(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The past week confirmed what I said last Thursday that Malaysia was in the midst of an unprecedented political tornado with plots, sub-plots, counter-plots and counter-sub-plots emerging from the woodworks over the shape and form of the government of Malaysia – as the backdoor Muhyiddin government which emerged from the Sheraton Move conspiracy lacked the legitimacy, capability and resources to be an effective government.
But suddenly, with the statement by the UMNO President, Ahmad Zahid Hamidi’s yesterday reaffirming UMNO’s support for Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and the Perikatan Nasional government, Malaysia’s Game of Thrones seemed to have ground to a halt.
Compare Zahid’s statement on Sept 23 that many UMNO and BN MPs had voiced support for PKR President, Anwar Ibrahim to form a new government and that he respected their position to his statement yesterday calling for a “political ceasefire” so that tackling the Covid-19 pandemic and its economic impact on the people can be prioritised.
Why has Zahid capitulated so fast and so completely after 30 days of Malaysian Game of Thrones where for the first time, Malaysians saw the most byzantine conspiracy of plots, counter-plots, sub-plots and counter-sub-plots?
And on a day when there was “light at the end of the tunnel” after four days of bad news on the Covid-19 pandemic front with the daily increase of Covid-19 infections above the 800 three-digit figure, as yesterday reported an increase of 732 Covid-19 cases which hopefully signalled a downward decline of the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia and averting a four-digit daily increase in Covid-19 cases!
It may be no coincidence that Zahid’s statement was issued almost at the same time as the announcement of the NFA (no further action) decision of the Attorney-General’s chambers over the violation of the Covid-19 quarantine SOP by the PAS Plantation Industries and Commodities Minister Mohd Khairuddin Aman Razali on his return from a Covid-19 hotspot country, Turkey, on July 7.
May be the UMNO leadership has found, to its shock, that it could find no support from PAS in the Game of Thrones, and that if the Game of Thrones comes to a crunch, it can neither expect PAS to come on board nor an united UMNO parliamentary bloc to blindly support the decision of Zahid and Najib Razak.
Or will the byzantine plots, counterplots, sub-plots and counter-sub-plots now only burrow deeper underground?
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 22nd October 2020)
=======================
Mengapa Zahid tunduk sepenuhnya dengan sebegitu pantas selepas 30 hari Game of Thrones ala Malaysia?
Kejadian-kejadian dalam tempoh minggu lepas telah mengesahkan apa yang telah saya katakan pada hari Khamis lalu, yang negara kita berada dalam ketidaktentuan politik, dengan plot, subplot, dan tindak balas yang muncul mengenai bentuk dan rupa kerajaan Malaysia — memandangkan kerajaan pintu belakang Muhyiddin yang muncul daripada konspirasi Langkah Sheraton ini tidak mempunyai keabsahan, kebolehan, dan sumber untuk menjadi sebuah kerajaan yang berkesan.
Tetapi, secara tiba-tiba, dengan kenyataan daripada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi semalam, yang menegaskan semula sokongan UMNO terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional, Game of Thrones (Satu siri televisyen fantasi politik yang popular) Malaysia ini telah terhenti.
Bandingkan kenyataan Zahid pada 23 September yang mengatakan ramai ahli Parlimen UMNO dan BN telah menyatakan sokongan mereka kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim untuk membentuk sebuah kerajaan baharu dan beliau menghormati keputusan mereka ini, dengan kenyataan beliau semalam yang menyeru kepada satu “gencatan senjata” politik supaya mengekangan penularan wabak Covid-19 dan impak ekonominya terhadap rakyat dapat diberikan keutamaan.
Mengapakah Zahid telah tunduk sepenuhnya sebegitu pantas sekali, hanya selepas 30 hari Game of Thrones Malaysia, di mana buat pertama kalinya, rakyat Malaysia dapat melihat pelbagai plot dan subplot serta tindak balas yang rumit?
Dan semua ini berlaku pada hari di mana kita dapat melihat “cahaya di penghujung terowong”, selepas empat hari berhadapan dengan berita buruk dengan peningkatan harian melebihi 800 kes sehari, memandangkan peningkatan harian semalam mencatatkan 732 kes baharu Covid-19, menunjukkan harapan yang mungkin jumlah kes baharu gelombang ketiga wabak ini akan berada dalam trend menurun dan kita berjaya mengelakkan peningkatan harian pada tahap empat digit!
Mungkin bukan satu kebetulan yang kenyataan Zahid ini dikeluarkan hampir pada masa yang sama dengan mengumumkan keputusan Tiada Tindakan Lanjut (NFA) oleh Pejabat Pendakwa Raya mengenai kes pelanggaran SOP kuarantin Covid-19 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Khairudin Aman Razali selepas pulang ke tanah air daripada sebuah Turki, yang merupakan pusat utama penularan Covid-19 pada 7 Julai.
Mungkin pimpinan UMNO telah mendapati yang mereka tidak akan mendapat sokongan daripada PAS dalam Game of Thrones ini, dan jika perkara ini berlaku, mereka tidak boleh menjangka sokongan PAS mahupun blok Parlimen UMNO untuk bersatu teguh menyokong apa-apa sahaja keputusan Zahid dan Najib Razak secara membuta tuli.
Ataupun, adakah plot, subplot, dan tindak balas yang rumit ini hanya akan bertambah besar dan rumit?
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis, Oktober 2020)