Lim Kit Siang

Malaysia had been dismal failures under the Perikatan Nasional Government in 2020 on all five main priorities in its post-Covid 19 strategy for 2021

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

In his live New Year message, the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin listed five priorities for the year 2021 in an integrated national recovery strategy post Covid-19.

These five priorities do not bear scrutiny for they had been dismal failures of the Perikatan Nasional Government in 2020.

Let us examine the five priorities:

First Priority – Improve public health through the procurement of Covid-19 vaccines with the launch of a nationwide vaccination programme.

Singapore, which started its Covid-19 vaccination campaign on Dec. 30, is estimated to have enough vaccines for its around 5.5 million-strong population by the third quarter of 2021.

Indonesia, which is the first in the region to receive a vaccine shipment from China and has announced multiple agreements to receive potential vaccines, seeks to vaccinate 181.5 million people. It plans to vaccinate 16 million people a month.

Malaysia expects to receive the first batch of Pfizer’s Covid-19 vaccine in the first quarter of 2021. Beginning or end? Quantity of vaccines? Are there any plan to vaccinate Malaysia’s population? When will this target be achieved? Malaysians are entitled to know the details!

Vaccine is not a panacea for Covid-19, and as the experience in the United States has shown, efficient mass distribution of vaccine can present nightmarish problems.

United States President-Elect Joe Biden had warned that its going to take “years, not months” to vaccinate the nation under the Trump vaccination distribution plan, and said he would “move heaven and earth” to ramp up vaccination efforts, with the goal of administering 100 million inoculations within his first 100 days in office.

The vaccine distribution crisis in the United States has prompted the New York Times to publish an editorial entitled “We Came All This Way to Let Vaccines Go Bad in the Freezer?” on how America did not sufficiently plan for how to get millions of people vaccinated.

Second Priority – Strengthen the people’s economy and drive the country’s economic growth post Covid-19 through the implementation of the 2021 Budget and the 12th Malaysia Plan (12MP).

That the Perikatan Nasional government has morphed into a kakistocracy is best illustrated by the fact that the Twelfth Malaysia Plan, meant for the five years from 2021-2015, will only be presented to Parliament in April this year, after one quarter of 2021 had elapsed.

As for the 2021 Budget, the Finance Minister, Tengku Zafrul Abdul Aziz has still to give a cogent response to the call by the former Finance Minister, Lim Guan Eng, that an additional RM45 billion economic stimulus package is urgently needed to save jobs following the unexpected rise in the unemployment rate to 4.7 percent and the contraction of the industrial production index (IPI) by 0.5 percent in October 2020.

Third Priority – Ensure political stability with strong emphasis on good governance as a foundation for sustainable economic recovery.

There is neither political stability nor good governance. The backdoor and illegitimate Perikatan Nasional government created by the Sheraton Move conspiracy is the most unstable government in the history of Malaysia – riven not only by fractious dissension in the ruling coalition but fearful of a chimerical majority in Parliament.

It is so fragile and unstable that the Prime Minister dare not replace the Health Minister who had incapacitated himself in the Covid-19 pandemic with a series of fiascos like “warm water cure for Covid-19”, “500 countries” and “15 states in Malaysia” gaffes, causing Malaysia to operate without an effective hands-on Health Minister during the pandemic.

“Good governance” is a joke unless the Prime Minister is prepared to replace its numerous politician-led government-linked companies (GLCS) and agencies with professionals to ensure that they operate professionalyl and with integrity.

All, including the Prime Minister and the Ministers, are dreading the release of the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) 2020 later this month – as it will be the latest global report card on the “good governance” of the Perikatan Nasional Government.

Furth Priority – Uphold the country’s sovereignty and strengthen Malaysia’s position on the world stage.

The latest report of Malaysia’s diminishing place on the world stage is that Vietnam would surpass Malaysia to become the 4th largest economy in Southeast Asia.

Although Malaysia achieved the best 2019 TI CPI performance in 25 years, with a single-year improvement of six points for TI CPI score of 53 and 10 placings for TI CPI ranking of 51, nobody expects any improvement in the TI CPi 2020.

In the second Bloomberg Covid Resilience Ranking released on Dec. 21 last year, Malaysia lost out to New Zealand, Taiwan, Australia, Singapore, Japan, South Korea, China, Vietnam, Hong Kong, Thailand and Bangladesh. So much for strengthening “Malaysia’s position on the world stage”.

The monthly Bloomberg Covid Resilience Ranking provides a snapshot of the best and worst places to be in the Covid-19 era.

Malaysia has beaten China in having more cumulative total of Covid-19 cases – China is ranked No. 82 in the world with cumulative total of 87,093 Covid-19 cases while Malaysia have jumped two steps to rank No. 72 with 115,078 Covid-19 cases.

At one time, Malaysia was some 50 positions behind China, the country where the pandemic first started and which had 40 times the population of Malaysia.

Is this the way to “strengthen Malaysia’s position on the world stage”?

Fifth Priority – Strengthen ties between races and religions in shaping a united community against any threat.

Malaysia had never been more polarised between the races and religions because of the long-standing campaign of lies, falsehoods and fake news by the government parties.

There are no signs in the ten months of Perikatan Nasional government that stern action would be taken against such a diabolical misinformation campaign to polarise the races and religions in Malaysia.

Has the Prime Minister, Tan Sri Muyhiddin Yassin become “Malaysian first, Malay second” since his declaration that he was “Malay first, Malaysian second” a decade ago?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, 2nd January 2021)


Malaysia berhadapan dengan kegagalan teruk dalam kelima-lima tunjang utama strategi pasca-Covid 19 di bawah kerajaan Perikatan Nasional pada tahun 2020

Dalam perutusan Tahun Baru secara langsung beliau, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyenaraikan lima tunjang utama strategi pemulihan nasional bersepadu pasca-Covid-19 untuk tahun 2021.

Lima tunjang ini tidak mampu mempertahankan dirinya di bawah penelitian rapi memandangkan ia adalah kegagalan kerajaan Perikatan Nasional sendiri.

Mari kita kaji lima tunjang ini:

Tunjang Pertama – Meningkatkan kesihatan awam melalui edaran vaksin Covid-19 dengan pelancaran program vaksinasi di seluruh negara.

Singapura, yang memulakan kempen vaksinasi Covid-19 pada 30 Disember, dianggarkan akan mempunyai cukup vaksin untuk populasi sekitar 5.5 juta orang pada suku ketiga 2021.

Indonesia, yang merupakan antara negara pertama di wilayah ini yang menerima penghantaran vaksin dari China dan telah mengumumkan beberapa perjanjian untuk menerima vaksin yang berpotensi, merancang untuk mengedarkan vaksin untuk 181.5 juta orang. Negara tersebut merancang untuk melaksanakan vaksinasi kepada 16 juta orang sebulan.

Malaysia menjangkakan akan menerima penghantaran pertama vaksin Pfizer Covid-19 pada suku pertama 2021. Bermula atau berakhir? Kuantiti vaksin? Adakah rancangan vaksinasi penduduk Malaysia? Bilakah sasaran ini akan dicapai? Rakyat Malaysia berhak mengetahui perinciannya!

Vaksin bukanlah ubat mujarab untuk Covid-19, dan seperti yang ditunjukkan oleh pengalaman di Amerika Syarikat, proses edaran vaksin secara besar-besaran dengan cekap boleh menjadi satu cabaran yang mengerikan.

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden telah memperingatkan bahawa negara tersebut akan memerlukan masa “bertahun-tahun, bukan berbulan” untuk mengedarkan vaksin di bawah rancangan pengedaran vaksinasi Trump, dan mengatakan beliau pula akan melakukan sedaya upaya untuk meningkatkan usaha pengedaran vaksin, dengan sasaran 100 juta vaksinasi dalam 100 hari pertama beliau menjawat jawatan Presiden.

Krisis pengedaran vaksin di Amerika Syarikat telah mendorong New York Times untuk menerbitkan sebuah editorial yang berjudul “We Came All This Way to Let Vaccines Go Bad in the Freezer?” tentang bagaimana Amerika gagal merancang dengan baik proses logistik dan cara pelaksanaan vaksinasi untuk berjuta-juta orang.

Tunjang Kedua – Memperkukuhkan ekonomi rakyat dan mendorong pertumbuhan ekonomi negara pasca-Covid-19 melalui pelaksanaan Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Hakikat di mana Kerajaan Perikatan Nasional ini telah berubah menjadi sebuah kakistokrasi ini dapat dilihat dengan jelas daripada penangguhan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang bertujuan untuk menjadi dasar pembangunan negara bagi tempoh lima tahun di antara 2021-2025, yang kini ditangguhkan pembentangannya kepada bulan April tahun ini, selepas satu suku tahun berlalu.

Manakala mengenai Belanjawan 2021 pula, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz masih belum memberikan sebarang respons yang meyakinkan kepada seruan mantan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bahawa pakej rangsangan ekonomi tambahan bernilai RM45 bilion sangat diperlukan untuk menyelamatkan pekerjaan berikutan kenaikan kadar pengangguran yang tidak dijangka kepada 4.7 peratus dan penguncupan indeks pengeluaran perindustrian (IPI) sebanyak 0.5 peratus pada Oktober 2020.

Keutamaan Ketiga – Memastikan kestabilan politik dengan penekanan yang kuat pada pemerintahan yang baik sebagai asas pemulihan ekonomi yang mampan.

Tidak ada kestabilan politik mahupun pentadbiran yang baik. Kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional yang tidak mempunyai keabsahan yang diciptakan melalui konspirasi Langkah Sheraton adalah kerajaan yang paling tidak stabil dalam sejarah Malaysia — bukan sahaja akibat perpecahan dalam pakatan pemerintah, tetapi juga disebabkan oleh majoriti yang amat tipis yang dimiliki oleh kerajaan di Parlimen.

Sangat rapuh dan tidak stabil kerajaan ini sehingga Perdana Menteri tidak berani menggantikan Menteri Kesihatan beliau yang telah kehilangan semua kredibilitinya selepas beliau melakukan beberapa kesilapan besar dengan kenyataan seperti mengatakan “air suam menjadi penawar Covid-19”, “500 negara di seluruh dunia”, dan “15 negeri di Malaysia”, meninggalkan negara untuk berhadapan dengan wabak Covid-19 tanpa kepimpinan seorang menteri kesihatan yang kompeten.

“Tadbir urus yang baik” menjadi satu jenaka, kecuali jika Perdana Menteri bersedia untuk menggantikan ahli-ahli politik dalam pelbagai syarikat dan agensi berkaitan kerajaan (GLCS) dengan golongan profesional untuk memastikan bahawa mereka beroperasi secara profesional dan berintegriti.

Semua orang, termasuklah Perdana Menteri dan Menteri-menteri beliau, takut dengan penerbitan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International yang akan diterbitkan akhir bulan ini – kerana ia akan menjadi kad laporan global terbaru mengenai “tadbir urus yang baik” kerajaan Perikatan Nasional.

Tunjang Keempat – Memartabatkan kedaulatan negara dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia di pentas dunia.

Laporan terbaru mengenai kedudukan Malaysia yang semakin corot di pentas dunia di mana Vietnam akan mengatasi Malaysia untuk menjadi ekonomi ke-4 terbesar di Asia Tenggara.

Walaupun Malaysia mencapai prestasi CPI TI 2019 terbaik dalam 25 tahun, dengan peningkatan satu tahun enam mata untuk skor CPI TI sebanyak 53 dan 10 tempat untuk ranking TI CPI sebanyak 51, tidak ada yang mengharapkan peningkatan pada CPI 2020 TI.

Dalam Kedudukan Bloomberg Covid Resilience kedua yang dikeluarkan pada 21 Disember tahun lalu, Malaysia kalah dengan New Zealand, Taiwan, Australia, Singapura, Jepun, Korea Selatan, China, Vietnam, Hong Kong, Thailand dan Bangladesh.

Bloomberg Covid Resilience Ranking bulanan memberikan gambaran mengenai tempat terbaik dan terburuk untuk berada di era Covid-19.

Malaysia telah mengalahkan China kerana mempunyai jumlah kes Covid-19 yang lebih kumulatif – China berada di kedudukan ke-82 dunia dengan jumlah terkumpul sebanyak 87.093 kes Covid-19 sementara Malaysia telah melonjak dua langkah ke kedudukan 72 dengan 115.078 kes Covid-19 .

Pada satu masa, Malaysia berada di kedudukan 50 di belakang China, negara di mana pandemi pertama kali bermula dan yang mempunyai 40 kali jumlah penduduk di Malaysia.

Adakah ini cara untuk “memperkukuhkan kedudukan Malaysia di pentas dunia”?

Tunjang Kelima – Mengeratkan hubungan antara kaum dan agama dalam membentuk masyarakat yang bersatu menentang sebarang ancaman.

Malaysia tidak pernah lebih terpolarisasi antara kaum dan agama kerana kempen pembohongan, kepalsuan dan berita palsu yang telah lama dilakukan oleh pihak kerajaan.

Tidak ada tanda-tanda dalam sepuluh bulan pemerintahan Perikatan Nasional bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap kempen misinformasi jahat untuk mempolarisasi kaum dan agama di Malaysia.

Adakah Perdana Menteri, Tan Sri Muyhiddin Yassin telah berubah menjadi “Rakyat Malaysia, kemudian Melayu” sejak daripada pengumuman beliau sedekad lalu yang mengatakan bahawa beliau “Melayu, kemudiannya rakyat Malaysia”?

(Kenyataan media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu, 2 Januari 2021)

Exit mobile version