Lim Kit Siang

Trump has been “trumped” by his own lies and fake news

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I woke up this morning at 4.30 am and checked the US election results.

The outcome for the US Presidential election has not moved since last night when I went to bed.

CNN blazoned the headline “Road to 270 hinges on six key states”, reporting with small variation from other United States publications that Joe Biden was leading with 237 electoral college votes compared to Trump’s 213.

At 6.15 am, CNN blared “Joe Biden is closing in on 270”, reporting that Biden had 253 electoral college votes against Trump, who seemed to be stuck with 213 votes.

This story of 253-213 electoral college votes remained unchanged for a few hours although the headline altered to “Biden eyes 270 as counts continue”.

Although it would take many more hours before the official result is recorded as to who reaches 270 electoral college votes to be the new United States President for the next four years, it is very likely that Joe Biden has won the US Presidential election to become the 46th President of the United States.

But it was not Joe Biden who defeated Donald Trump but more the Covid-19 pandemic.

It is the irony of ironies that in the final days of the Trump presidential campaign while Trump was dishing out his disinformation that the Covid-19 pandemic was “turning the corner”, the Unites States registered the highest-ever daily increase of Covid-19 infection in the final election week from 28/10 to 3/11, where in six out of the seven days Covid-19 infections achieved new records which ranged from 81,892 cases on 28th October to 101,538 cases on 30th Oct. 2020.

As if this message in the final election week was not sober enough, United States yesterday recorded the highest-ever daily increase of 108,389 cases, vindicating the dire warning of Dr. Deborah Birx, one of White House’s most senior coronavirus advisers, on November 2 that the Covid-19 pandemic was going to get much, much worse before it gets any better.

According to the Washington Post, Birx warned that “We are entering the most concerning and most deadly phase of this pandemic … leading to increasing mortality.”

And the White House, she warned, is not doing enough: “This is not about lockdowns — it hasn’t been about lockdowns since March or April. It’s about an aggressive balanced approach that is not being implemented.”

A Covid-19 model even forecasts that the Covid-19 death toll in the United States might triple by mid-January.

This is after the United States leads the world in having the most number of Covid-19 cases and fatalities – over 9.8 million cases and over 239,000 deaths.

It is also no comfort that yesterday, the Covid-19 pandemic reached another grim milestone of achieving the highest global daily increase of Covid-19 cases – 571,314 cases or almost five times the 118,000 global cumulative total of Covid-19 cases on March 11 when the World Health Organisation announced Covid-19 as a pandemic.

It is clear that Trump has been “trumped” by the Covid-19 pandemic and his own mountain of lies and fake news.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday, November 5, 2020)


Trump telah dikalahkan oleh penipuan dan berita palsunya sendiri

Saya bangun daripada tidur pada jam 4:30 pagi hari ini dan menyemak keputusan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.

Keputusannya tidak berubah berbanding dengan semasa saya masuk tidur.

CNN menyiarkan tajuk berita “Jalan ke 270 undi bergantung kepada enam negeri utama”, melaporkan dengan sedikit perbezaan berbanding dengan penerbitan lain di Amerika Syarikat yang Joe Biden sedang mendahului dengan 237 undi badan pemilihan berbanding dengan 213 undi yang diraih oleh Trump.

Setakat 6:15 pagi, CNN menyiarkan “Joe Biden menghampiri 270”, melaporkan yang Biden kini mendahului dengan 253 undi badan pemilihan berbanding dengan Trump yang masih tersekat setakat 213 undi.

Cerita 253-213 ini kekal tidak berubah untuk beberapa jam sehinggalah tajuk berita CNN sekali lagi bertukar pula kepada “Biden menyasarkan 270 sambil pengiraan undi diteruskan”.

Walaupun pengundian ini akan memakan masa yang berjam-jam lagi sebelum keputusan rasmi mengenai siapa yang dapat mengumpulkan 270 undi dapat diumumkan untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat bagi tempoh empat tahun yang akan datang, besar kemungkinannya yang Joe Biden telah pun memenangi pilihan raya ini untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-46.

Tetapi, bukanlah Joe Biden yang mengalahkan Donald Trump, lebih kepada wabak Covid-19 yang mengalahkan Trump.

Menjadi suatu perkara yang amat ironi, apabila dalam hari-hari terakhir kempen Trump, sedang beliau menyebarkan kekeliruan, mengatakan yang wabak Covid-19 di Amerika Syarikat sedang berubah arah ke arah yang lebih baik, negara tersebut mencatatkan peningkatan harian tertinggi dalam minggu terakhir kempen, di mana dalam enam daripada tujuh hari, jangkitan Covid-19 di AS memecahkan rekod baharu, di antara 81,892 kes pada 28 Oktober sehingga ke 101,538 kes pada 30 Oktober 2020.

Seakan-akan mesej dalam minggu terakhir kempen ini tidak cukup untuk membawa kesedaran, semalam AS mencatatkan peningkatan harian tertinggi dengan 108,389 kes, mengesahkan amaran Dr Deborah Birx, salah seorang penasihat kanan coronavirus White House pada 2 November yang mengatakan wabak ini hanya akan bertambah teruk sebelum beransur pulih.

Menurut Washington Post, Dr Birx memberikan amaran yang “kita sedang memasuki satu fasa baharu wabak ini yang sangat membimbangkan dan merbahaya … membawa kepada peningkatan kematian.”

Beliau juga memberikan amaran mengenai White House yang tidak mengambil tindakan yang secukupnya: “Perkara ini bukannya mengenai sekatan pergerakan — ia bukan mengenai sekatan pergerakan sejak daripada bulan Mac atau April lagi. Tetapi apa yang tiada adalah satu pendekatan agresif yang seimbang untuk mengekang wabak ini.”

Satu model penularan Covid-19 menjangkakan yang jumlah kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat akan meningkat tiga kali ganda menjelang pertengahan Januari.

Perkara ini selepas Amerika Syarikat mendahului dunia dengan mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian tertinggi akibat Covid-19, dengan lebih daripada 8.9 juta kes dan lebih daripada 239,000 kematian.

Satu lagi perkara yang tidak menyenangkan adalah pencapaian baharu wabak Covid-19, yang mencatatkan rekod baharu peningkatan harian dengan 571,314 kes di seluruh dunia semalam, hampir lima kali ganda jumlah 118,000 kes terkumpul di seluruh dunia pada masa wabak ini diumumkan sebagai satu pandemik pada 11 Mac.

Jelas sekali Trump telah dikalahkan oleh pandemik Covid-19 dan bertimbun-timbun penipuan dan berita palsu beliau sendiri.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri di Kuala Lumpur pada hari Khamis 5 November 2020)

Exit mobile version