Lim Kit Siang

What a contrast in news reports – Singapore received its first batch of Pfizer’s Covid-19 vaccine while Malaysian Prime Minister only signing agreement with AstraZeneca for an additional 6.4 million doses of Covid-19 vaccine

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

What a contrast in news reports – Singapore received its first batch of Pfizer’s Covid-19 vaccine while Malaysian Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin only signing agreement with pharmaceutical company AstraZeneca for an additional 6.4 million doses of Covid-19 vaccine.

Singapore is the first Asian country to receive the Pfizer-BioNTech shots after it said last week that it had approved the companies’ vaccine and is expected to begin a widespread vaccination programme in the first week of January with the aged and priority work first, and a target to vaccinate the entire population of 5.3 million as soon as possible.

Malaysia? The Prime Minister has just signed agreement for the procurement of an additional 10 percent or 6.4 million doses of the Covid-19 vaccine for 40 percent of the population through Covax, Pfizer and AstraZeneca.

I thank the Science, Technology and Innovation Minister, Khairy Jamaluddin for inviting me to his post-Cabinet press conference tomorrow on the pricing of Pfizer’s Covid-19 vaccine.

I am not in Kuala Lumpur and will not be in Putrajaya for his press conference, especially as I believe that Malaysian journalists are among the best in the world and can handle Khairy’s press conference.

Let Khairy tell Malaysians the pricing difference between Malaysia’s procurement of Covid-19 vaccine with other countries like Belgium and Singapore.

And even more important, let Khairy announce that the vaccine will be free for all Malaysians.

However, if the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin is prepared to hold a press conference or a special function to announce that the government is finally prepared to adopt an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach in the war against the third wave of Covid-19 pandemic, and the new measures in this strategy and approach, I will make myself available for Muhyiddin’s announcement if invited.

The US-based Institute for Health Metrics Evaluation (IHME) projects a continuous rise in Covid-19 cases until mid-March 2021, hitting over 5,000 infections daily at the end of February.

If the IHME model is proved right, then Malaysia will join the top 30 countries in the world with the most rapid surge in Covid-19 infections, as there are less than 25 countries in the world which register a daily increase of 5,000 Covid-19 infections.

On Dec. 17, Malaysia overtook China with more cumulative total of Covid-19 cases, exchanging places with China in the ranking of countries with most cumulative total of Covid-19 cases – Malaysia No. 79 and China No. 80.

Yesterday, on Dec. 21, we surged forward in Covid-19 infections and is now ranked No. 76 in the world, having overtaken three more countries, i.e. Bahrain, Kenya and Libya after registering 2,018 new Covid-19 cases, bringing the nation’s cumulative total to 95,327 cases.

Malaysia is set to overtake more countries, in a trajectory to join the world’s top 30 countries with the most number of Covid-19 cases – a sure and serious sign of the Malaysia’s fast decline to a failed state.

Malaysians are increasingly concerned about the government’s response to the Covid-19 pandemic, not just the procurement, prices and safety of Covid-19 vaccine but why the government is shying away from an “all-of-government” and “whole-of-society” strategy and approach to bring the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia under control.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Tuesday, 22nd December 2020)


Dua laporan yang sangat berbeza — Singapura menerima penghantaran pertama vaksin Covid-19 Pfizer, manakala di Malaysia Perdana Menteri masih di peringkat menandatangani perjanjian dengan AstraZeneca untuk 6.4 juta dos tambahan vaksin Covid-19

Dua laporan yang sangat berbeza — Singapura menerima penghantaran pertama vaksin Covid-19 Pfizer, manakala di Malaysia Perdana Menteri masih di peringkat menandatangani perjanjian dengan AstraZeneca untuk 6.4 juta dos tambahan vaksin Covid-19.

Singapura adalah negara Asia pertama yang menerima suntikan Pfizer-BioNTech selepas negara tersebut mengumumkan pada minggu lalu bahawa pihaknya telah meluluskan pemerolehan vaksin berkenaan dan berharap untuk memulakan program vaksinasi secara meluas pada minggu pertama Januari dengan memberi keutamaan kepada golongan berusia tua dan pekerja dalam sektor penting, dan menyasarkan untuk memberikan suntikan vaksin kepada seluruh penduduknya yang seramai 5.3 juta orang secepat mungkin.

Bagaimana pula dengan Malaysia? Perdana Menteri baru saja menandatangani perjanjian untuk mendapatkan tambahan 10 peratus atau 6.4 juta dos vaksin Covid-19 untuk 40 peratus penduduk Malaysia menerusi Covax, Pfizer dan AstraZeneca.

Saya berterima kasih kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin kerana telah mengundang saya untuk hadir ke sidang media pasca-Kabinetnya esok berhubung isu harga vaksin Pfizer’s Covid-19.

Saya tidak berada di Kuala Lumpur dan tidak akan berada di Putrajaya untuk menghadiri sidang akhbarnya, ini kerana saya percaya bahawa wartawan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia dan dapat mengendalikan sidang media Khairy dengan baik.

Saya harap Khairy akan dapat memberitahu rakyat Malaysia tentang perbezaan harga vaksin Covid-19 yang dibeli oleh Malaysia berbanding negara-negara lain seperti Belgium dan Singapura.

Dan yang lebih penting lagi, Khairy perlu mengumumkan bahawa vaksin akan diberikan secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Namun, sekiranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk mengadakan sidang media atau acara khas untuk mengumumkan bahawa kerajaan akhirnya bersedia untuk mengguna pakai pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” dalam perang melawan gelombang ketiga pandemik Covid-19, dan mengumumkan langkah-langkah baharu dalam strategi dan pendekatan ini, saya bersedia untuk meluangkan masa untuk menghadiri acara pengumuman tersebut jika dijemput.

Institut Penilaian dan Metrik Kesihatan (IHME) yang berpusat di AS meramalkan peningkatan berterusan kes Covid-19 sehingga pertengahan Mac 2021, dengan lebih daripada 5,000 jangkitan setiap hari pada akhir Februari.

Sekiranya model IHME menjadi realiti, maka Malaysia akan menyertai 30 negara teratas di dunia dengan lonjakan jangkitan Covid-19 yang paling pantas, memandangkan tidak banyak daripada 25 negara di dunia yang mencatat kenaikan harian sebanyak 5,000 jangkitan Covid-19.

Pada 17 Disember, Malaysia mengatasi China apabila mencatatkan jumlah terkumpul kes Covid-19 yang lebih tinggi, bertukar tempat dengan China dalam kedudukan negara dengan jumlah terkumpul kes Covid-19 tertinggi – Malaysia di tempat ke-79 dan China ke-80.

Semalam, pada 21 Disember, Malaysia berada di tangga ke-76 tertinggi di dunia dengan kes positif Covid-19, setelah mengatasi tiga negara lagi, iaitu Bahrain, Kenya dan Libya selepas merekodkan 2,018 kes Covid-19 baru semalam, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 95,327 kes.

Malaysia akan mengatasi lebih banyak negara dalam jumlah kes Covid-19 tertinggi – isyarat serius yang menunjukkan Malaysia berada di ambang kegagalan.

Rakyat Malaysia semakin menunjukkan minat dan peduli terhadap cara kerajaan menangani pandemik Covid-19, bukan sahaja tentang pemerolehan, harga dan keselamatan vaksin Covid-19, malah persoalan mengenai mengapa kerajaan tidak menerapkan pendekatan “keseluruhan kerajaan” dan “keseluruhan masyarakat” bagi mengawal gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia juga telah dibangkitkan.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa, 22 Disember 2020)

Exit mobile version