the assets of the diversity in Malaysia for the country to become a world top-class nation.
This is the reset in nation-building policies and directions that Malaysia needs in the coming years and decades.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, 4th March 2021)
===========================
Seruan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, ataupun kawasan, untuk bersatu padu melawan politik kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan, yang menjadi musuh terbesar untuk menjadikan negara kita sebuah negara hebat yang berkelas dunia
Saya baru sahaja melihat satu mesej Whatsapp yang telah menunjukkan teras masalah mengapa rakyat Malaysia sangat terpolarisasi dan berpecah-belah dan mengapa Malaysia semakin ketinggalan dalam visi untuk menjadi sebuah negara hebat berkelas dunia. Mesej ini juga mengingatkan kita mengapa kita perlu bersatu-padu untuk melawan politik kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan yang menjadi musuh terbesar dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat yang berkelas dunia.
Mesej tersebut berbunyi seperti berikut:
“Nga Kor Ming menang saman fitnah. “Ngeh Koo Ham menang saman fitnah. “Teresa Kok menang saman fitnah. “Lim Guan Eng menang saman fitnah. “Tony Pua menang saman fitnah. “Liew Chin Tong menang saman fitnah. “Yeoh Bee Yin menang saman fitnah. ”Semua ini Cina non-Muslim DAP yg difitnah org Melayu. “Tak malu ka tengok berita Jamal terpaksa mohon maaf secara terbuka kerana fitnah orang DAP. Dimana maruah ahli politik Melayu “Dan diketahui umum – “Najib, Rosmah didakwa kes rasuah “Zahid didakwa kes rasuah “Ku Nan didakwa kes rasuah “Isa Samad didakwa kes rasuah “Musa Aman didakwa kes rasuah “Semua ini pemimpin politik Melayu Muslim “Ramai ahli politik Melayu fitnah ahli politik Cina hanya kerana tujuan politik. Akhirnya ramai umat Melayu di kampung-kampung tertipu kerana kekurangan ilmu. “Berdoalah semoga mentality bangsa Melayu ini berubah. Baik dari pemimpin hingga ke rakyat bawahan…utk berubah ia memerlukan reform mentaliti. Reform bermula dari pendidikan awal, agama dan akhlak dan didikan jati diri, mentaliti utk yg sudah dewasa ini. “Kita orang Muslim Melayu majority mesti berubah daripada yg kurang integriti kepada amanah kerana sayangkan agama, bangsa Melayu dan negara tercinta ini.”
Pada tahun 2014, saya telah menang saman fitnah terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di atas satu artikel memfitnah yang diterbitkan tahun sebelumnya.
Malaysia perlu bergerak ke hadapan meninggalkan politik kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan, yang bukan sahaja bertentangan dengan ajaran agama-agama utama dan kebudayaan di seluruh dunia yang telah menjadikan Malaysia sebagai rumah mereka, tetapi perkara ini juga menjadi sebab mengapa kita gagal untuk merealisasikan visi bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman supaya Malaysia menjadi “obor cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu”.
Perlembagaan Malaysia dan Rukun Negara telah menetapkan asas untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia yang bersatu-padu dan hebat, dan cabaran yang dihadapi kita sekarang adalah sama ada kita mampu untuk berjaya dalam usaha pembinaan negara bangsa ini, dengan menyatu-padukan pelbagai kaum, agama, bahasa, dan budaya yang bertemu di Malaysia untuk menjadi satu model masyarakat majmuk yang bersatu, bertoleransi, berjaya, progresif, dan makmur dalam dunia yang kompleks.
Kebelakangan ini, terdapat kecenderungan di Malaysia di mana politik dicemari dengan politik toksik dan keji yang berasaskan kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan, di mana daripada membina toleransi, kepercayaan, dan keyakinan dalam kalangan masyarakat majmuk pelbagai kaum, agama, bahasa, dan budaya di Malaysia, terdapat pula cubaan untuk menanamkan sifat syak wasangka dan kebencian untuk meracuni usaha pembinaan negara bangsa di negara kita.
Saya sendiri telah menjadi salah seorang watak yang paling teruk difitnah dalam setengah abad yang lepas.
Saya telah dituduh sebagai seorang komunis, dan juga kononnya saudara kepada Chin Peng; dituduh bertanggungjawab terhadap rusuhan 13 Mei 1969, kononnya memimpin demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur dan melaungkan slogan anti-Melayu dan anti-Islam, sedangkan saya tidak ada di Kuala Lumpur pun selepas Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969; saya digambarkan sebagai syaitan, puaka, dan jembalang; kononnya saya anti-Melayu, anti-Islam, dan juga pada pelbagai waktu kononnya, anti-India, anti-Cina berpendidikan Cina, anti-Cina perpendidikan Inggeris; dan juga kononnya ajen KGB, CIA, MI6, dan Badan Perisikan Australia.
Sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, politik toksik seperti ini menuduh kononnya saya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan memenangi pilihan raya.
Apabila penipuan dan fitnah sebegini terbukti salah selepas 9 Mei 2018, penipuan dan fitnah baharu pula dicipta, mengatakan kononnya sayalah kuasa sebenar di sebalik Kerajaan Pakatan Harapan di Putrajaya dan kononnya pemimpin Pakatan Harapan yang lain hanyalah boneka saya.
Saya juga telah dituduh kononnya “berenang” daripada China ke Malaysia semasa berumur 17 tahun, sedangkan saya dilahirkan dan bersekolah di Batu Pahat.
Walaupun keputusan PRU-14 pada 9 Mei 2018 menjadi satu kekalahan dan sekatan terhadap politik kebencian, penipuan, fitnah, dan momokan ini, penyedia politik toksik dan jijik ini bekerja dengan lebih keras malah meningkatkan kempen mereka selepas 2018.
Cabaran terbesar kita dalam Malaysia Baharu adalah bagaimana untuk mendekati golongan orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban yang masing-masing hanya hidup dalam busa kehidupan masing-masing sahaja, dan untuk berkongsi dengan mereka satu gambaran dan perspektif Malaysia yang lebih luas — untuk berkongsi cita-cita yang negara Malaysia yang tercinta ini milik kita semua dan kita mempunyai satu takdir yang dikongsi bersama.
Kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai pelbagai identiti — etnik, keagamaan, bahasa, budaya — tetapi kita semua berkongsi satu identiti utama sebagai rakyat Malaysia.
Tidak ada sesiapa pun yang meminta mana-mana rakyat Malaysia untuk melupakan identiti etnik atau keagamaan masing-masing, baik seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, atau Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, tetapi semua orang perlulah pertamanya rakyat Malaysia.
Inilah Impian Malaysia kita.
Bolehkah semangat kekitaan sebagai rakyat Malaysia yang merentasi kaum, agama, kawasan, parti politik, ini kekal supaya kita tidak terganggu daripada cita-cita Impian Malaysia untuk membina sebuah negara yang hebat untuk semua rakyat Malaysia?
Bagaimanakah boleh untuk kita menyemai semangat ini dalam kalangan semua rakyat Malaysia dan hentikan peningkatan semangat tidak bertoleransi, kebencian, dan semangat ekstremisme melalui penipuan, berita palsu, dan maklumat palsu dalam masyarakat majmuk di negara kita?
Adakah kita berani untuk terus mengimpikan Impian Malaysia ini, dan melakukan lebih banyak lagi — menolak dan mendedahkan pengamal politik toksik kebencian dan penipuan yang menjadi musuh terbesar usaha merealisasikan Impian Malaysia ini, yang cuba untuk menyemai perasaan syak wasangka dan kebencian dalam masyarakat di negara ini, yang tidak berusaha untuk membina toleransi, kepercayaan, dan keyakinan dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia untuk membolehkan kita menjadi sebuah negara hebat yang berkelas dunia yang menggembelengkan kepelbagaian kita sebagai satu aset yang bernilai.
Inilah penetapan semula dalam arah dan dasar pembinaan negara yang diperlukan Malaysia dalam tahun dan dekad-dekad yang akan datang.
(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 4 Februari 2021)