Lim Kit Siang

Sin Chew interview only exposed Annuar Musa as a “Little Trump” purveying disinformation and fake news

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

The Sin Chew interview of the sacked Barisan Nasional secretary-general Tan Sri Annuar Musa exposed him as a “Little Trump” purveying disinformation and fake news, even when he had been elevated to Ministerial rank

Annuar gave three reasons why UMNO should not ally with DAP.

Annuar is the most hard-core top UMNO leader who had been going around accusing the DAP of being anti-Malay, anti-Islam and anti-Royalty – all despicable lies.

He even held a writing contest to invite contributions on how DAP was a danger to Malays and Islam in Malaysia.

If Annuar believed in what he preached, and not a mere political opportunist, this should rank as his first reason why UMNO should not ally with DAP.

But he did not breathe a word of this in his three reasons why UMNO should not ally with DAP.

In the United States of America, twice-impeached Donald Trump is ending his four-year US presidency and assault on truth, banned by Facebook, Google and Twitter.

A recent CNBC analysis of Trump’s tweets during his presidency found that his most popular and frequent posts largely spread disinformation and distrust. Many of his most-liked tweets contained falsehoods, while the topic he posted about most frequently, “fake news,” was a weapon for undermining information.

But we have a Minister who in 2017 expressed sympathy with US President Donald Trump with regard to the proliferation of “fake news” on the social media in the US, giving another example to the saying “Birds of the same feather flock together”.

Trump is ending his reign of disinformation and fake news in the United States in a few days, but in Malaysia we have ”Little Trumps” like Annuar Musa running around poisoning Malaysians politics as well as inter-racial and inter-religious relations in a plural society.

The Sin Chew interview has exposed Annuar’s true colours.

The challenges faced by UMNO are formidable – will it be able to dissociate from a kleptocracy culture and return to its founding decades when UMNO Presidents were known for unquestioned integrity and honesty?

Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman had to sell his house in Penang to fund the running of UMNO, while the former CIMB Bank Chairman, Datuk Seri Nazir Razak had recalled how their father, the second Prime Minister, Tun Razak, had given his sons a stern lecture on integrity and honesty when they had asked that a swimming pool be built at Seri Taman, the Prime Minister’s residence where they lived.

As for the third Prime Minister, Tun Hussein Onn, his integrity and honesty were legendary.

UMNO lost power in the 14th General Election on May 9, 2018 because it had betrayed the principles of integrity and honesty – from the days when the UMNO leader had to sell his house to fund UMNO’s activities to the era when UMNO leaders built palatial homes on ill-gotten gains from their public positions of trust and responsibility, turning Malaysia into a global kleptocracy.

The 1MDB scandal would never have happened under the watch of Tunku, Tun Razak or Tun Hussein Onn.

And yet today, there are those in UMNO who want Malaysians to believe that the Golden Age of the country was when Malaysia became a global kleptocracy!

Quo Vadis UMNO?

(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday 18th January 2020)


Wawancara Sin Chew hanya mendedahkan Annuar Musa sebagai “Trump Kecil” yang menyebarkan kekeliruan dan berita palsu

Wawancara Sin Chew dengan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional yang baru dipecat, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan beliau sebagai seorang “Trump Kecil” yang menyebarkan kekeliruan dan berita palsu, walaupun selepas beliau kini menjadi seorang yang berjawatan sebagai seorang Menteri.

Annuar memberikan tiga sebab mengapa UMNO tidak patut bekerjasama dengan DAP.

Annuar adalah antara pemimpin UMNO yang paling kuat menyebarkan penipuan jijik yang mengatakan kononnya DAP anti-Melayu, anti-Islam, dan anti-Raja.

Malah beliau juga telah mengadakan pertandingan menulis untuk mendapatkan sumbangan mengenai bagaimana DAP merupakan ancaman kepada orang Melayu dan Islam di Malaysia.

Sekiranya Annuar benar-benar percaya apa yang dikatakannya, dan beliau bukanlah seorang oportunis politik, perkara ini menjadi sebab pertama UMNO tidak boleh bekerjasama dengan DAP.

Di Amerika Syarikat, Donald Trump yang cuba dipecat sebanyak dua kali bakal menamatkan penggal presiden dan serangan ke atas kebenaran yang dilakukannya selama empat tahun yang lepas dengan diharamkan daripada laman Facebook, Google, dan Twitter.

Analisa CNBC terhadap ciapan Trump semasa tempoh beliau menjadi presiden menunjukkan yang perutusan beliau yang popular menyebarkan kekeliruan dan syak wasangka. Kebanyakan ciapan beliau mengandungi maklumat salah, manakala topik yang sering dikatakan oleh beliau, mengenai “berita palsu”, digunakan sebagai senjata untuk menyemai penipuan.

Namun, kita mempunyai seorang Menteri, yang pada tahun 2017 bersimpati dengan Donald Trump mengenai penyebaran “berita palsu” di media sosial di AS.

Trump bakal menamatkan pemerintahan yang penuh dengan berita palsunya di AS dalam beberapa hari lagi, namun di Malaysia kita mempunyai “Trump Kecil” seperti Annuar Musa yang terus menerus meracuni politik negara kita dan juga hubungan antara-kaum dan antara-agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Wawancara Sin Chew ini mendedahkan muka sebenar Annuar Musa.

Cabaran yang dihadapi UMNO amatlah besar — bolehkah parti ini menjauhkan dirinya daripada budaya kleptokrasi dan kembali kepada budaya dalam dekad penubuhannya di mana Presiden UMNO terkenal dengan integriti dan kejujurannya?

Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman terpaksa menjual rumahnya di Pulau Pinang untuk membiayai UMNO, manakala mantan Pengerusi Bank CIMB, Datuk Seri Nazir Razak menceritakan bagaimana bapa mereka, Perdana Menteri kedua, Tun Razak, memberikan anak-anaknya ceramah mengenai integriti dan kejujuran apabila mereka meminta supaya kolam renang dibina di Seri Taman, kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu.

Manakala Perdana Menteri ketiga pula, Tun Hussein Onn, terkenal dengan integriti dan kejujuran beliau.

UMNO telah kehilangan kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 kerana ia telah mengkhianati prinsip integriti dan kejujuran — daripada hari-hari di mana pemimpin UMNO terpaksa menjual rumahnya untuk membiayai aktiviti UMNO kepada era di mana pemimpin UMNO membina mahligai daripada sumber yang haram yang diperolehi melalui kedudukan mereka dalam jawatan awam yang memegang amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat, menjadikan Malaysia sebagai kleptokrasi global.

Skandal 1MDB tidak akan berlaku di bawah pimpinan Tunku, Tun Razak, atau Tun Hussein Onn.

Sayangnya, hari ini, terdapat mereka di dalam UMNO yang mahukan rakyat Malaysia untuk mempercayai bahawa negara kita berada dalam era kegemilangan semasa negara kita menjadi sebuah kleptokrasi global!

Apa nak jadi, UMNO?

(Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 18 Januari 2021)

Exit mobile version