Lim Kit Siang

Malaysia likely to break the 200,000 Covid-19 cases mark at the end of January and be among the top 50 nations in cumulative total of Covid-19 cases before Chinese New Year

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The daily increase of 4,275 Covid-19 cases yesterday bringing Malaysia’s cumulative total to 180,455 Covid-19 cases and 667 fatalities shows that Malaysia’s serious upsurge is still ferocious and not under control.

If the trajectory of 4,000 daily increase continues, then Malaysia will break the 200,000-mark by the end of January 2021 and we will likely be ranked among the top 50 countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases.

We have achieved an unprecedented jump of 27 places from the world ranking of No. 85 in the world two months ago to No. 58 at present.

We are the world’s No. 17th country in having the highest daily increase of Covid-19 cases.

We share with Portugal (ranked No. 26) and UAE (ranked No. 43) in being the three countries among the top 58 countries setting the record-high daily increase in Covid-19 cases respectively.

Although we are not in the league of Unites States, which yesterday increased by over 172,913 cases (though set in downward curve as its highest daily increase was on January 8 with 308,022 case in a single day) or Brazil, which yesterday increased by 55,319 cases (falling from a high of 85,134 cases increase on January 7), or United Kingdom, which yesterday increased by 33,552 cases (falling from a high of 68,053 daily increase on January 8), the ferocious increase of over 4,000 cases a day after four months of the third wave of the Covid-19 pandemic Malaysia is a very grave public health problem in Malaysia.

It is a poor reflection on the failure in Malaysia to formulate and implement an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic that despite four months, we have not been able to bring the third wave of the Covid-19 pandemic under control.

This ferocious four-month surge must be stopped in its tracks and the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia which started on Sept. 20 ended with all resources and ingenuity in our command.

Senior consultant paediatrician, Dr. Amar-Singh HSS has summarised the key measures which the authorities need to take to reduce “the Covid-19 raging fire”, viz:

– Test extensively;
– Restore contact tracing
– Support Health Ministry Staff
– Improve home quarantine
– Widen pick up services

Can we expect action on all these areas within the next 24 hours – as we must be on a war footing to fight the war against the coronavirus which has taken 667 lives in Malaysia and we do not have the luxury of lethargic responses as if we are on a “MCO holiday”.

I have said that Malaysia must go on a war footing with every Malaysian constantly thinking what he or she could do to ensure that the Covid-19 pandemic is brought under control.

If every Malaysian, including Ministers and VIPs, has the “war mentality” and is minded to think of what he or she could do to help in the war effort against Covid-19 pandemic, there will be no double standards, misuse of power, fraud, corruption and discriminatory measures against any race, religion or group in the country.

Malaysians are back to the most critical questions – Firstly, when will the Muhyiddin Government bestir itself to get its act together and launch an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach to prevail over the third wave of the Covid-19 pandemic and secondly, when will Parliament be re-convened to be the centrepiece and platform for such a strategy and approach.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Sunday, 24th January 2021)


Malaysia bakal mencecah 200,000 kes terkumpul Covid-19 menjelang penghujung Januari dan menjadi dalam kalangan 50 negara teratas di dunia dengan jumlah kes terbanyak sebelum Tahun Baru Cina

Peningkatan 4,275 kes Covid-19 semalam membawa jumlah keseluruhan kes di Malaysia ke 180,455 kes dengan 667 kematian, menunjukkan lonjakan serius kes di Malaysia ini masih sedang di luar kawalan.

Sekiranya trajektori peningkatan 4,000 kes sehari ini berterusan, Malaysia akan melepasi paras 200,000 kes menjelang penghujung bulan Januari 2021 dan negara kita akan berada dalam kalangan 50 negara teratas dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di dunia.

Kita telah mencatatkan peningkatan yang belum pernah dilihat sebelum ini, melompat 27 kedudukan daripada kedudukan ke-85 dua bulan yang lepas kepada kedudukan ke-58.

Kita adalah negara ke-17 di dunia dengan peningkatan harian tertinggi. Kita berkongsi kedudukan ini bersama dengan Portugal (di tempat ke-26 dengan kes terkumpul tertinggi) dan UAE (di tempat ke-43) sebagai tiga negara dalam kalangan 58 negara dengan jumlah kes terkumpul tertinggi yang mencatatkan peningkatan harian yang memecahkan rekod.

Walaupun kita tidak berada dalam liga yang sama seperti Amerika Syarikat, yang semalam mencatatkan peningkatan 172,913 kes semalam (walaupun perkara ini meletakkan AS dalam trajektori menurun, memandangkan kemuncak peningkatan kes di AS adalah 308,022 kes pada 8 Januari), atau seperti Brazil yang semalam mencatatkan 55,319 kes baharu (menurun daripada kemuncak 85,134 kes pada 7 Januari), atau United Kingdom yang mencatatkan peningkatan 33,552 kes semalam (menurun daripada 68,053 kes pada 8 Januari), peningkatan pantas dengan lebih 4,000 kes sehari selepas empat bulan bermulanya gelombang ketiga wabak ini menjadi satu masalah yang besar terhadap sistem kesihatan awam di Malaysia.

Perkara ini adalah akibat kegagalan Malaysia untuk merangka pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan Covid-19, yang menyaksikan walaupun selepas empat bulan bergelut dengan gelombang ketiga ini, kita masih tidak berjaya mengawalnya.

Peningkatan mendadak selama empat bulan dalam gelombang ketiga wabak ini perlu dihentikan segera dengan segala sumber yang dimiliki kita.

Pakar rawatan kanak-kanak kanan, Dr Amar-Singh HSS telah meringkaskan tiga tindakan yang perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk meredakan “api kebakaran Covid-19” ini, iaitu:

– Ujian saringan besar-besaran

– Memulihkan penjejakan kontak rapat

– Beri sokongan kepada kakitangan Kementerian Kesihatan

– Tambah baik sistem kuarantin di rumah

– Meluaskan sistem pengambilan pesakit

Bolehkah kita menjangkakan tindakan dalam ke semua perkara ini dalam tempoh 24 jam yang akan datang — memandangkan kita perlu mempunyai pemikiran untuk berhadapan dengan perang melawan koronavirus ini, yang telah mengorbankan 667 nyawa di Malaysia dan kita tidak boleh untuk berlengah-lengah lagi seakan-akan sedang “bercuti PKP”.

Saya telah katakan sebelum ini yang Malaysia perlu mengambil posisi perang, dengan semua rakyat Malaysia sentiasa berfikir mengenai apa yang boleh dilakukannya untuk memastikan wabak Covid-19 di Malaysia ini boleh dikawal semula.

Sekiranya semua rakyat Malaysia, termasuklah para menteri dan golongan VIP, mempunyai “mentaliti perang” ini dan sentiasa beringat mengenai apa yang perlu dilakukannya untuk membantu usaha melawan wabak ini, tidak akan ada layanan berbeza, penyalahgunaan kuasa, penipuan, rasuah, dan tindakan diskriminasi terhadap mana-mana kaum, agama, ataupun kumpulan orang dalam negara ini.

Rakyat Malaysia perlu kembali kepada persoalan yang kritikal — Pertama, bilakah Kerajaan Muhyiddin ini akan bertindak dan melancarkan pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” untuk memenangi perang melawan wabak Covid-19 ini, dan kedua, bilakah Parlimen akan dipanggil untuk bersidang untuk menjadi pusat utama dan platform pendekatan dan strategi ini?

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Ahad, 24 Januari 2021)

Exit mobile version