(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Emir Research’s finding that the Chinese favour UMNO over DAP is indeed ridiculously silly and laughable but more interesting and noteworthy is the finding that UMNO receives more than double the support of the Chinese than the MCA.
Where does this leave MCA?
Crumbs and scraps?
The best persons to answer this question will be the MCA leaders and I do not hazard to answer for them.
In fact, dare they answer this question?
Emir Research’s findings has come at a time when there is much talk of a “Grand Coalition”.
But sadly, those who talk of a “Grand Coalition” are the practitioners of the toxic and extremist politics of race and religion who have forgotten the five Rukun Negara principles as the basis to build a multi-racial, multi-religious and multi-cultural Malaysia where the Malaysian nation is more important than any race, religion or culture.
Is the idea of a “Grand Coalition” to fulfil Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s Merdeka Day aspiration in 1957 to be “a beacon of light in a difficult and distracted world” and the Dream of all Malaysians for Malaysia to be a world top class nation which is on the cutting edge of technology, leveraging on the best values of the four great civilisations which meet in confluence in Malaysia – away from the trajectory of a failed state, kleptocracy and kakistocracy?
Any idea of a Grand Coalition to sustain a kleptocracy and kakistocracy is bound to fail, for as William B Yeats said in his poem, “The Second Coming”,
“Things fall apart; the centre cannot hold; “Mere anarchy is loosed upon the world, “The blood-dimmed tide is loosed, and everywhere “The ceremony of innocence is drowned; “The best lack all conviction, while the worst “Are full of passionate intensity.”
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Thursday, 19th November 2020)
Dapatan kajian Emir Research yang mengatakan orang Cina memlih UMNO berbanding DAP sememangnya tidak masuk akal dan kelakar, tetapi apa lebih menarik perhatian adalah dapatan mengatakan UMNO mendapat lebih dari dua kali ganda sokongan berbanding MCA
Dapatan kajian Emir Research yang mengatakan orang Cina memlih UMNO berbanding DAP sememangnya tidak masuk akal dan kelakar, tetapi apa lebih menarik perhatian adalah dapatan mengatakan UMNO mendapat lebih dari dua kali ganda sokongan berbanding MCA.
Apakah kesannya kepada MCA?
Hanya mendapat serdak?
Orang yang terbaik untuk menjawab persoalan ini adalah para pemimpin MCA sendiri dan saya tidak berani untuk cuba menjawabnya.
Malah, beranikah mereka untuk menjawab persoalan ini?
Dapatan kajian Emir Research ini muncul pada masa terdapat banyak perbincangan mengenai “Grand Coalition” atau “Gabungan Besar”.
Tetapi yang menyedihkan, mereka yang membicarakan “Gabungan Besar” ini tidak lain dan tidak bukan daripada kalangan pengamal politik perkauman dan keagamaan yang beracun dan ekstremis yang melupakan lima prinsip Rukun Negara sebagai asas untuk membina negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan budaya di Malaysia di mana identiti bangsa Malaysia lebih penting daripada identiti-identiti lain.
Adakah idea “Gabungan Besar” ini memenuhi aspirasi Hari Merdeka Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1957 untuk menjadikan negara kita satu “sinar cahaya dalam dunia yang kelam dan terganggu” dan impian semua rakyat Malaysia untuk Malaysia menjadi sebuah negara berkelas dunia yang memanfaatkan nilai-nilai terbaik dari semua peradaban hebat yang bertemu di Malaysia — dan bukannya menjadi sebuah negara yang gagal, sebuah kleptokrasi dan kakistokrasi?
Segala idea Gabungan Besar untuk mempertahankan kleptokrasi dan kakistokrasi pastinya akan gagal, kerana seperti yang dipenakan dalam puisi oleh William B Yeats, “The Second Coming”,
“Things fall apart; the centre cannot hold; “Mere anarchy is loosed upon the world, “The blood-dimmed tide is loosed, and everywhere “The ceremony of innocence is drowned; “The best lack all conviction, while the worst “Are full of passionate intensity.”
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Khamis, 19 November 2020)