(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Political pundits and cognoscentis are following closely the political scenario to see whether the 38 UMNO Members of Parliament will split into two factions, with one faction voting against the 2021 Budget during the Second Reading on Thursday and toppling the Perikatan Nasional (PN) government of Muhyiddin Yassin.
The views of one faction were articulated by the former Prime Minister, Najib Razak in his maiden speech as the new Chairman of the Barisan Nasional (BN) Backbenchers’ Club expressing conditional support for next year’s Budget.
The Chairman of the Perikatan Nasional Backbenchers’ Club, Shahidan Kassim has denied that that he had referred to Najib in his speech on the 2021 budget in Parliament, when he said that anyone who rejected the 2021 budget was “a traitor to the people because the people are waiting for the budget”. He said he was referring to the former health minister, Dzulkefly Ahmad.
He declared his “undivided support” for Muhyiddin and the 2021 Budget.
Subsequently, he took to the Facebook to say that some had cast aspersions that Najib, UMNO President Zahid Hamidi and UMNO veteran Tengku Razaleigh Hamzah would reject the budget, but he expressed confidence that the trio, as member of BN, would stick with PN.
In his speech, Zahid said the government should move a motion of confidence to be debated in the Dewan Rakyat.
In interviews, Tengku Razaleigh called on MPs to think about their constituents’ interests and not merely adhere to party orders when deciding which way to vote.
This has led to the Barisan Nasional Secretary-General Annuar Musa issuing a warning to UMNO MPs who were thinking of voting against the Supply Bill.
Annuar dismissed Tengku Razaleigh’s remarks as his “personal view” and said those who voted against the party line risked electoral consequences.
Zahid had said that all 43 BN MPs will pledge their support for Budget 2021.
But this did not prevent an UMNO Vice President, Mohamed Khaled Nordin from declaring yesterday that MPs should support, reject or abstain on the vote on the 2021 Budget based on their “conscience”.
He suggested that UMNO MPs should be allowed to break ranks with their party during the 2021 Budget vote in the Dewan Rakyat if they disagreed with the fiscal document.
So will the 38 UMNO MPs split into two factions with one faction voting against the 2021 Budget and toppled Muhyiddin as Prime Minister?
But this issue is not solely about UMNO as it has vast significance and implications for Malaysia.
As Annuar has said significantly in an interview with the UMNO chief, UMNO has lost the option of going into the next general election only with PAS, as PAS won’t go into the 15th General Election with UMNO if Bersatu is not included.
He subsequently told the UMNO Youth Chief Asyraf Wajdi Dusuki to read between the lines after the latter insisted that the UMNO-PAS pact without Bersatu is still on for the 15th General Election.
He also said UMNO leaders who attempt to strike a bargain with Opposition Leader Anwar Ibrahim just to get a better deal in the next government was committing a “huge offence”.
Which is probably why Annuar were among those who broached the idea of a Grand Coalition.
But sadly, those who talk of a “Grand Coalition” are the practitioners of the toxic and extremist politics of race and religion who have forgotten the five Rukun Negara principles as the basis to build a multi-racial, multi-religious and multi-cultural Malaysia where the Malaysian nation is more important than any race, religion or culture.
The vision of these advocates of a “Grand Coalition” are as different as night and day from the vision of nation’s founders like Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s Merdeka Day aspiration in 1957 to be “a beacon of light in a difficult and distracted world” and the Dream of all Malaysians for Malaysia to be a world top class nation which is on the cutting edge of technology, leveraging on the best values of the four great civilisations which meet in confluence in Malaysia.
This is because the advocates of a Grand Coalition want Malaysia to return to the trajectory of a failed state, kleptocracy and kakistocracy and have no vision for a better Malaysia for all Malaysians.
Let me quote from the speech of former CIMB Chairman and brother of the former Prime Minister, Dato Sri Nazir Razak at a recent Chevening Alumni Leadership Talk:
“It has now been 50 years and the 1970-designed system remains substantially in place, entrenched by vested interest and the ease with which race and religion can be mobilized in its defence, and plagued with norms which are either compromising or outright corrupt. Tun Razak and Tun Dr Ismail, the main authors of the recalibrated system, recognized the amplified risk of corruption but they placed trust in individuals driven by the nationhood mission and didn’t do enough to build safeguards. It was actually apparent quite early on that corruption was seeping in, but it got worse in the 1980’s as competition for political positions and spoils within UMNO and BN increasingly took precedence over nation building.
“The system is no longer fit for purpose and that Malaysia is in dire need of another system reset. I will leave it to the historians to argue about when and why the system fell into decline. But since the Asian Financial Crisis of the late 1990’s we have been under-firing economically, growing apart as communities, losing our best talents and falling behind newly emerging countries like Indonesia and Vietnam for FDI. The 4th Industrial Revolution will only compound under-performance of economies that are not leveraging their best talents, struggle to attract quality investments and defer to vested interest and incumbents: Where innovation and entrepreneurship are stifled.”
We are at the crossroads.
Malaysians must decide between the future and the past – to return to the international stage to excel in various fields of human endeavor, serving the interests of 99 per cent of Malaysians and not just one per cent who are the cronies of the political leaders of the day or return to the past of corruption, malfeasance, kleptocracy and kakistocracy, with Malaysians more divided along racial and religious lines than united as a Bangsa Malaysia after 63 years of nation-building as envisioned by Wawasan 2020.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, 22nd November 2022)
Adakah Ahli Parlimen UMNO akan berpecah kepada dua puak di mana satu pihak menentang Belanjawan 2021 dan menjatuhkan kerajaan Muhyiddin?
Para pemerhati politik sedang mengikuti dengan dekat senario politik semasa untuk melihat sama ada 38 Anggota Parlimen UMNO akan berpecah kepada dua puak, dengan satu puak mengundi melawan Belanjawan 2021 semasa Pembacaan Kedua pada hari Khamis dan menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin.
Pandangan bahagian ini yang dizahirkan oleh mantan Perdana Menteri, Najib Razak dalam ucapan sulungnya sebagai Pengerusi Kelab Backbenchers Barisan Nasional (BN) yang baru yang hanya memberikan sokongan bersyarat untuk Belanjawan tahun depan tersebut.
Pengerusi Kelab Penyokong Nasional Perikatan Nasional, Shahidan Kassim telah menafikan bahawa beliau telah merujuk kepada Najib dalam ucapannya mengenai belanjawan 2021 di Parlimen ketika beliau mengatakan bahawa sesiapa yang menolak belanjawan 2021 adalah “pengkhianat kepada rakyat kerana rakyat sedang menunggu kelulusan belanjawan ini”. Beliau mengatakan bahawa beliau merujuk kepada bekas menteri kesihatan, Dzulkefly Ahmad.
Beliau menyatakan “sokongan tidak berbelah bahagi” beliau terhadap Muhyiddin dan Belanjawan 2021.
Selepas itu, beliau menggunakan Facebook untuk mengatakan bahawa ada pihak yang cuba mengatakan bahawa Najib, Presiden UMNO Zahid Hamidi dan veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah akan menolak belanjawan itu, tetapi beliau yakin bahawa ketiga-tiga mereka, sebagai anggota BN, akan tetap berpegang teguh pada PN.
Dalam ucapannya, Zahid mengatakan bahawa kerajaan harus membentangkan usul kepercayaan kepada Perdana Menteri untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.
Dalam satu wawancara, Tengku Razaleigh meminta Ahli-ahli Parlimen untuk memikirkan kepentingan para pengundi mereka dan tidak hanya mematuhi perintah parti dalam membuat keputusan untuk mengundi di Dewan Rakyat.
Perkara ini telah menyebabkan Setiausaha Agung Barisan Nasional, Annuar Musa, mengeluarkan amaran kepada Ahli Parlimen UMNO yang berfikir untuk melawan Rang Undang-Undang Perbekalan ini.
Annuar menolak cadangan Tengku Razaleigh sebagai “pandangan peribadinya” dan mengatakan mereka yang memilih untuk melawan pendirian parti ini akan mempertaruhkan masa hadapan mereka dalam pilihan raya.
Zahid mengatakan bahawa ke semua 43 anggota Parlimen BN berjanji akan menyokong Belanjawan 2021.
Tetapi ini tidak menghalang seorang Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin untuk menyatakan semalam bahawa Ahli Parlimen harus menyokong, menolak, atau memilih untuk berkecuali dalam undian Belanjawan 2021 berdasarkan “gerak hati” mereka.
Beliau mencadangkan agar Ahli Parlimen UMNO dibenarkan untuk tidak mengundi mengikut arah parti dalam undian Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat jika mereka tidak bersetuju dengan dokumen fiskal yang dibentangkan.
Oleh itu, adakah 38 ahli Parlimen UMNO akan berpecah kepada dua puak dengan satu pihak mengundi melawan Belanjawan 2021 dan menjatuhkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri?
Tetapi isu ini bukan hanya mengenai UMNO kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang besar bagi negara kita.
Seperti yang dikatakan oleh Annuar dalam wawancara bersama Ketua Pemuda UMNO, UMNO telah kehilangan pilihan untuk bertanding pilihan raya umum akan datang hanya bersama dengan PAS, kerana PAS tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 bersama UMNO sekiranya Bersatu tidak disertakan.
Beliau kemudian memberitahu Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki untuk membaca perkara yang tersirat selepas Ketua Pemuda tersebut menegaskan bahawa pakatan UMNO-PAS tanpa Bersatu masih boleh berlaku untuk Pilihan Raya Umum ke-15.
Beliau juga mengatakan bahawa pemimpin UMNO yang berusaha melakukan tawar-menawar dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim hanya untuk mendapatkan kesepakatan yang lebih baik dalam pemerintahan akan datang melakukan sedang “kesilapan yang besar”.
Inilah sebabnya mengapa Annuar adalah antara mereka yang mencadangkan idea Gabungan Besar.
Tetapi yang menyedihkan, mereka yang bercakap mengenai “Gabungan Besar” ini adalah pengamal politik perkauman dan keagamaan yang beracun dan ekstremis yang telah melupakan lima prinsip Rukun Negara sebagai asas untuk membangunkan negara majmuk pelbagai kaum, agama, dan budaya Malaysia di mana identiti bangsa Malaysia lebih utama daripada mana-mana identiti lain.
Visi para penyokong “Gabungan Besar” ini berbeza seperti malam dan siang daripada visi pengasas negara seperti aspirasi Hari Merdeka Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 untuk Malaysia menjadi “cahaya lampu di dunia yang sukar dan terganggu” dan Impian semua rakyat Malaysia untuk Malaysia menjadi sebuah negara berkelas dunia yang yang mendahului dunia dengan memanfaatkan nilai-nilai terbaik dari empat tamadun hebat yang bertemu di Malaysia.
Ini kerana para penyokong Gabungan Besar ini mahu Malaysia kembali ke arah negara yang gagal, sebuah kleptokrasi dan kakistokrasi dan tidak mempunyai visi untuk Malaysia yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.
Izinkan saya memetik dari ucapan bekas Pengerusi CIMB dan abang kepada mantan Perdana Menteri, Dato Sri Nazir Razak pada Ceramah Kepimpinan Alumni Chevening baru-baru ini:
“Sudah 50 tahun berlalu dan sistem yang dirancang pada tahun 1970 masih diguna pakai, dikuasakan oleh kepentingan peribadi dan kemudahan di mana isu perkauman dan keagamaan dapat digerakkan dengan pantas untuk membelanya, dibelenggu dengan norma-norma yang terkompromi atau benar-benar korup. Tun Razak dan Tun Dr Ismail, pencipta utama sistem baharu ini, menyedari peningkatan risiko rasuah tetapi mereka mempercayai individu yang didorong oleh misi kebangsaan dan tidak membina perlindungan yang mencukupi untuk sistem ini. Sebenarnya sudah jelas sejak awal lagi bahawa rasuah semakin meruncing, tetapi semakin parah pada tahun 1980-an ketika persaingan untuk mendapatkan kedudukan politik dan harta benda dalam UMNO dan BN semakin diutamakan daripada pembangunan bangsa.
“Sistem ini tidak lagi sesuai untuk tujuannya dan Malaysia sangat memerlukan sistem baharu. Saya akan menyerahkan kepada para sejarawan untuk berdebat mengenai bila dan mengapa sistem ini merosot. Tetapi sejak Krisis Kewangan Asia pada akhir tahun 1990-an kita mengalami kelembapan ekonomi, semakin berpecah sebagai sebuah komuniti, dan terus-menerus kehilangan bakat terbaik kita, dan ketinggalan berbanding dengan negara-negara yang baru maju seperti Indonesia dan Vietnam dalam mendapatkan pelaburan asing. Revolusi Perindustrian ke-4 hanya akan menggandakan masalah ini yang tidak memanfaatkan bakat terbaik mereka, menyukarkan usaha untuk menarik pelaburan berkualiti yang hanya akan memenuhi kepentingan peribadi dan status quo: Di mana inovasi dan keusahawanan disekat.
Kita berada di persimpangan jalan.
Rakyat Malaysia perlu memilih di antara masa depan dan masa yang telah berlalu — untuk kembali ke pentas antarabangsa dengan cemerlang dalam pelbagai bidang usaha manusia, menjaga kepentingan 99 peratus rakyat Malaysia dan bukan hanya satu peratus yang menjadi kroni pemimpin politik hari ini, atau kembali ke sejarah yang penuh dengan rasuah, penyelewengan, kleptokrasi dan kakistokrasi, dengan rakyat Malaysia lebih berpecah mengikut garis perkauman dan keagamaan dan bukannya bersatupadu sebagai sebuah Bangsa Malaysia selepas 63 tahun usaha pembinaan negara seperti yang diimpikan dalam Wawasan 2020.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad 22 November 2020)