(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
I want to thank my family, party comrades and colleagues, friends and relatives for this unprecedented and wonderful virtual birthday celebration.
I am glad to see the founding Chairman Dr. Chen Man Hin and Mrs. Chen with us, Johore pioneer State Assemblyman Lee Kaw, DAP veterans Tan Chui Sui (Mrs. Chiang Heng Kai), Wong Kang Li and wife, Chong Siew Chiang and wife, Ngoi Thiam Woh, my long-time friend K. Siladass, my classmates going back to seven decades ago, Pek Teck Soon, Tan Tik Seng and Allan Goh.
I have spent more than 55 years in DAP. The party has come a long way since its early days in the sixties, when we contested in the first general election in 1969 with some 2,000 members, sandwiched between a formidable ruling coalition, the Alliance, and until then, the main voice of dissent – but which had just launched an election boycott before the 1969 polls on the ground that the democratic constitutional struggle was just a farce.
The DAP fought for a non-communist, social democratic and just multi-racial Malaysia for all Malaysians.
All these were deliberately forgotten when in subsequent years, I was accused of being a communist, apart from being anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty and on top of them, a quadruple agent of CIA, KGB, MI6 and the Australian Secret Service.
Although I was in Kota Kinabalu, I was accused of being the cause of the May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur, leading illegal processions in the streets of KL to provoke the rage of the Malays. In actual fact, I was never in KL during the May 13 riots. I first set foot in KL on May 18, 1969 after I was arrested by the Special Branch on returning home at the Subang International Airport earlier that day.
But we must never allow the past to bury the future. If necessary, the future must bury the past to build better lives for future generations.
The year-long Covid-19 pandemic which has wrought such disaster not only to the lives of Malaysians but the whole wide world reminds me of two truisms: 1. No one is safe until everybody is safe. 2. No country is safe until all countries are safe.
Regardless of race, religion, region or class, we are all from the same race – the human race.
There is a lot of dejection, depression even a sense of hopelessness in the land. But we must never yield to these negative sentiments. Although we do not want “positive” results in Covid-19 tests, we must always be positive and never give up hope and dare to dream big dreams for ourselves and the country.
I wrote a poem “My Dream” for my class magazine, The Light, when I was in Form III in Batu Pahat High School, and it remains as relevant today some 64 years later:
“One for all and all for one “We care not what colour, creed or religion you belong “For aren’t each of us Malaya’s son “Then why let silly racial quarrels prolong?”
Let us renew our dream that while Malaysians will have multiple identities – ethnic, religious, linguistic, cultural – they have one common overriding identity as Malaysians.
Nobody is asking any Malaysian to forget that he or she is a Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Iban or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Sikkh, Taoist, but everyone is first and foremost a Malaysian.
That is my dream. That is your dream.
We must have the stamina, fortitude and conviction to see this Dream come true!
We must create a new future for all Malaysians and not be the captives of the past!
We want Malaysia to be a world-class great nation. We do not want Malaysia to be a failed state.
Finally, I want to thank the IT pioneers of Malaysia DAP and Penang DAP for a most creative and path-breaking virtual birthday celebration, as well as everyone who had participated in the event.
(Remarks by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at a virtual 80th birthday celebration on 20th February 2021 at 9 pm)
===========================
Kita perlu mencipta masa hadapan baharu untuk semua rakyat Malaysia dan tidak terikat dengan masa lampau
Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya, saudara dan rakan sejawat dalam parti, rakan-rakan dan kenalan di atas sambutan hari lahir secara maya yang luar biasa seperti ini.
Saya berbesar hati dapat melihat Pengerusi Pengasas Parti, Dr Chen Man Hin dan Puan Chen bersama dengan kita, ADUN DAP Johor yang pertama, Lee Kaw, veteran-veteran DAP, Tan Chui Sui (Puan Chiang Heng Kai), Wong Kang Li dan isteri, Chong Siew Chiang dan isteri, Ngoi Thiam Woh, kawan lama saya, K. Siladass, dan rakan-rakan sekelas saya dari tujuh dekad yang lepas, Pek Teck Soon, Tan Tik Seng, dan Allan Goh.
Saya telah meluangkan lebih daripada 55 tahun dalam DAP. Parti ini telah melalui perjalanan yang panjang sejak daripada hari-hari penubuhannya pada tahun 60-an, di mana kita buat pertama kalinya bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada tahun 1969 dengan kira-kira 2,000 orang ahli, tersepit di antara pakatan pemerintah, Parti Perikatan, dan suara pembangkang utama ketika itu — yang baru sahaja melancarkan kempen untuk memboikot pilihan raya 1969 atas alasan yang perjuangan secara demokratik tidak membuahkan hasil.
DAP berjuang untuk sebuah Malaysia yang bukan-komunis, yang mengamalkan prinsip demokrasi sosial, yang berbilang kaum untuk semua rakyat Malaysia.
Semua perkara ini dilupakan dengan sengaja dalam tahun-tahun berikutnya, saya telah dituduh kononnya sebagai seorang komunis, selain daripada dituduh sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, dan juga kononnya merupakan agen perisik CIA, KGB, MI6, dan Agen Perisikan Australia.
Walaupun saya berada di Kota Kinabalu, saya telah dituduh menjadi punca rusuhan perkauman 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, kononnya memimpin perarakan haram di jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk memprovokasikan kemarahan orang Melayu. Sedangkan saya langsung tidak berada di Kuala Lumpur semasa tempoh ini. Saya hanya menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur pada 18 Mei 1969, selepas saya ditahan oleh Cawangan Khas selepas pulang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Subang sehari sebelumnya.
Namun, kita tidak boleh membiarkan masa lalu untuk menanam masa hadapan. Sekiranya perlu, masa hadapan perlu menanamkan masa lalu untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk generasi yang akan datang.
Wabak Covid-19 yang sedang membawa bersamanya bencana kepada kehidupan dan nyawa rakyat Malaysia dan di seluruh dunia mengingatkan saya kepada dua hakikat: 1. Tidak ada sesiapa pun yang akan selamat sehingga semua orang selamat. 2. Tidak ada mana-mana negara yang akan selamat sehingga semua negara selamat.
Tanpa mengira kaum, agama, kawasan, atau pun kelas, kita semua datang daripada satu bangsa yang sama — bangsa manusia.
Terdapat banyak perasaan kesedihan, kemurungan, dan perasaan seakan-akan kehilangan harapan pada masa sekarang. Tetapi, kita tidak boleh mengalah kepada sentimen-sentimen negatif ini. Walaupun kita tidak mahu mendapat keputusan “positif” dalam ujian saringan Covid-19, kita perlu sentiasa bersifat positif dan tidak boleh sekali-kali pun berputus harapan dan kita perlu terus berani memasang cita-cita yang lebih baik untuk kita dan negara.
Saya menulis satu puisi yang bertajuk “Impian Saya” untuk majalah kelas saya, The Light, semasa saya berada dalam tingkatan tiga di Sekolah Tinggi Batu Pahat dan ia kekal relevan sehingga hari ini, 64 tahun kemudian:
“Satu untuk semua dan semua untuk satu
“Kita peduli bukan kerana warna, kepercayaan, atau agama
“Kerana bukankah setiap daripada kita anak Malaya
“Jadi mengapa biarkan pertengkaran di antara kaum berterusan?”
Marilah kita perbaharui impian kita untuk sebuah negara di mana walaupun semua rakyat Malaysia mempunyai pelbagai identiti — etnik, agama, bahasa, budaya — kita semua mempunyai satu identiti bersama yang utama sebagai rakyat Malaysia.
Tidak ada sesiapa pun yang meminta mana-mana rakyat Malaysia untuk melupakan yang mereka ada seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, atau Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, tetapi semua orang pertamanya adalah rakyat Malaysia.
Inilah impian saya. Inilah impian anda.
Kita perlu ada stamina, kecekalan, dan keyakinan untuk melihat Impian ini menjadi kenyataan!
Kita perlu mencipta sebuah masa hadapan baharu untuk semua rakyat Malaysia dan tidak terus terikat dengan masa lampau!
Kita mahu Malaysia menjadi sebuah negara hebat yang berkelas dunia. Kita tidak mahu Malaysia menjadi sebuah negara gagal.
Akhir kata, saya ingin berterima kasih kepada pelopor IT dalam DAP Malaysia dan DAP Pulau Pinang kerana menjayakan sambutan hari lahir secara maya dengan cara yang kreatif seperti ini, dan juga kepada semua yang telah menyertai acara ini.
(Ucapan Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang dalam majlis sambutan hari lahir ke-80 secara maya pada 20 Februari 2021 pada jam 9 malam)