(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The first month of the year 2021 has torn the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin’s New Year Message into smithereens and turned his five priorities for an integrated Covid recovery into dead promises.
His first priority to “improve public health through the procurement of Covid-19 vaccines with the launch of a nationwide vaccination programme” had been pulverised by two events:
· the record daily increase of 5,725 Covid-19 cases, smashing the 200,000-mark for cumulative total of Covid-19 infections, placing Malaysia as No. 55 among countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases – an ignominious jump of 30 places as we were rank No. 85 on Nov.18, 2020; and
· another month’s delay in the nation-wide vaccination programme although more than 87 million doses of Covid-19 vaccine in 60 countries had been administered.
The record-high daily increase of 5,725 cases yesterday bringing the cumulative total to 203,933 cases and 733 fatalities in Malaysia not only smashes the 200,000-mark, but smashes Muhyiddin’s MCO2.0 from January 13-26, 2021 – proving it to be an improper prescription to bring the third wave of the Covid-19 pandemic under control, as the daily average of increase of Covid-19 cases in the first 12 days of the was only 2,376 cases.
We are the only country in Asia, excluding Indonesia, which is facing a long and critical upsurge of Covid-19 pandemic exceeding four months.
Amanah deputy president Salahuddin Ayub has urged the government to go back to the drawing board and to form a bipartisan committee to find new ways to tackle the Covid-19 pandemic.
The US-based Institute for Health Metrics and Evaluation (IHME) has predicted a continuous rise of Covid-19 cases in Malaysia, hitting over 20,000 daily infections from March 3.
There must be no more delay in launching an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic, to put country on a war footing to save lives and livelihoods and enable Malaysians to live with the coronavirus where every Malaysian, regardless of race, religion, politics or region spend every available moment to consider how the country can win the war against the coronavirus and not break the SOP or invite others to break the SOP.
Muhyiddin’s second priority to “strengthen the people’s economy and drive the country’s economic growth post Covid-19 through the implementation of the 2021 Budget and the 12th Malaysia Plan (12MP)” has been defeated by the suspension of Parliament, making it impossible for the 12th Malaysia Plan to be approved by Parliament.
An illegitimate and backdoor “12th Malaysia Plan” will lack the legitimacy to be the driver of any national economic programme, as in the history of Malaysia, there had not been a five-year plan which had been not approved by Parliament.
Muhyiddin’s third priority to “ensure political stability with strong emphasis on good governance as a foundation for sustainable economic recovery” has become a joke with the release of the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) 2020
I had asked whether the Prime Minister and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) would issue a statement on the TI CPUI 2020, as the TI CPI 2020 had put the country back on the slippery road of corruption.
I am doubly disappointed about the statement from the Prime Minister’s Office, firstly because it did not come from the Prime Minister himself, and secondly for the insipid and uninspiring nature of the statement.
Muhyiddin failed to act on any of the four recommendations of Transparency International to reduce corruption and better respond to future crisis in 2021, viz:
· Strengthen oversight institutions to ensure resources reach those most in need. Anti Corruption authorities and oversight institutions must have sufficient funds, resources and independence to perform their duties.
· Ensure open and transparent contracting to combat wrongdoing, identify conflicts of interest and ensure fair pricing.
· Defend democracy and promote civic space to create enabling conditions to hold government accountable.
· Publish relevant data and guarantee access to information to ensure the public receives easy, accessible, timely and meaningful information.
Most distressing of all, there was no mention of what measures the Prime Minister is personally taking to ensure that next year’s TI CPI would not be worse than TI CPI 2021!
It would appear that Muhyiddin is resigned to the fact that TI CPI 2021 would be worse than TI CPI 2020!
As for the MACC’s statement, it is such a disappointment that the less said the better.
Muhyiddin’s fourth priority to “uphold the country’s sovereignty and strengthen Malaysia’s position on the world stage” has been punctured by the latest UNCTAD Report that foreign investment in Malaysia has fallen the most by 68% to US$2.5 billion as compared by Singapore, which fell by 37% to US$58 billion, Indonesia by 24% to US$18 billion and Vietnam by 10% to US$14 billion.
In the third Bloomberg Covid Resilience Ranking released on 27th January 2021, Malaysia continues to trail behind New Zealand, Singapore, Australia, Taiwan, China, Japan, Hong Kong, Vietnam, South Korea and Thailand.
Instead of becoming a tiger in the nineties, we have become the “sick man” of Asia in the 21st century!
Muhyiddin’s fifth priority to “strengthen ties between races and religions in shaping a united community against any threat” is the most problematic of all the five priorities.
It is observed by its breach, as illustrated by the cancellation of Thaipusam as a holiday by the Kedah Mentri Besar, Muhammad Sanusi Mohd Nor.
Malaysia had never been more polarised between the races and religions because of the long-standing campaign of lies, falsehoods and fake news by the government parties by the “Little Trumps” in the country.
There are no signs in the eleven months of Perikatan Nasional government that stern action would be taken against such a sustained diabolical misinformation campaign by the “Little Trumps” to polarise the races and religions in Malaysia.
When the Prime Minister, Tan Sri Muyhiddin Yassin is adamant that he is “Malay first, Malaysian second”, how can the race and religious situation be depolarised in a multi-racial and multi-religious nation and the people of Malaysia, regardless of race, religion, politics and region be integrated?
Muhyiddin’s greatest challenge is how to make these five priorities meaningful and inspirational to all Malaysians.
Will he dare to launch an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic and advise the Yang di Pertuan Agong to convene a Special Parliament on the Covid-19 pandemic so that Parliament can be the platform and centrepiece of such a strategy and approach?
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 30th January 2021)
Bulan pertama tahun 2021 telah memusnahkan intipati Perutusan Tahun Baharu Muhyiddin dan menukar kelima-lima janji beliau untuk membawa rancangan pemulihan bersepadu Covid-19 kepada janji kosong
Bulan pertama tahun 2021 telah memusnahkan intipati Perutusan Tahun Baharu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menukar kelima-lima janji beliau untuk membawa rancangan pemulihan bersepadu Covid-19 kepada janji kosong.
Keutamaan pertama beliau, untuk “meningkatkan tahap kesihatan awam melalui pemerolehan vaksin Covid-19 dengan pelancaran program vaksinasi kebangsaan” telah dimusnahkan oleh dua peristiwa:
– peningkatan harian sebanyak 5,725 kes baharu yang telah memecahkan rekod sebelum ini dan memecahkan siling 200,000 kes terkumpul Covid-19, meletakkan Malaysia di tempat ke-55 dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi di dunia — satu lonjakan 30 tempat kedudukan berbanding dengan kedudukan negara kita di tempat ke-85 pada 18 November 2020, dan
– sebulan lagi penangguhan program vaksinasi kebangsaan, sedangkan 87 juta dos vaksin Covid-19 telah diedarkan di sekitar 60 negara di seluruh dunia.
Peningkatan yang memecahkan rekod dengan 5,725 kes semalam telah membawa jumlah kes terkumpul dalam negara kita kepada 203,933 kes dengan 733 kematian. Perkara ini bukan sahaja memecahkan siling 200,000 kes di negara kita, tetapi juga memecahkan pelaksanaan PKP 2.0 Muhyiddin daripada 13 sehingga 26 Januari — membuktikan bahawa pelaksanaan PKP ini bukanlah penyelesaian yang sepatutnya untuk mengawal penularan gelombang ketiga wabak ini di Malaysia memandangkan purata peningkatan kes dalam 12 hari pertama PKP 2.0 ini hanyalah 2,376 kes sehari.
Kita adalah satu-satunya negara di Asia selain Indonesia yang sedang berhadapan dengan peningkatan kes Covid-19 yang berpanjangan dan kritikal yang melebihi empat bulan.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub telah menggesa kerajaan untuk kembali ke meja perancangan dan membentuk satu jawatankuasa bipartisan untuk mencari cara baharu untuk melawan wabak Covid-19 ini.
Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan (IHME) yang berasas di Amerika Syarikat menjangkakan peningkatan berterusan kes Covid-19 di Malaysia, mencecah lebih daripada 20,000 kes baharu pada 3 Mac.
Kita tidak boleh berlengah-lengah daripada melancarkan strategi dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak ini, untuk meletakkan negara kita dalam posisi perang untuk menyelamatkan nyawa dan punca kehidupan rakyat, di mana setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, latar belakang politik, mahupun kawasan, berusaha untuk mengawal wabak ini dan mematuhi SOP Covid-19.
Keutamaan kedua Muhyiddin, untuk “mengukuhkan ekonomi rakyat dan menjana pertumbuhan ekonomi pasca Covid-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12)” telah dikalahkan melalui penggantungan Parlimen, mewujudkan situasi di mana mustahil untuk RMK12 ini diluluskan oleh Parlimen.
Satu “Rancangan Malaysia Ke-12” pintu belakang yang tidak mempunyai keabsahan tidak akan mampu untuk menjadi penjana program ekonomi negara, memandangkan dalam sejarah negara kita, tidak ada satu pun daripada rancangan lima tahun ini yang tidak diluluskan di Parlimen.
Keutamaan ketiga Muhyiddin untuk “memastikan terdapatnya kestabilan politik dengan penekanan terhadap pentadbiran yang baik sebagai asas pemulihan ekonomi yang mampan” telah menjadi satu bahan jenaka dengan penerbitan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) oleh Transparency International (TI) 2020.
Saya telah menanyakan sama ada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan penerbitan TI-CPI 2020 ini, yang telah mengatakan negara kita kini kembali ke arah lembah rasuah.
Saya amat kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri mengenai perkara ini, pertamanya kerana ia tidak dikeluarkan oleh Perdana Menteri sendiri, dan keduanya kerana kelemahan dan sifat yang tidak memberikan inspirasi kenyataan tersebut.
Muhyiddin gagal untuk bertindak ke atas keempat-empat cadangan TI untuk mengurangkan rasuah dan bertindak ke atas krisis di masa hadapan dalam 2021, iaitu:
– Mengukuhkan institusi semak imbang untuk memastikan sumber sampai kepada mereka yang memerlukan. Badan anti-rasuah dan badan-badan semak imbang perlu diberikan peruntukan, sumber, dan kebebasan yang mencukupi untuk menjalankan tanggungjawab mereka.
– Memastikan terdapatnya proses kontrak yang terbuka dan telus untuk melawan salahlaku, mengenal pasti konflik kepentingan, dan memastikan harga yang adil.
– Mempertahankan demokrasi dan menggalakkan ruang sivil untuk mencipta keadaan yang memastikan kerajaan dipertanggungjawabkan.
– Menerbitkan data dan menjanjikan akses kepada maklumat untuk rakyat bagi memastikan rakyat awam menerima maklumat pada waktu yang bertepatan, bermakna, dan mudah difahami.
Apa yang mengecewakan adalah, tidak ada langsung disebut mengenai apa yang akan dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri untuk memastikan laporan TI CPI tahun hadapan tidak akan menjadi lebih teruk berbanding dengan laporan tahun ini!
Kelihatan seakan-akan Muhyiddin telah menyerah kalah kepada hakikat yang laporan TI CPI 2021 akan menjadi lebih buruk daripada laporan TI CPI 2020!
Manakala, kenyataan SPRM pula amatlah mengecewakan, adalah lebih baik untuk kita tidak bercakap mengenainya.
Keutamaan keempat Muhyiddin, untuk “mempertahankan kedaulatan negara dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di pentas dunia” telah dihancurkan dengan penerbitan laporan UNCTAD yang mengatakan pelaburan asing di Malaysia telah menurun sebanyak 68% kepada ASD2.5 bilion, berbanding dengan penurunan sebanyak 37% di Singapura kepada ASD58 bilion, penurunan sebanyak 24% di Indonesia kepada ASD18 bilion, dan penurunan sebanyak 10% di Vietnam kepada ASD14 bilion.
Dalam penerbitan Carta Ketahanan Covid Bloomberg yang ketiga yang diterbitkan pada 27 Januari 2021, Malaysia kekal berada di belakang New Zealand, Singapura, Australia, Taiwan, China, Jepun, Hong Kong, Vietnam, Korea Selatan, dan Thailand.
Daripada menjadi harimau Asia pada tahun 90-an, kita kini menjadi “orang tua sakit” Asia dalam abad ke-21!
Keutamaan kelima Muhyiddin untuk “mengukuhkan hubungan antara kaum dan agama dalam membentuk komuniti yang bersatu melawan apa-apa ancaman” adalah perkara yang paling bermasalah sekali daripada kelima-lima keutamaan ini.
Perkara ini dapat dilihat daripada kegagalannya seperti yang ditunjukkan oleh pembatalan cuti peristiwa Thaipusam oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor.
Malaysia tidak pernah berhadapan dengan polarisasi perkauman dan keagamaan seteruk ini yang telah disebabkan oleh kempen berterusan penipuan, fitnah, dan berita palsu oleh parti kerajaan dan “Trump kecil” dalam negara kita.
Tidak ada sebarang petanda dalam sebelas bulan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional yang mengatakan tindakan tegas akan diambil terhadap kempen-kempen jahat oleh “Trump kecil” di negara kita yang cuba untuk memecah belahkan masyarakat majmuk di Malaysia.
Apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri terus mengatakan yang beliau adalah “Orang Melayu, kemudiannya rakyat Malaysia”, bagaimanakah mampu untuk situasi hubungan antara kaum dan agama di Malaysia boleh dipulihkan dalam konteks negara majmuk pelbagai kaum dan agama, dan bagaimana rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, latar belakang politik, dan kawasan boleh disatukan?
Cabaran terbesar Muhyiddin sekarang adalah untuk menjadikan kelima-lima keutamaan ini bermakna dan berinspirasi kepada semua rakyat Malaysia.
Adakah beliau berani untuk melancarkan strategi dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan wabak Covid-19 dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil sidang Khas Parlimen untuk membincangkan isu-isu berkenaan wabak Covid-19 supaya Parlimen boleh menjadi platform utama pendekatan dan strategi ini?
Bulan pertama tahun 2021 telah memusnahkan intipati Perutusan Tahun Baharu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menukar kelima-lima janji beliau untuk membawa rancangan pemulihan bersepadu Covid-19 kepada janji kosong.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 30 Januari 2021)