Malaysian Dream

The best way to remember Tunku is to realise his dream that whatever our race or religion, we are first and foremost Malaysians

By Kit

February 08, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

On the 118th birthday anniversary of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, three quotes from him came to mind.

They are:

“We are all Malaysians. This is the bond that unites us. Let us always remember that unity is our fundamental strength as a people and as a nation.” “We must each always think first of Malaysia, of the national need and least of ourselves …Everyone must try to help and see that the people are one-minded, with loyalty and one aim, to make Malaysia – the land we love – a happy abode for all of us. If we all do this then we can guarantee liberty, security, prosperity and happiness for the future.” “All talk on Islamic States is just an empty dream. No man in his right sense would accept a nation which bases its political administration on religion, and in a country like Malaysia with its multi-racial and multi-religious people, there is no room for an Islamic State.”

The best way to remember Tunku is to realise his dream that whatever our race or religion, we are first and foremost Malaysians.

It is a sad indictment of Malaysian nation-building that after six decades of nationhood, we are still hounded and haunted by narrow and intolerant politics of race and religion.

Malaysia cannot succeed as a nation unless all citizens regard themselves first and foremost as Malaysians, followed by their ethnicity and religion.

Nobody is asking Malaysians to stop being Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans, or Muslims, Buddhists, Christians, Hindus, Sikkhs, Taoists, but all must come together first and foremost as Malaysians.

Malaysia must remember Tunku’s famous words for Malaysia “to be a beacon of light in a difficult and distracted world” and be an example of the success of the Alliance of Civilisations, as we are at the confluence of four great civilisations of the world – Islamic, Chinese, Indian, Western – instead of being a failure because of the Clash of Civilisations.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 8th February 2021)

===========================

Cara terbaik untuk memperingati memori Tunku adalah dengan merealisasikan cita-cita beliau di mana tidak kiralah apa-apa kaum atau agama, yang penting kita semua adalah rakyat Malaysia

Pada hari ulang tahun ke-118 kelahiran Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, saya teringat kepada tiga kata-kata beliau:

“Kita semua rakyat Malaysia. Inilah perkara yang menyatukan kita semua. Marilah kita sentiasa beringat bahawa perpaduan adalah kekuatan utama kita sebagai sebuah bangsa dan sebuah negara.” “Kita perlu sentiasa berfikir sebagai seorang rakyat Malaysia dahulu, memberikan keutamaan tertinggi kepada kepentingan negara dan tidak mengutamakan kepentingan sendiri… Semua orang perlu cuba untuk membantu dan memastikan rakyat Malaysia bersatu padu, dengan kesetiaan dan hanya satu matlamat — untuk menjadikan Malaysia yang kita cintai — sebuah tempat yang dicintai oleh semua. Jika kita semua berusaha ke arah ini, kita boleh jamin kebebasan, keselamatan, kemakmuran dan kegembiraan untuk semua di masa hadapan.” “Semua percakapan mengenai Negara Islam ini hanyalah angan-angan kosong. Tidak ada sesiapa pun yang akan menerima sebuah negara yang mengasaskan pentadbiran politiknya kepada mana-mana agama, dan di dalam sebuah negara seperti Malaysia, dengan penduduk majmuk yang berbilang kaum dan berbilang agama, tidak ada ruang untuk sebuah Negara Islam.”

Cara terbaik untuk memperingati memori Tunku adalah dengan merealisasikan cita-cita beliau di mana tidak kiralah apa-apa kaum atau agama, yang penting kita semua adalah rakyat Malaysia.

Amat menyedihkan apabila kita melihat kegagalan usaha pembinaan negara bangsa kita, di mana selepas enam dekad, negara kita masih dihantui dengan politik yang berfikiran sempit dan tidak bertoleransi yang berteraskan isu perkauman dan keagamaan.

Malaysia tidak boleh berjaya sebagai sebuah negara sehinggalah semua rakyat Malaysia mengutamakan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia dahulu, sebelum identiti kaum atau agama mereka.

Tidak ada sesiapa pun yang meminta supaya rakyat Malaysia berhenti daripada menjadi seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, atau Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, atau Taoist, tetapi kita semua perlu bersama dan bersatu padu sebagai rakyat Malaysia.

Kita perlu beringat kepada kata-kata Tunku, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya yang menerangi dunia yang kelam dan terganggu” dan menjadi contoh kejayaan Gabungan Tamadun dunia, di mana Malaysia menjadi pusat pertemuan empat kebudayaan besar dunia — Tamadun Islam, Cina, India, dan Barat — dan bukannya menjadi kegagalan akibat pertembungan di antara tamadun-tamadun ini.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 8 Februari 2021)