Lim Kit Siang

Dare Minister for Communications and Multimedia Saifuddin Abdullah say that the purpose of reviving JASA is to undo its previous two-prong campaign to demonize the DAP and to glamorize Najib’s 1MDB scandal, and if not, would he come out openly to oppose JASA’s revival

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Dare the Minister for Communications and Multimedia, Saifuddin Abdullah, say that the purpose of reviving the Special Affairs Department (JASA) is to undo its previous two-prong campaign to demonise the DAP and to glamorize Najib Razak’s 1MDB scandal, and if not, would he come out openly to oppose JASA’s revival?

When Mohd Puad Zarkashi was director-general of JASA, his salary was more than the then Minister for Communications and Multimedia although JASA was parked under the Ministry for Communications and Multimedia, but Puad was not answerable to the Minister concerned as he reported directly to the Prime Minister.

The 2021 budget must ensure that such gross abuse of Prime Ministerial power is not repeated and that there is no repeat of a ridiculous situation where a post-holder in any Ministry enjoys a higher salary than the Minister – as if he is a super-Minister – and where he is not answerable to the Minister as he reported directly to the Prime Minister.

Can the Finance Minister, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz assure the nation that such a shocking and anomalous position will not be repeated in his 2021 budget?

During Puad’s tenure as JASA director-general, JASA’s budget were as follows:

2015 – RM20.7 million

2016 – RM22.8 million

2017 – RM22.9 million

2018 – RM30.0 million

Total – RM97.4 million

As I have pointed out, Paud spent some RM100 million of JASA budget from 2015 – 2018 on a two-prong campaign to demonise the DAP and mislead Malaysians and Malaysian students inside and outside the country by falsely glamorizing the 1MDB scandal.

Puad should give a full accounting how he spent some RM100 million in four years as director-general of JASA in his two-prong campakign to demonize the DAP and to glamorize 1MDB scandal – the countries he had visited to mislead the Malaysian students abroad in his misinformation and disinformation campaign?

It was fortunate that Puad’s two-prong campaign which misused some RM100 million of JASA public funds was a great flop, as evident from the outcome of the 14th general election or Najib would have continued as Prime Minister of Malaysia and would not have been convicted and sentenced to 12 years jail and RM210 million fine in the first series of 1MDB-related charges concerning corruption, abuse of power and money-laundering.

It has been pointed out by Mandeep Singh, the former special functions officer to former Communications and Multimedia Minister Gobind Singh Deo that Information Department has the staff, expertise, equipment and reach needed to communicate government information and policies to the ground to promote patriotism and unity as well as to counter disinformation related to the Covid-19 pandemic.

Can the Finance Minister Tengku Zafrul and the Communications and Multimedia Minister Saifuddin Abdullah then explain why there is need for another agency involving the revival of JASA?

Saifuddin has not contradicted the report five days ago that he did not know that JASA was being revived with a whopping allocation of RM85.5. million

If Saifuddin is not the person who would finally be in charge of JASA, who will finally be in charge of JASA?

What type of a governance do we have in Malaysia where a Minister is not in charge of an agency in his Ministry?

What other examples of a Minister who is not the final authority over an agency in his Ministry are there in 2021 Budget?

Although JASA’s revival is awaiting the green-light from Parliament in the 2021 Budget, the pre-JASA Revival propagandists and cybertroopers are already hard at work targeting the critics of JASA’s revival.

Among the arguments used by these pre-JASA Revival propagandists and cybertroopers is the following – “2021 Budget is RM322.5 billion. The proposed allocation to Jasa is RM81 million, or 0.025 per cent of the entire Budget. Stop playing politics with the Budget and help put the nation first.”

Such pre-JASA Revival propagandists and cybertroopers – who will probably claim payment for these pre-revival pieces on the social media from a revived JASA – cannot be more wrong, for one is precisely putting the nation first by opposing any revival of JASA as it is a clear misuse of public funds at a time when every available ringgit should be spent on the war against Covid-19 epidemic whether to support the front-liners or other anti-Covid-19 measures.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, November 15, 2020)


Cabaran kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk menyatakan bahawa tujuan menghidupkan kembali JASA adalah untuk memperbetulkan semula perbuatan lampaunya yang memfitnah DAP dan cuba membersihkan skandal 1MDB Najib, dan jika tidak, adakah beliau akan menentang cadangan penubuhan semula JASA ini secara terbuka

Saya cabar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah untuk menyatakan bahawa tujuan menghidupkan kembali JASA adalah untuk memperbetulkan semula perbuatan lampaunya yang memfitnah DAP dan cuba membersihkan skandal 1MDB Najib, dan jika tidak, adakah beliau akan menentang cadangan penubuhan semula JASA ini secara terbuka?

Semasa Mohd Puad Zarkashi menjadi ketua pengarah JASA, gaji beliau adalah lebih tinggi daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu walaupun JASA diletakkan di bawah di bawah Kementerian tersebut, Puad tidak bertanggungjawab kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia sebaliknya beliau melapor secara langsung kepada Perdana Menteri.

Belanjawan 2021 perlu memastikan bahawa penyalahgunaan kuasa Perdana Menteri yang begitu besar tidak berulang dan keadaan yang tidak masuk akal di mana seorang pemegang jawatan di mana-mana Kementerian menikmati gaji yang lebih tinggi daripada Menteri — seolah-olah beliau adalah seorang super-menteri, yang tidak bertanggung jawab kepada menteri di mana agensi tersebut tertubuh sebaliknya melaporkan secara langsung kepada Perdana Menteri.

Bolehkah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan kepada negara bahawa keadaan yang mengejutkan dan tidak menyenangkan seperti ini tidak akan berulang dalam Belanjawan 2021?

Semasa tempoh Puad sebagai ketua pengarah JASA, peruntukan kepada JASA adalah seperti berikut:

2015 – RM20.7 juta

2016 – RM22.8 juta

2017 – RM22.9 juta

2018 – RM30.0 juta

Jumlah – RM97.4 juta

Seperti yang telah saya nyatakan, Puad telah membelanjakan kira-kira RM100 juta peruntukan kepada JASA ini dari tahun 2015 ke 2018 bagi kempen dua cabang beliau untuk memfitnah DAP dan menyesatkan pelajar dan pelajar Malaysia di dalam dan di luar negara dengan cubaan “membersihkan” skandal 1MDB.

Puad harus memberikan penjelasan penuh bagaimana beliau membelanjakan sejumlah RM100 juta dalam tempoh empat tahun sebagai ketua pengarah JASA dalam kempen dua cabangnya untuk memfitnah DAP dan “membersihkan” skandal 1MDB — termasuklah senarai negara-negara yang beliau lawati untuk menyesatkan pelajar Malaysia di luar negara dengan maklumat yang salah dan kempen penipuan beliau.

Kita bernasib baik kerana kempen Puad yang menyalahgunakan kira-kira RM100 juta wang rakyat ini menjadi sebuah kegagalan besar, seperti dibuktikan dalam pilihan raya umum ke-14, jika tidak, Najib akan terus berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia dan tidak akan disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam siri pertama pendakwaan berkaitan 1MDB mengenai rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

Seperti yang telah dijelaskan oleh Mandeep Singh, mantan pegawai tugas-tugas khas kepada mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Jabatan Penerangan mempunyai staf, kepakaran, peralatan dan jangkauan yang diperlukan untuk menyampaikan maklumat dan polisi pendtabiran ke peringkat akar-umbi untuk mempromosikan semangat patriotisme dan perpaduan dan juga untuk mengekang kekeliruan maklumat yang berkaitan dengan wabak Covid-19.

Bolehkah Menteri Kewangan Tengku Zafrul dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah kemudian menjelaskan mengapa perlunya ditubuhkan sebuah agensi lain dengan mengembalikan semula JASA?

Saifuddin tidak membantah laporan lima hari yang lalu bahawa beliau tidak tahu bahawa JASA dihidupkan semula dengan peruntukan besar sebanyak RM85.5 juta.

Sekiranya Saifuddin bukanlah orang yang akan bertanggungjawab dan mengendalikan JASA, siapakah yang akan memegang JASA ini?

Apa jenis tadbir urus yang kita miliki di Malaysia jika seorang Menteri tidak bertanggungjawab dan mengendalikan agensi di Kementeriannya sendiri?

Apakah lagi contoh di mana seseorang Menteri bukan merupakan autoriti tertinggi bagi sesebuah agensi di Kementeriannya yang ada dalam Belanjawan 2021 ini?

Walaupun kedatangan semula JASA ini sedang menunggu lampu hijau dari Parlimen melalui Belanjawan 2021, para propagandis dan tentera siber pra-JASA sudah pun mula berusaha keras untuk menyasarkan pengkritik kebangkitan semula JASA.

Di antara hujah yang digunakan oleh para propagandis dan tentera siber pra-JASA ini adalah — “Belanjawan 2021 bernilai RM322.5 bilion. Peruntukan yang dicadangkan kepada Jasa hanyalah RM81 juta, atau 0.025 peratus dari keseluruhan Belanjawan. Berhentilah bermain politik dengan Belanjawan dan bantu mengutamakan negara. ”

Propagandis dan tentera siber pra-JASA seperti ini — yang mungkin akan menuntut bayaran untuk kerja-kerja pra-pengembalian JASA di media sosial daripada JASA setelah agensi tersebut dihidupkan semula — teramatlah salah, kerana meletakkan kepentingan negara di tempat tertinggilah kita semua membantah pengembalian JASA yang merupakan penyalahgunaan dan pembaziran wang rakyat di dalam waktu di mana setiap ringgit yang ada perlu digunakan dalam usaha untuk melawan wabak Covid-19, sama ada untuk membantu para petugas barisan hadapan, ataupun untuk tindakan-tindakan yang lain.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad, 15 November 2020)

Exit mobile version