Furore over KSN attending the PN leaders’ meeting highlighted the sad fact that we are still long way to an “all-of-government” and “whole-of-society”” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The furore over the presence of top civil servants during a virtual meeting of party leaders from the Perikatan National government questioned by the DAP MP for Segambut Hannah Yeoh and PKR MP for Tanjong Maluim Chang Lih Kang has highlighted the sad fact that a year after the outbreak, we are still a long way to an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic.

When will the Chief Secretary Mohd Zuki Ali and the Health Director-General or his deputy brief the Opposition leaders, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Shafie Apdal and Mahathir Mohamad on the Covid-19 pandemic and the emergency proclamation, or is the Covid-19 pandemic the sole concern of the Perikatan Nasional government and none of the business of the Opposition parties and the people?

The Opposition parties have shown that they are prepared to work as one team with the government coalition in the war against the Covid-19 pandemic, but where is the response from the government?

The daily increase of 3,346 new Covid-19 cases yesterday is the eleventh consecutive day that new daily Covid-19 infections have passed the 3,000-mark, bringing the cumulative total to 183,810 cases and 678 fatalities. On three of these 11 days, we have crossed the 4,000-mark.

As the global cumulative total reached 99,755,721 cases with a daily increase of 455,549 new infections yesterday, the world will pass the 100 million mark for Covid-19 cases today.

However, in the worst country affected by the Covid-19 pandemic, the United States, which has 25.7 million cases and close to 430,000 fatalities, it is beginning to see a turn for the better as illustrated by the daily increase of new infections of 195,045, 173,067 and 135,182 cases in the last three days.

With a new US President who takes the Covid-19 pandemic seriously, who declared that the fight to bring the Covid-19 pandemic under control in US is a “wartime undertaking” and pleading with Americans to wear masks and promising to vaccinate 100 million Americans in his Hundred Days, there is hope for better days in the United States against the Covid-19 pandemic.

But there seems to be no light at the end of the tunnel in Malaysia, with talk of a possible complete shutdown of the economy if the current movement control order cannot bring down the number of Covid-19 cases by Feb. 4.

The third wave of the Covid-19 pandemic had been rampaging for four months and we should have brought it under control earlier with an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach.

When will the Muhyiddin Government bestir itself, get its act together and launch an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach to bring the third wave of the Covid-19 pandemic under control?

When will Parliament be re-convened to be the centrepiece and platform for such a strategy and approach?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 25th January 2021)


Kekecohan berhubungan dengan kehadiran KSN dalam mesyuarat pimpinan PN menunjukkan betapa jauhnya kita daripada mempunyai pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam memerangi wabak Covid-19

Isu mengenai kehadiran pegawai kanan kerajaan dalam mesyuarat pemimpin parti kerajaan Nasional Perikatan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP Segambut Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen PKR Tanjong Malim Chang Lih Kang telah menunjukkan bahawa kita masih jauh daripada mempunyai strategi dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19.

Bilakah Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Kesihatan atau timbalannya akan memberikan penerangan kepada para pemimpin Pembangkang, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad Sabu, Shafie Apdal dan Mahathir Mohamad mengenai situasi semasa wabak Covid-19 di negara ini dan proklamasi darurat; atau adakah wabak Covid-19 ini hanya masalah yang perlu ditangani oleh kerajaan Perikatan Nasional sahaja dan tidak memerlukan usaha bersama daripada pihak pembangkang dan rakyat?

Parti-parti Pembangkang telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi memerangi wabak Covid-19, pun begitu di manakah respons daripada pihak kerajaan?

Jumlah kes baharu Covid-19 sebanyak 3,346 yang dilaporkan semalam adalah hari ke sebelas berturut-turut negara kita mencatatkan lebih daripada 3,000 kes sehari, menjadikan jumlah kes terkumpul terkini 183,810 kes dengan 678 kematian. Negara kita juga telah mencatatkan lebih daripada 4,000 kes dalam tiga daripada 11 hari tersebut.

Memandangkan jumlah kes terkumpul global telah mencapai 99,755,721 kes dengan peningkatan jangkitan baharu sebanyak 455,549 kes semalam, dunia bakal merekodkan 100 juta kes Covid-19 hari ini.

Pun begitu, di negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 iaitu Amerika Syarikat — yang merekodkan 25.7 juta kes dengan hampir 430,000 kematian — perubahan yang lebih baik dapat dilihat seperti yang digambarkan dengan penurunan kes harian dalam tempoh tiga hari berturut-turut, iaitu dari 195,045 kes kepada 173,067 dan 135,182 kes semalam.

Dengan ketegasan Presiden AS yang baharu terhadap usaha menangani pandemik Covid-19 — yang mana menyifatkan bahawa perjuangan untuk menangani pandemik Covid-19 di AS sebagai “peperangan” dan menggesa rakyatnya untuk memakai pelitup muka, malah berjanji untuk memberikan suntikan vaksin kepada 100 juta rakyat Amerika dalam tempoh 100 hari pentadbirannya — ada harapan untuk Amerika Syarikat pulih daripada wabak Covid-19.

Bagaimanapun sinar harapan seumpama itu kelihatan masih samar-samar di Malaysia, diburukkan lagi dengan khabar bahawa sektor ekonomi bakal ditutup sepenuhnya jika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilihat tidak membendung peningkatan kes Covid-19 menjelang 4 Februari.

Gelombang ketiga pandemik Covid-19 terus membadai negara kita selama empat bulan lamanya dan ia seharusnya ditangani lebih awal melalui strategi dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat”.

Bilakah Kerajaan Muhyiddin akan mengguna pakai strategi dan pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam usaha menangani gelombang ketiga pandemik Covid-19 ini?

Bilakah Parlimen akan dipanggil semula untuk menjadi pusat dan platform bagi strategi dan pendekatan seumpama itu?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 25 Januari 2021)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.