nation building

Malaysians need a vaccine in 2021 for a new national consensus to return to the quest to become a world-class great nation and to stop the country from hurtling towards the abyss of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state

By Kit

December 31, 2020

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Malaysians hardly noticed that today is the last day of the 30-year plan – Vision 2020 to be a fully developed Malaysia, which is united, confident, moral, ethical, democratic, liberal and tolerant, caring, economically just and equitable, progressive and prosperous and in full possession of an economy that is competitive, dynamic, robust and resilient.

The magnitude of the failure to achieve Vision 2020 can be gauged from the failure to achieve the nine central strategic challenges by the year 2020, viz:

1. Establishing a united Malaysian nation made up of one Bangsa Malaysia.

2. Creating a psychologically liberated, secure and developed Malaysian society.

3. Fostering and developing a mature democratic society.

4. Establishing a fully moral and ethical society.

5. Establishing a matured liberal and tolerant society.

6. Establishing a scientific and progressive society.

7. Establishing a fully caring society.

8. Ensuring an economically just society, in which there is a fair and equitable distribution of the wealth of the nation.

9. Establishing a prosperous society with an economy that is fully competitive, dynamic, robust and resilient.

Today, “liberal” has become a dirty word and the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin has even declared war against liberalism and secularism, the cornerstones of Merdeka Constitution 1957, Malaysia Constitution 1963 and Rukun Negara 1970.

Malaysians seem to have forgotten both the five nation-building principles of Rukun Negara (to the extent that we have Ministers in Cabinet who reject the Rukun Negara) and its Preamble which, among other things, committed the country to achieve “a more perfect unity amongst the whole of her society” and guaranteed “a liberal approach towards her rich and varied cultural traditions”.

As a result, we have never been able to be “a beacon of hope in a difficult and troubled world” as aspired by Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman in the founding years of the nation.

At the end of Vision 2020, we are again haunted by the controversy whether Muslims can wish their Christian friends ‘’Merry Christmas”, while the new Indonesian Minister of Religious Affairs, Yaqut Cholil Quomas, wished Christians “Merry Christmas”, visited a Christian Church and sent a message to all Indonesian religious communities “to make religion a source of inspiration, a source of peace and to spread mutual love”.

2020 has been an annus horribilis for all the countries in the world because of the Covid-19 pandemic with over 83 million Covid-19 cases, over 1.8 million Covid-19 fatalities and with a daily increase of over 720,000 cases – all signs that the worst is yet to come in the first half of next year.

The United States of America has been reduced to a third-world country by the

Covid-19 pandemic, exceeding over 20 million Covid-19 cases, over 350,000 fatalities and registering record-high daily increase of 234,550 cases yesterday.

If we had succeeded in our past visionary plans, we would have acquitted ourselves better in the war against the Covid-19 epidemic and not be among the worst countries in ASEAN in fighting the epidemic.

We will start the 2021 new year ranked as No. 73 among countries with highest cumulative total of Covid-19 cases (110,485), and surging ahead to be among the top 30-40 countries with the most cumulative total of Covid-19 cases.

Singapore started its roll-out of Pfizer’s Covid-19 vaccine with healthcare workers yesterday to be the first Asian country to begin an inoculation campaign against the coronavirus. Together with vaccines from other pharmaceutical sources, it expects to have enough vaccine doses for all 5.7 million people by the third quarter of 2021.

Malaysia’s first batch of vaccines will arrive only in February or March, and there are no known plans as to when Malaysia will have enough vaccines for the entire population.

Malaysia, however, needs a vaccine in 2021 for a new national consensus to return to the quest to become a world-class great nation and stop the country from hurtling towards the abyss of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.

Since 1970, the GDP of Malaysia has increased 90 times but Indonesia has increased by 117 times, Vietnam 122 times, China 163 times, Singapore 175 times and South Korea 178 times. After the past 50 years, both Singapore and Vietnam have overtaken Malaysia in having larger GDPs.

Malaysians must learn the lessons why we are straggling behind other countries. We must forge ahead with a new national consensus to return to the quest of a world-class great nation and escape the fate and ignominy of a kleptocracy, kakistocracy and a failed state.

The first step is for all Malaysians to agree that they must regard themselves as Malaysians – and that the slogan for all Malaysians must be “Malaysians Unite” and not “Malays Unite”, “Chinese Unite”, ”Indians Unite”, “Ibans Unite” or “Kadazans Unite”.

Only then can we achieved a Bangsa Malaysia as envisioned by the failed Vision 2020.

(2021 New Year Message by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday 31st December 2020)

============================

Rakyat Malaysia memerlukan “vaksin” dalam tahun 2021 untuk membentuk sebuah konsensus nasional baharu untuk mengembalikan usaha menjadikan negara kita sebuah negara bertaraf dunia dan untuk menyelamatkan negara kita daripada terhumban ke dalam gaung kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal

Kebanyakkan rakyat Malaysia tidak pun menyedari yang hari ini adalah hari terakhir rancangan 30 tahun Wawasan 2020 — untuk membentuk sebuah Malaysia yang membangun sepenuhnya — sebagai sebuah negara yang bersatu padu, berkeyakinan, bermoral, beretika, demokratik, liberal dan bertoleransi, penyayang, adil dan saksama dari segi ekonomi, progresif, makmur, dan mempunyai ekonomi yang berdaya saing, dinamik, kuat, dan utuh.

Kegagalan untuk mencapai cita-cita Wawasan 2020 ini boleh diukur daripada kegagalan negara kita untuk menyempurnakan sembilan tonggak utama rancangan ini menjelang tahun 2020, iaitu:

1. Mewujudkan negara Malaysia yang terdiri daripada satu bangsa Malaysia.

2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.

3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.

4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.

5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif.

7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.

8. Memastikan masyarakat yang adil ekonominya, di mana terdapat pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

Hari ini, perkataan “liberal” dianggap sebagai satu perkataan yang kotor, di mana Perdana Menteri sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengisytiharkan perang terhadap liberalisme dan sekularisme, perkara yang merupakan batu asas Perlembagaan Merdeka 1957, Perlembagaan Malaysia 1963, dan Rukun Negara 1970.

Rakyat Malaysia kelihatan seakan-akan telah lupa kepada kedua-dua prinsip pembinaan negara dan cita-cita yang termaktub dalam Rukun Negara (sehinggakan kita mempunyai menteri kabinet yang menolak Rukun Negara ini), yang menetapkan untuk negara kita “mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya” dan “menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak”.

Hasilnya, kita tidak pernah berjaya untuk menjadi “sinar cahaya harapan dalam dunia yang kelam dan terganggu” seperti yang diaspirasikan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman dalam zaman penubuhan negara ini.

Di penutup Wawasan 2020, kita sekali lagi dihantui dengan kontroversi, seperti sama ada golongan Muslim boleh mengucapkan “Selamat Hari Krismas” kepada rakan-rakan Kristian mereka, sedangkan Menteri Hal Ehwal Agama di Indonesia yang baru saja dilantik, Yaqut Cholil Quomas, tidak mempunyai sebarang masalah mengucapkan “Selamat Hari Krismas” kepada orang Kristian di Indonesia, malah melawat sebuah Gereja Kristian dan menghantar mesej kepada semua komuniti agama di Indonesia untuk menjadi agama “sumber inspirasi, sumber keamanan, dan untuk menyebarkan kasih sayang sesama insan”.

2020 adalah tahun yang suram untuk semua negara di seluruh dunia akibat penularan wabak Covid-19 yang telah mencatatkan lebih daripada 83 juta kes di seluruh dunia, dengan lebih daripada 1.8 juta korban nyawa, dan peningkatan harian kes baharu yang melebihi angka 720,000 kes sehari — petanda yang menunjukkan bahawa keadaan ini mungkin akan bertambah teruk dalam pertengahan pertama tahun hadapan.

Amerika Syarikat telah dilumpuhkan menjadi sebuah negara ketiga dunia dengan wabak Covid-19 ini, mencatatkan lebih daripada 20 juta kes, lebih daripada 350,000 kematian, dan mencatatkan rekod baharu peningkatan harian dengan 234,550 kes baharu semalam.

Jika kita telah berjaya dengan rancangan wawasan kita, kita akan mendapat nasib yang lebih baik dalam memerangi wabak Covid-19 ini dan tidak tergolong di antara negara yang terjejas teruk di ASEAN dalam memerangi wabak ini.

Kita akan memulakan tahun baharu 2021 di tempat ke-73 dengan jumlah kes terkumpul tertinggi di seluruh dunia (dengan 110,485 kes) dan dalam pada yang sama, memecut ke arah 30-40 negara teratas dengan jumlah kes terkumpul tertinggi.

Singapura telah mula melaksanakan program vaksinasi Covid-19 Pfizer kepada golongan petugas kesihatan semalam, menjadi negara Asia pertama yang memulakan kempen pelalian terhadap koronavirus ini. Bersama dengan vaksin daripada sumber-sumber lain, negara tersebut menjangkakan yang ia akan mempunyai cukup vaksin untuk kesemua 5.7 juta penduduknya menjelang suku ketiga tahun 2021.

Penghantaran pertama vaksin untuk Malaysia dijangkakan tiba pada bulan Februari ataupun Mac, dan tidak ada rancangan yang diketahui umum mengenai bilakah negara kita akan mempunyai stok vaksin yang mencukupi untuk semua penduduk dalam negara.

Namun begitu, negara kita memerlukan “vaksin” dalam tahun 2021 untuk membentuk sebuah konsensus nasional baharu untuk mengembalikan usaha menjadikan negara kita sebuah negara bertaraf dunia dan untuk menyelamatkan negara kita daripada terhumban ke dalam gaung kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal.

Sejak dariapda tahun 1970, KDNK Malaysia telah meningkat 90 kali ganda, tetapi KDNK Indonesia pula telah meningkat 117 kali ganda, KDNK Vietnam meningkat 122 kali ganda, KDNK China meningkat 163 kali ganda, KDNK Singapura meningkat 175 kali ganda, dan KDNK Korea Selatan meningkat 178 kali ganda. Dalam tempoh 50 tahun yang lepas, kedua-dua Singapura dan Vietnam telah mengatasi kedudukan Malaysia dengan mempunyai KDNK yang lebih besar.

Rakyat Malaysia perlu meneliti sebab mengapa kita mundur di belakang negara-negara lain. Kita perlu mara ke hadapan dengan sebuah konsensus nasional baharu, untuk mengembalikan usaha menjadikan negara kita sebuah negara bertaraf dunia dan untuk menyelamatkan negara kita daripada terhumban ke dalam gaung kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal.

Langkah pertama ke arah adalah dengan semua rakyat Malaysia bersetuju untuk melihat diri mereka sebagai sebahagian daripada Bangsa Malaysia — dan di mana slogan untuk semua rakyat adalah “Perpaduan Bangsa Malaysia” dan bukannya “perpaduan Melayu”, “perpaduan Cina”, “perpaduan India”, “perpaduan Iban”, atau “perpaduan Kadazan”.

Hanya dengan cara ini sahaja dapat kita realisasikan Bangsa Malaysia seperti yang diiltizamkan dalam Wawasan 2020 yang telah gagal.

(Perutusan Tahun Baharu 2021 Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, 31 Disember 2020)