(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Last week, I asked a Malaysian who had been intimately involved with past Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) reports as to what he expected of TI CPI 2020.
This was his reply: “Drop. Not more than 3 points in score. It takes time to drop significantly since some of the data (surveys) used were 2018/2019. Next year we can big changes.”
He was right there is a drop of “not more three points” in score, as Malaysia fell in score from 53 points to 51 points, which resulted in six- point fall in ranking from No. 51 to 57.
If he is right about next year’s TI CPI 2021, then we are faced with the question whether Malaysia is heading towards the lowest TI CPI score and rank in TI CPI 2021 in January 2022.
One of the things which concerns me when Transparency International releases its annual Corruption Perception Index every year is how Malaysia is faring with two nations, China and Indonesia, which were regarded in the past as very corrupt nations.
In fact, in the first of the TI’s annual CPI series from 1995, China and Indonesia were ranked 40th and 41st, the last two of the list of 41 countries surveyed.
China scored 2.16 while Indonesia scored 1,94 out of 10 points in 1995. Malaysia was ranked No. 23rd with score of 5.28 out of 10 points.
China and Indonesia are now far from the most corrupt nations in the world, which are occupied by the most corrupt five – Venezuela and Yemen with score of 15 out of 100 points in the TI CPI 2020, Syria with 14 points and Somalia and South Sudan both with 12 points out of 180 countries surveyed.
Both China and Indonesia have improved considerably in the last 26 years and China is now ranked No. 78 with a score of 42 while Indonesia is ranked 102 with a score of 37.
While both China and Indonesia have improved considerably in their TI CPI scores, Malaysia had regressed considerably, with a score of 51 and ranking of 57 out of 180 nations.
Malaysia’s TI CPI ranking fell to the lowest level of No. 62 out of 180 countries in 2017 while the TI CPI score fell to the lowest level 4.3 out of 10 in 2011.
The country was promised that under the UMNO-BN regime in the last decade Malaysia will achieve the target to be in the top 30 countries in the TI CPI 2020.
Studying the TI CPI ranking and score for the 24-year series of TI CPI from 1995-2018, there was no ground for anyone to believe that the target of Malaysia being ranked in the top 30 countries of TI CPI 2020 could be achieved.
From the TI CPI record from 2010-2018, it is likely that China would have overtaken Malaysia in the TI CPI series before 2030 and Indonesia overtaken Malaysia after 2030.
Countries which had been down on the list of the TI CPI ranking in the first series in 1995, like China, Thailand, India and Indonesia, were fast catching up to Malaysia’s level, which had regressed since 1995.
Fortunately, this trajectory was stopped when the Pakatan Harapan government took over, and in the TI CPI 2019, although China improved both its TI CPI rank and score to No. 80 and 41 points out of 100, Malaysia achieved the best TI CPI performance in 25 years with a single-year improvement of six points for TI CPI score and 10 placings for TI CPI ranking – a ranking of No. 51 and score of 53 out of the 100.
Malaysia was poised for a new era of anti-corruption in Malaysia by achieving better TI CPI score and ranking every year from TI CPI 2019, and embark Malaysia on the road to become one of the world’s top 30 countries in public integrity before 2030.
But the Pakatan Harapan government was short-lived, as it was toppled by the Sheraton Move conspiracy which brought in the backdoor and illegitimate Perikatan Nasional Government.
Now we are back on the slippery slope of corruption as before the 14th General Election on May 9, 2018 and the TI CPI 2021 is likely to see “big changes” for the worse – with Malaysia heading for the worst TI CPI ranking and score in history.
Can we expect a statement from the Prime Minister, Tan Sri Muhyddin Yassin and the Malaysian Anti-Corruption Commission Chief Commissioner, Azam Baki on the TI CPI 2020 and a worse TI CPI 2021?
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 29th January 2021)
Adakah kita akan mendapat kenyataan daripada Perdana Menteri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubungan dengan TI CPI 2020 dan prestasi buruk TI CPI 2021?
Minggu lepas, saya bertanya kepada seorang warga Malaysia yang terlibat dengan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) sebelum ini tentang jangkaan beliau mengenai TI CPI 2020.
Ini jawapan beliau: “Turun. Tidak lebih daripada 3 mata. Ia memerlukan waktu untuk turun dengan ketara kerana beberapa data (tinjauan) yang digunakan adalah data dari tahun 2018/2019. Tahun depan kita akan lihat perubahan besar.”
Benar katanya, memang ada penurunan “tidak lebih tiga mata” dalam skor berkenaan. Skor Malaysia jatuh dari 53 mata kepada 51 mata dan jatuh ke tangga 57 daripada 180 negara berbanding tangga 51 pada 2019.
Jika ramalan beliau tentang TI CPI 2021 menjadi kenyataan pada tahun depan, maka kita perlu berhadapan dengan persoalan berikut; sama ada Malaysia akan mencatatkan markah dan kedudukan yang terendah dalam TI CPI 2021 yang bakal diterbitkan Januari 2022.
Salah satu perkara yang menarik perhatian saya setiap kali TI mengeluarkan laporannya adalah tentang prestasi Malaysia berbanding China dan Indonesia — yang sebelum ini dianggap sebagai antara negara yang sangat korup.
Dalam laporan CPI tahun 1995, China dan Indonesia masing-masing berada di tangga ke-40 dan ke-41 daripada 41 negara yang ditinjau.
Pada tahun tersebut, China mendapat markah 2.16 sementara Indonesia mendapat markah 1.94 dari 10 mata. Malaysia ketika itu berada di tangga ke-23 dengan markah 5.28 dari 10 mata.
China dan Indonesia kini sudah jauh meninggalkan lima negara paling korup di dunia, iaitu Venezuela dan Yaman yang mencatatkan markah 15 per 100 mata dalam TI CPI 2020, Syria dengan 14 mata dan Somalia dan Sudan Selatan kedua-duanya dengan 12 mata daripada 180 negara yang ditinjau.
Kedua-dua China dan Indonesia menunjukkan prestasi yang baik dalam 26 tahun terakhir dan China kini berada di tangga ke-78 dengan 42 mata sementara Indonesia berada di tangga ke-102 dengan 37 mata.
Sedang China dan Indonesia menunjukkan prestasi yang baik dalam markah CPI TI mereka, Malaysia mengalami kemerosotan dengan 51 mata dan berada di tangga ke-57 dari 180 negara.
Kedudukan CPI TI Malaysia jatuh ke tahap terendah iaitu tangga ke-62 daripada 180 negara pada tahun 2017 sementara markah CPI TI kita jatuh ke tahap terendah iaitu 4.3 daripada 10 mata pada tahun 2011.
Negara ini dijanjikan bahawa di bawah rejim UMNO-BN dalam dekad terakhir ini, Malaysia akan mampu mencapai sasaran untuk berada di kedudukan 30 negara teratas dalam TI CPI 2020.
Berdasarkan laporan TI CPI sepanjang 24 tahun dari 1995 hingga 2018, tidak ada sebab sebenarnya untuk sesiapapun percaya yang Malaysia akan mencapai sasaran untuk berada di kedudukan 30 negara teratas TI CPI 2020.
Jika diteliti laporan CPI TI dari 2010 hingga 2018, tidak mustahil China dan Indonesia dapat mengatasi Malaysia menjelang 2030.
Negara-negara yang telah masuk dalam daftar CPI TI pada siri pertama pada tahun 1995, seperti China, Thailand, India dan Indonesia, semakin cepat mengejar kedudukan Malaysia, yang sebaliknya dilihat merosot prestasinya sejak 1995.
Mujurlah, prestasi buruk ini berjaya diperbaiki oleh Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Ini dapat dilihat dalam laporan TI CPI 2019, walaupun China menunjukkan peningkatan dalam kedua-dua aspek iaitu kedudukan TI CPI di tangga ke-80 dengan 41 dari 100 mata, Malaysia mencapai prestasi TI CPI terbaik dalam 25 tahun dengan peningkatan satu tahun enam mata untuk skor TI CPI dan naik 10 anak tangga ke tangga-51 dan skor 53 dari 100 mata.
Malaysia di bawah Pakatan Harapan ketika itu bersedia untuk menempuh era baharu bebas rasuah, bermula dengan menyasarkan skor dan ranking TI CPI yang lebih baik untuk setiap tahun berbanding rekod TI CPI 2019, dan memulakan usaha untuk meletakkan negara di kedudukan 30 negara teratas dalam ranking TI CPI sebelum 2030.
Pun begitu, kerajaan Pakatan Harapan tidak bertahan kerana dijatuhkan oleh gerakan licik Langkah Sheraton yang membentuk kerajaan ‘pintu belakang’ bernama Perikatan Nasional.
Kini, kita kembali ke era di mana budaya rasuah berleluasa seperti sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 dan skor TI CPI 2021 mungkin akan menjadi lebih buruk.
Adakah kita akan mendapat satu kenyataan daripada Perdana Menteri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubungan dengan TI CPI 2020 dan prestasi buruk TI CPI 2021?
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 29 Januari 2021)