(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
As Director-General of Special Affairs Department (JASA) from 2015 to 2018, Mohd Puad Zarkashi spent RM100 million of JASA budget to demonise DAP as anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty and communist and went overseas to “beautify the 1MDB scandal” particularly among Malaysian students overseas, but it was a big flop evident from the outcome of the 14th General Election on May 9, 2018.
But in the two years after the 14th General Election, hundreds of millions of ringgit were again found and used to fund UMNO cyber operations to continue to paint the DAP as anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty and communist, and it must be conceded that these efforts to spread lies and falsehoods about the DAP were more successful this time than Puad’s efforts as JASA director-general using RM100 million of public funds.
Will the RM85.5 million allocated in the 2021 Budget to revive JASA be used to counter Puad’s campaign of lies from 2015-2018 and the UMNO cybertroopers’ campaign of lies, falsehoods and misinformation that the DAP being anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty and communist?
Puad had said that JASA is political and there is nothing to be apologetic about it.
No wonder that during the time he was director-general of JASA, he was acting like a Super-Minister as his salary was bigger than the Minister of Communications and Multimedia that JASA was formally parked under – though he was not answerable to the Minister concerned but only to the Prime Minister.
Is the Perikatan Nasional government reviving a JASA where the director-general is more powerful and paid more than the Minister for Communications and Multimedia, which is probably the reason why the Minister, Saifuddin Abdullah, was not aware that the quantum of allocation was as high as RM85 million, which is even more than the annual budget allocation of JASA during Puad’s time.
Who will be the boss of the revived JASA – who can even override the Minister himself, i.e. Saifuddin Abdullah?
Can Parliament establish an agency when the line of responsibility for the head of the agency is so vague and uncertain, and with terms of reference of the agency clouded in so much mystery?
Puad cannot be more wrong when he said that the DAP feared JASA. Why should Puad’s JASA be feared when it was such a great flop or Najib Razak would be still be the Prime Minister of Malaysia and would not be convicted of corruption, abuse of power and money-laundering in the first series of 1MDB-related charges and sentenced to 12 years’ jail and RM210 million fine.
The question is why Malaysian public monies should be used by JASA to manufacture and spread lies and falsehoods?
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Parliament on Friday, 13th November 2020)
Puad membelanjakan RM100 juta peruntukan JASA untuk memfitnah DAP dan “memperindah” skandal 1MDB, namun usaha itu gagal seperti yang telah dibuktikan menerusi keputusan Pilihan Raya Umum ke-14
Sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari tahun 2015 hingga 2018, Mohd Puad Zarkashi telah membelanjakan RM100 juta peruntukan yang diterima JASA untuk memfitnah DAP sebagai kononnya anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja dan komunis, malah telah menjelajah ke luar negara untuk “memperindahkan” skandal 1MDB terutama di kalangan pelajar Malaysia yang berada di luar negara, bagaimanapun usaha itu gagal berdasarkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
Pun begitu, dalam tempoh dua tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14, ratusan juta ringgit sekali lagi digunakan untuk membiayai operasi siber UMNO untuk terus mengambarkan DAP sebagai kononnya anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja dan komunis, dan haruslah diakui bahawa usaha menyebarkan pembohongan dan kepalsuan mengenai DAP lebih berjaya kali ini berbanding usaha Puad sebagai ketua pengarah JASA menggunakan dana awam sebanyak RM100 juta.
Adakah RM85.5 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 untuk menghidupkan semula JASA akan digunakan untuk membanteras kempen pembohongan yang dijalankan Puad dari tahun 2015-2018 serta kempen pembohongan, kepalsuan dan maklumat tidak benar oleh laskar siber UMNO yang menuduh DAP konnya adalah anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja dan komunis?
Puad mengatakan bahawa kewujudan JASA bersifat politik dan tiada siapa yang membantahnya.
Tidak hairanlah selama beliau menjadi ketua pengarah JASA, beliau bertindak seperti Menteri Besar kerana gajinya lebih besar daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, di mana JASA diletakkan secara rasmi di bawah bidang kuasa kementerian itu – meskipun beliau sebenarnya tidak bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan tetapi hanya kepada Perdana Menteri.
Adakah kerajaan Perikatan Nasional mahu menghidupkan kembali JASA yang mana ketua pengarahnya lebih berkuasa dan dibayar gaji yang lebih tinggi daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, yang mungkin merupakan sebab mengapa Menteri, Saifuddin Abdullah, tidak menyedari bahawa jumlah peruntukan kementeriannya sama tinggi iaitu sebanyak RM85 juta, yang bahkan lebih besar daripada peruntukan anggaran tahunan JASA pada masa Puad menerajui agensi tersebut.
Siapa yang akan menjadi bos JASA yang akan dihidupkan kembali ini – yang bahkan boleh menggantikan peranan Menterinya sendiri, iaitu Saifuddin Abdullah?
Wajarkah Parlimen menubuhkan agensi ketika tugas dan peranan ketua agensi berkenaan dilihat begitu kabur dan tidak menentu, ditambah dengan kerangka acuan agensi itu yang bersifat tersembunyi dalam begitu banyak misteri?
Puad salah besar apabila beliau mendakwa bahawa kononnya DAP takut kepada JASA. Mengapa JASA yang pernah diterajui Puad ini harus ditakuti sedangkan ia adalah sebuah kegagalan besar, jika tidak sudah tentu Najib Razak masih kekal menjadi Perdana Menteri Malaysia hari ini dan tidak akan disabitkan dengan kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram dalam siri pertama kes berkaitan 1MDB serta dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.
Persoalannya sekarang; mengapa wang rakyat Malaysia digunakan oleh JASA untuk menyebarkan pembohongan dan kepalsuan?
(Kenyataan MebeliauAhli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Parlimen pada hari Jumaat, 13 November 2020)