(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Why has Malaysia become the worst performer in Asia in the last two months in the Covid-19 Pandemic — even worse than India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Philippines, Japan, China and South Korea?
On November 18, 2020, we were ranked No. 85 among countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases, having 49,730 Covid-19 cases, but yesterday, we have jumped 25 places to be ranked No. 60 with 165,371 Covid-19 cases and 619 fatalities.
No other Asian country have recorded such a 25-rank jump in the last two months as shown by the following table:
World rankings for Asian countries with the most cumulative total of Covid-19 cases and the number of Covid-19 cases for the two dates Nov 18 2020–Jan 19, 2021
Asian Country | Ranking | No. of Cases | Magnitude of increase | ||
---|---|---|---|---|---|
Nov 18, 2020 | Jan 19, 2021 | Nov 18, 2020 | Jan 19, 2021 | ||
India | 2 | 2 | 8,912,704 | 10,596,228 | 1.189 |
Indonesia | 21 | 19 | 474,455 | 927,380 | 1.955 |
Bangladesh | 24 | 30 | 436,684 | 529,031 | 1.211 |
Pakistan | 28 | 31 | 361,082 | 523,011 | 1.448 |
Philippines | 26 | 32 | 410,718 | 504,084 | 1.227 |
Japan | 50 | 39 | 119,326 | 334,328 | 2.802 |
China | 64 | 83 | 86,361 | 88,454 | 1.024 |
Myanmar | 73 | 70 | 71,730 | 135,243 | 1.885 |
Singapore | 82 | 89 | 58,130 | 59,157 | 1.018 |
Malaysia | 85 | 60 | 49,730 | 165,371 | 3.325 |
South Korea | 92 | 86 | 28,996 | 73,115 | 2.522 |
Hong Kong | 138 | 133 | 5,471 | 9,721 | 1.777 |
Thailand | 151 | 128 | 3,878 | 12,594 | 3.248 |
Vietnam | 167 | 173 | 1,288 | 1,540 | 1.196 |
Furthermore, this table shows that in the two months from November 18, 2020 to January 19, 2021, the number of Covid-19 cases increased by 3.325 times — the highest increase among the countries in Asia — followed by Thailand, Japan and South Korea.
If we cannot find the answer to this question – Why has Malaysia become the worst performer in Asia in the last two months in the Covid-19 Pandemic, even worse than India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Philippines, Japan, China and South Korea? — then we are very far from the solution to the third wave of the Covid-19 pandemic.
The gravity of the third wave of Covid-19 pandemic has been further highlighted by two developments — firstly, by the entire country, except for Sarawak, being placed under the movement control order (MCO) and secondly, for the last week since the re-imposition of MCO.2, the daily average for the week was as high as 3,405 Covid-19 cases.
Although the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin has belatedly replied to the Open Letter to him by 46 public health experts on the Covid-19 pandemic, the most important proposal by the 46 public health experts, i.e. for the establishment of a Covid-19 Task Force comprising a cross-sectoral and empowered team of subject matter experts, has yet to be formed 12 days after their Open Letter to the Prime Minister.
The country is facing an unprecedented national crisis, and all Malaysians, regardless of race, religion, region or politics, must single-mindedly apply all their efforts and energies to one goal – to save Malaysia from the Covid-19 pandemic: save lives, avoid an economic collapse, provide an economic safety net for citizens and business in distress, implement these measures without fraud and corruption and to plan for a post-Covid recovery.
For theses reasons, the Yang di Pertuan Agong should seriously consider convening a Special Parliament specifically on the Covid-19 pandemic, as the proclamation of emergency is not a bar to the Yang di Pertuan Agong convening a Special Parliament on it.
There will be no possibility of any no confidence motion as the Special Parliament is specifically about the Covid-19 pandemic.
This will also enable Members of Parliament to play their important role as agents for a belated “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic.
It will be a most absurd contradiction to talk about “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the Covid-19 pandemic if elected representatives of the people, like Members of Parliament and State Assembly persons, are excluded in the ”all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach.
The greatest challenge facing the country today is whether we are capable of formulating and implementing an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against Covid-19 pandemic to unite Malaysians as one people – the public sector and the private sector, specifically the private health sector, the political parties, the NGOs and the civil society, the SMEs, the corporate world and even the investors.
Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 20th January 2021
Mengapakah Malaysia mempunyai prestasi terburuk di Asia dalam berhadapan dengan wabak Covid-19 dalam tempoh dua bulan yang lepas — dengan prestasi yang lebih buruk berbanding dengan India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Jepun, China, dan Korea Selatan?
Mengapakah Malaysia mempunyai prestasi terburuk di Asia dalam berhadapan dengan wabak Covid-19 dalam tempoh dua bulan yang lepas — dengan prestasi yang lebih buruk berbanding dengan India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Jepun, China, dan Korea Selatan?
Pada 18 November 2020, kita berada di tempat ke-85 di antara seluruh negara di dunia dengan jumlah kes terkumpul tertinggi, mencatatkan sejumlah 49,730 kes Covid-19, namun semalam kita telah melonjak 25 kedudukan ke tempat ke-60 dengan 165,371 kes dan 619 kematian akibat Covid-19.
Tidak ada mana-mana negara Asia lain yang mencatatkan peningkatan 25 kedudukan seperti ini dalam tempoh dua bulan yang lepas seperti yang boleh dilihat dalam jadual di bawah:
Kedudukan Negara Asia di Peringkat Dunia dari segi jumlah kes Covid-19 terkumpul dan angka kes Covid-19 di antara 18 Nov 2020 sehingga 19 Jan 2021
Negara Asia | Kedudukan di peringkat dunia | Jumlah kes | Kadar peningkatan | ||
---|---|---|---|---|---|
18 Nov 2020 | 19 Jan 2021 | 18 Nov 2020 | 19 Jan 2021 | ||
India | 2 | 2 | 8,912,704 | 10,596,228 | 1.189 |
Indonesia | 21 | 19 | 474,455 | 927,380 | 1.955 |
Bangladesh | 24 | 30 | 436,684 | 529,031 | 1.211 |
Pakistan | 28 | 31 | 361,082 | 523,011 | 1.448 |
Filipina | 26 | 32 | 410,718 | 504,084 | 1.227 |
Jepun | 50 | 39 | 119,326 | 334,328 | 2.802 |
China | 64 | 83 | 86,361 | 88,454 | 1.024 |
Myanmar | 73 | 70 | 71,730 | 135,243 | 1.885 |
Singapura | 82 | 89 | 58,130 | 59,157 | 1.018 |
Malaysia | 85 | 60 | 49,730 | 165,371 | 3.325 |
Korea Selatan | 92 | 86 | 28,996 | 73,115 | 2.522 |
Hong Kong | 138 | 133 | 5,471 | 9,721 | 1.777 |
Thailand | 151 | 128 | 3,878 | 12,594 | 3.248 |
Vietnam | 167 | 173 | 1,288 | 1,540 | 1.196 |
Tambahan lagi, jadual di atas menunjukkan yang dalam tempoh daripada 18 November 2020 sehingga 19 Januari 2021, jumlah kes Covid-19 di Malaysia meningkat 3.325 kali ganda — peningkatan tertinggi di Asia, diikuti dengan Thailand, Jepun, dan Korea Selatan.
Jika kita tidak boleh menemui jawapan kepada persoalan berikut — Mengapakah Malaysia mempunyai prestasi terburuk di Asia dalam berhadapan dengan wabak Covid-19 dalam tempoh dua bulan yang lepas — dengan prestasi yang lebih buruk berbanding dengan India, Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Filipina, Jepun, China, dan Korea Selatan? — maka kita berada sangat jauh daripada mendapatkan penyelesaian terhadap masalah gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 di Malaysia.
Keseriusan gelombang ketiga ini telah ditonjolkan lagi dengan dua perkembangan terbaru — pertamanya, keseluruhan negara, kecuali negeri Sarawak diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), dan keduanya, sejak daripada pelaksanaan semula PKP 2.0 pada minggu lepas, purata kes baharu setiap hari berada pada tahap setinggi 3,405 kes.
Walaupun Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membalas — walaupun sedikit lewat — terhadap surat terbuka yang dituliskan kepada beliau oleh 46 orang pakar kesihatan awam mengenai wabak Covid-19, cadangan terpenting daripada mereka, iaitu untuk menubuhkan satu Pasukan Tindakan Covid-19 yang dianggotai oleh ahli-ahli yang datang dari pelbagai sektor dan sekumpulan pakar hal ehwal bidang mereka yang dikuasakan, masih belum berlaku, 12 hari selepas surat ini ditulis kepada Perdana Menteri.
Negara kita berhadapan dengan sebuah krisis nasional yang belum pernah dihadapi sebelum ini, dan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, daerah, mahupun politik, perlu menumpukan semua usaha dan tenaga mereka kepada satu tujuan yang sama — untuk menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19: selamatkan nyawa, elakkan keruntuhan ekonomi, berikan jaringan keselamatan ekonomi kepada rakyat dan perniagaan yang memerlukan, laksanakan langkah-langkah ini tanpa penipuan atau rasuah, dan merancang untuk pemulihan pasca-Covid-19.
Kerana sebab-sebab inilah, Yang di-Pertuan Agong perlu mempertimbangkan dengan serius untuk memanggil Persidangan Khas Parlimen untuk Covid-19, memandangkan Proklamasi Darurat tidak menghalang Baginda untuk berbuat demikian.
Tidak ada sebarang kemungkinan untuk berlakunya undian tidak percaya memandangkan Persidangan Khas Parlimen ini khusus untuk membincangkan isu-isu berkenaan Covid-19.
Perkara ini juga akan membolehkan Ahli-ahli Parlimen untuk menjalankan tugas penting mereka untuk memastikan terdapatnya pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19.
Menjadi suatu perkara yang tidak masuk akal untuk kita berkata-kata mengenai pendekatan yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam melawan Covid-19 sekiranya semua wakil rakyat yang diundi, seperti Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri dikecualikan daripada strategi dan pendekatan melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” ini.
Cabaran terbesar yang dihadapi oleh negara kita sekarang adalah sama ada kita mampu untuk merangka dan melaksana satu pendekatan dan strategi yang melibatkan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan wabak Covid-19 untuk menyatukan semua rakyat Malaysia — baik sektor awam mahupun swasta, terutamanya sektor kesihatan swasta, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan, PKS, sektor korporat, dan para pelabur.
Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 20 Januari 2021