COVID-19

Will Malaysia overtake Philippines in having more Covid-19 cases, becoming the second country in ASEAN after Indonesia with the most cumulative total of Covid-19 cases?

By Kit

January 08, 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Is anyone surprised by the deafening silence of the government parties, in particular the trio of Bersatu, UMNO and PAS to the proposal of an all-party conference to save Malaysia from the two great problems of 2021 – the Covid-19 pandemic and corruption?

I am not surprised, for it is precisely because the Perikatan Nasional coalition government had failed in these two areas in 2020 that Malaysia is facing a crisis of losing control of the third wave of the Covid-19 pandemic, registering yesterday a record-high daily increase of 3,027 new Covid-19 cases with eight deaths, bringing the cumulative total of Covid-19 cases to 128,465 and Covid-19 fatalities to 521.

On Dec. 30, I had forecasted that at the rate of Malaysia’s daily increase of Covid-19 cases, we were likely to overtake Myanmar with a greater cumulative total of Covid-19 cases in three weeks’ time, i.e. by 19th January 2021.

But was I very wrong, even on yesterday, as Malaysia will overtake Myanmar some time today (8th January) for the 69th ranking among the countries in the world with the most cumulative total of Covid-19 cases – the third country in ASEAN after Indonesia (ranked No. 20 with 797,723 cases) and the Philippines (ranked No. 30 with 482,083) in ASEAN with the most cumulative total of Covid-19 cases.

I had thought Malaysia will overtake Myanmar by 19th January in 21 days, but we overtook Myanmar earlier by 11 days.

Will we overtake Philippines which is at present ranked No. 30 among the countries in the world with most cumulative total of Covid-19 cases, and if so, when will this be achieved?

It is a terrible thought that the Covid-19 pandemic in Malaysia would rage on to the extent that Malaysia will overtake the Philippines in cumulative total of Covid-19 cases, becoming the second country after Indonesia in ASEAN with the most cumulative total of Covid-19 cases.

This is why I had proposed an all-party conference to save Malaysia from this disastrous development, especially as Philippines has three and a half times the population of Malaysia.

I do not expect objections from the Opposition parties, whether DAP, PKR, Amanah, Warisan or the yet-to-be registered Pejuang and MUDA to attend such an all-party conference to save Malaysia from the Covid-19 pandemic and corruption, just as I had expected dead silence and even objection if asked from Bersatu, UMNO, PAS and the other political parties in the governing PN coalition government.

In this connection, I fully endorse the statement by the Parliamentary Opposition Leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim that the RoS decision to deny registration of Pejuang and Muda is completely unacceptable and that the office of the RoS is not a political tool for the government to use and manipulate to suit their agenda.

Why is the PN government in such mortal fear of a budak and an old man?

There is now considerable power-play in the “three-kingdom” relationship among Bersatu, UMNO and PAS in the ruling coalition, but this is all about the survival of the respective political parties and not the interests of the nation.

Bersatu for instance does not want to be crushed in the forthcoming 15th General Election while UMNO believes that it would be able to win sufficient parliamentary seats to return to power in Putrajaya as the leading political party in a government coalition. PAS, on its part, expect to get more political space to contest in parliamentary and state assembly seats if it teams up with Bersatu, if it had to choose between partnership with UMNO or Bersatu in the 15GE.

But they are not bothered about national interests but only the interests of their respective political parties – which is why they are not prepared to take a stand against corruption, which has become the handmaidens in their survival or advancement in the “three-kingdom” power struggle in the government coalition.

When Trump’s mob assaulted Capitol Hill in Washington in support of his unconstitutional efforts to overturn the US presidential election, I thought of Malaysia’s Trump and the question Dr. Mohamad Raick Khan posed in one of his blogs:

“How does one explain when people with positions that have been convicted with corruption charges are enjoying a cult following and now being treated like a celebrity that is our last salvation to save the country?”.

Yesterday, Japan’s Prime Minister Yoshihide Suga declared a state of emergency for Japan’s capital and surrounding areas until Feb. 2 as Covid-19 cases surge to the highest levels since the start of the pandemic.

Suga said the government will provide up to 1.8 million yen ($17,400) per month to each restaurant that complies with a request to shorten its operating hours.

Are we learning the best lessons and avoiding the worst mistakes of other countries in the Covid-19 pandemic?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 8th January 2021)

Adakah Malaysia akan mengatasi Filipina dengan mencatatkan lebih banyak kes terkumpul Covid-19, sekali gus menjadi negara kedua di ASEAN selepas Indonesia dengan kes terkumpul Covid-19 tertinggi?

Adakah anda terkejut dengan sikap berdiam diri parti-parti dalam kerajaan, khususnya Bersatu, UMNO dan PAS terhadap cadangan untuk mengadakan perjumpaan antara semua parti untuk mencari jalan bagi menyelamatkan Malaysia daripada dua masalah besar yang bakal melanda negara sepanjang 2021 iaitu pandemik Covid-19 dan rasuah?

Saya tidak terkejut, kerana jelas bahawa gabungan Perikatan Nasional telah gagal menguruskan krisis Covid-19 dan rasuah pada tahun lalu. Ini dapat dilihat selepas Malaysia yang ditadbir PN gagal membendung gelombang ketiga pandemik Covid-19. Perkara ini diburukkan lagi dengan berita semalam, apabila Malaysia mencatatkan kes baharu harian tertinggi iaitu sebanyak 3,027 kes dengan lapan kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 128,465 dan angka korban akibat wabak itu meningkat kepada 521.

Pada 30 Disember, saya telah meramalkan bahawa berdasarkan kadar peningkatan kes harian Covid-19 di Malaysia, kita kemungkinan akan mengatasi Myanmar dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang lebih besar dalam masa tiga minggu, iaitu pada 19 Januari 2021.

Adakah saya telah membuat salah perkiraan? Kerana Malaysia nampaknya akan mengatasi Myanmar lebih awal iaitu dalam beberapa hari ini (8 Januari) dengan berada di kedudukan ke-69 di dunia dengan jumlah kes terkumpul Covid-19 tertinggi – sementara menjadi negara ketiga di ASEAN selepas Indonesia (di kedudukan ke-20 dengan 797,723 kes) dan Filipina (di kedudukan ke-30 dengan 482,083 kes) dengan jumlah terkumpul kes Covid-19 tertinggi.

Saya sebelum ini menjangkakan Malaysia akan mengatasi Myanmar pada 19 Januari dalam tempoh 21 hari, namun situasi tersebut nampaknya akan berlaku lebih awal iaitu dalam tempoh 11 hari.

Adakah kita akan mengatasi Filipina yang ketika ini berada di tangga ke-30 di dunia dengan jumlah terkumpul kes Covid-19, dan jika demikian, bilakah ia akan dicapai?

Adakah kes Covid-19 di Malaysia akan terus meningkat sehingga Malaysia akan mengatasi Filipina dalam jumlah keseluruhan kes Covid-19, menjadi negara kedua selepas Indonesia di ASEAN dengan jumlah terkumpul kes Covid-19 tertinggi.

Inilah sebabnya mengapa saya telah mencadangkan supaya persidangan melibatkan semua parti untuk menyelamatkan Malaysia daripada perkembangan maha dahsyat ini, lebih-lebih lagi melihat hakikat bahawa Filipina mempunyai penduduk tiga setengah daripada jumlah penduduk Malaysia.

Saya tidak menjangkakan sebarang bantahan daripada parti-parti pembangkang, sama ada DAP, PKR, Amanah, Warisan atau Pejuang dan MUDA yang belum didaftarkan untuk menghadiri persidangan semua parti untuk menyelamatkan Malaysia daripada wabak Covid-19 dan rasuah, seperti mana saya menjangkakan yang Bersatu, UMNO, PAS dan parti politik lain dalam gabungan kerajaan PN akan berdiam diri terhadap cadangan ini.

Dalam hal ini, saya menyokong sepenuhnya kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa keputusan RoS untuk menolak pendaftaran Pejuang dan Muda sama sekali tidak dapat diterima dan bahawa RoS bukanlah alat politik untuk digunakan oleh kerajaan dan dimanipulasi agar sesuai dengan agenda mereka.

Mengapakah kerajaan PN begitu takut akan Pejuang dan Muda?

Kini, banyak muslihat politik yang berlaku “Three Kingdom” membabitkan Bersatu, UMNO dan PAS, namun kesalnya ini semua hanya berkaitan dengan kelangsungan parti politik masing-masing dan bukannya untuk kepentingan negara.

Bersatu misalnya, tidak mahu dihancurkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang, sementara UMNO percaya bahawa ia akan dapat memenangi kerusi parlimen yang mencukupi untuk kembali berkuasa di Putrajaya sebagai abang besar dalam gabungan kerajaan.

PAS pula berharap mendapat lebih banyak ruang politik untuk bertanding di kerusi parlimen dan DUN sekiranya bekerjasama dengan Bersatu, jika perlu memilih untuk bekerjasama dengan UMNO atau Bersatu pada PRU-15.

Pun begitu,mereka sebenarnya tidak peduli dengan kepentingan nasional, hanya memikirkan kepentingan parti politik masing-masing – itulah sebabnya mereka tidak bersedia untuk menentang rasuah, yang telah menjadi darah daging mereka atau cara untuk memperkukuhkan “three kingdom”.

Ketika gerombolan Trump menyerang Capitol Hill di Washington untuk menyokong usahanya yang tidak berperlembagaan untuk menjatuhkan pilihan raya presiden AS, saya terfikir tentang “Trump Malaysia” dan pertanyaan yang diajukan oleh Dr Mohamad Raick Khan di salah satu blognya:

“Bagaimana seseorang menjelaskan ketika individu yang mempunyai kedudukan dan telah disabitkan dengan tuduhan rasuah boleh dipuja-puja dan sekarang dilayan seperti selebriti?”

Semalam, Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga mengisytiharkan darurat bagi ibu negara Jepun dan kawasan sekitarnya hingga 2 Februari berikutan kes Covid-19 melonjak ke tahap tertinggi sejak bermulanya wabak ini.

Suga juga mengumumkan bahawa kerajaan Jepun pemerintah akan memberikan sehingga 1.8 juta yen ($ 17,400) setiap bulan untuk setiap restoran yang memenuhi permintaan kerajaan untuk memendekkan operasinya.

Adakah kita akan belajar daripada kejayaan dan kegagalan negara-negara lain dalam menangani pandemik Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 8 Januari, 2021)