Prorogation of Parliament is no answer to the present political impasse as it will be challenged in the courts as subverting the Constitution and a self-serving gambit to prolong the life of an illegitimate backdoor government


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

I said three days ago that Malaysia was now in the midst of an unprecedented political tornado and that the next six-and-half weeks will see plots, sub-plots, counter-plots and counter-sub-plots emerging from the woodworks over the shape and form of the government of Malaysia – as the present backdoor Muhyiddin government which emerged from the byzantine Sheraton Move conspiracy lacked the legitimacy, capability and resources to be an effective government.

The past three days have shown how this prediction had hit the nail on the head, for there had been a maze of plots and counter plots, sub-plots and counter sub-plots which have befuddled ordinary Malaysians, whose top priority concern is how to win the war against the third wave of the Covid-19 epidemic in Malaysia and set the Malaysian economy on a recovery mode.

The social media in Malaysia has never been active in conveying this maze of plots, counter plots, sub-plot and counter sub-plots.

There is one new Cabinet list purportedly to be announced on Tuesday where the person who had the dishonour of having the most number of corruption charges in court spearheaded the list as Deputy Prime Minister while there is another list headed by the eternal aspirant to be Malaysian Prime Minister.

There is also the novel proposal to resolve the impasse by proroguing Parliament under Article 55(2) of the Constitution which states: “The Yang di-Pertuan Agong may prorogue or dissolve Parliament”.

Advocates of this solution argue that in the midst of the Covid-19 pandemic, “the prorogation of Parliament, which simply means the suspension of Parliament, appears to be the country’s safest bet towards maintaining public order, the life of the economy and political stability”.

The MIC President and former Senate President, SA Vigneswaran, the first to broach this idea publicly, wrote:

“During the implementation of a prorogation, the sitting of Parliament will be put on hold and the affairs of the nation will be continuously managed and run by the current government. This will ensure a smooth flow of operations within the country as no uprise to the pandemic nor any political upheaval would be manifested.

“The prorogation of Parliament may come to an end once it can be confirmed by the relevant health authorities that the pandemic has come to a steady decline, or in other words, the conditions towards conducting a safe general election are apparent.”

This is a totally misconceived notion and wrong reading of the Constitution, fortified by Vigneswaran mistaken claim that “this will be the first time that the prorogation of Parliament will be implemented in the country”, as it is the normal practice in Malaysia to annually prorogue Parliament, marking the end of a parliamentary session and the official opening of the next Parliament session starting with the King’s Speech – except during the period when Parliament was suspended during the May 13, 1969 riots.

The prorogation of Parliament is no answer to the present political impasse as it will be challenged in the courts as subverting the Constitution and a self-serving gambit to prolong the life of an illegitimate backdoor government.

The United Kingdom Supreme Court finding in September that British Prime Minister Boris Johnson’s prorogation of Parliament was unlawful should be a warning to these advocates.

The UK Supreme Court ruled on two questions regarding an Order to prorogue the UK Parliament. First, was it justiciable: in other words, could the decision to prorogue be subjected to scrutiny by the courts? Second, was it legal?

The court found that it did have the power to rule on this question. It went on to find that the Government’s decision to prorogue Parliament for five weeks was unlawful, and that Parliament has not in fact been prorogued.

The UK Supreme Court held that “the sovereignty of Parliament would be undermined as the foundational principle of the UK constitution if the executive could, through the use of the prerogative, prevent Parliament from exercising its legislative authority for as long as it pleased”.

It also expressed concern that responsible government would be undermined and replaced by “unaccountable government” if parliament were prevented by the executive from scrutinising its actions.

DAP is fully committed to support Datuk Seri Anwar Ibrahim as the ninth Prime Minister of Malaysia, but if this is made impossible by the maze of plots and counter-plots, sub-plots and counter sub-plots, the prorogation of Parliament is still not the answer to resolving the political impasse in the face of the third wave of the Covid-19 pandemic.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Sunday, 18th October 2020)

=====================

Prorogasi Parlimen bukanlah penyelesaian kepada kebuntuan politik negara semasa memandangkan ia akan dicabar di mahkamah sebagai satu cubaan untuk merendahkan Perlembagaan dan sebagai satu cubaan untuk memanjangkan hayat sebuah kerajaan pintu belakang yang tidak sah

Saya katakan tiga hari yang lepas, yang kita sedang berada dalam satu ketidaktentuan politik dan dalam tempoh enam minggu yang akan datang, kita akan dapat melihat pelbagai plot, komplot, plot berbalas yang bakal muncul dari pelbagai sudut mengenai bentuk dan rupa kerajaan Malaysia — memandangkan kerajaan Muhyiddin sedia ada ini, yang muncul daripada konspirasi rumit Langkah Sheraton tidak memunyai keabsahan, kebolehan, dan sumber untuk menjadi sebuah kerajaan yang berkesan.

Tempoh tiga hari yang lepas telah menunjukkan yang jangkaan saya ini tepat, kerana telah terdapat pelbagai bentuk plot, komplot, dan plot balas yang mengelirukan rakyat Malaysia, yang sedang risau mengenai memenangi perang melawan gelombang ketiga wabak Covid-19 di Malaysia dan meletakkan ekonomi negara ke arah pemulihan.

Media sosial di Malaysia tidak pernah menjadi seaktif ini dalam memperlihatkan plot, komplot, dan plot balas ini.

Terdapat satu senarai Kabinet baharu, yang kononnya akan diumumkan pada hari Selasa, di mana individu yang memegang rekod dengan mempunyai jumlah tuduhan rasuah tertinggi dalam negara mengetuai senarai ini sebagai Timbalan Perdana Menteri, manakala terdapat satu lagi senarai yang diketuai oleh seorang calon yang berimpian abadi menjadi Perdana Menteri.

Terdapat juga satu cadangan aneh untuk menyelesaikan masalah kebuntuan politik negara kita dengan memprorog Parlimen di bawah artikel 55(2) Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan: “ Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.”

Penyokong solusi ini mengatakan, dalam negara berhadapan dengan wabak Covid-19, “prorogasi Parlimen yang bermakna penggantungan Parlimen, dilihat sebagai jalan terbaik untuk mengekalkan keamanan awam, kesihatan ekonomi, dan kestabilan politik”.

Presiden MIC yang juga merupakan mantan Presiden Dewan Negara, SA Vigneswaran, adalah antara yang pertama yang mencadangkan idea ini, beliau menulis:

“Semasa pelaksanaan prorogasi, persidangan Parlimen akan ditangguhkan dan hal ehwal negara akan terus diuruskan oleh kerajaan semasa. Perkara ini akan memastikan kelancaran operasi dalam negara memandangkan tidak akan ada sebarang peningkatan kes pandemik mahupun sebarang pergolakan politik akan muncul.

“Prorogasi Parlimen ini akan berakhir apabila dapat disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berkenaan yang pandemik ini telah berada dalam keadaan yang stabil dan menurun, atau dalam kata lain, keadaan yang selamat untuk mengadakan pilihan raya umum.”

Perkara ini adalah satu tanggapan yang salah dan juga satu pembacaan Perlembagaan yang tidak tepat, dan Vigneswaran telah silap kerana mendakwa bahawa “ini adalah kali pertama Parlimen diprorog di negara kita”, memandangkan prorogasi Parlimen ini dilaksanakan setiap tahun, menandakan berakhirnya sesi Parlimen, dengan pembukaan sidang tahun hadapan Parlimen yang dimulakan dengan penyampaian Titah Diraja oleh Yang di Pertuan Agong — kecuali semasa Parlimen digantung selepas rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Prorogasi Parlimen ini bukanlah penyelesaian kepada kebuntuan politik negara kita, memandangkan ia akan dicabar di mahkamah sebagai satu cubaan untuk merendahkan Perlembagaan dan sebagai satu cubaan untuk memanjangkan hayat kerajaan sebuah kerajaan pintu belakang yang tidak sah.

Keputusan Mahkamah Agung United Kingdom pada September lepas mengenai prorogasi Parlimen oleh Perdana Menteri Boris Johnson yang didapati tidak sah patut menjadi amaran kepada penyokong idea ini.

Mahkamah Agung UK tersebut memberikan penghakiman kepada dua persoalan berkenaan satu Arahan untuk memprorog Parlimen UK. Pertamanya, adakah perkara ini boleh diputuskan dalam mahkamah: dalam kata lain, adakah keputusan prorogasi ini boleh disemak oleh pihak mahkamah? Kedua, adakah ia sah?

Mahkamah mendapati yang mereka mempunyai kuasa untuk membuat penghakiman ke atas persoalan ini. Kemudiannya, mahkamah mendapati yang keputusan kerajaan untuk memprorog Parlimen selama lima minggu ini sebagai tidak sah, dan Parlimen sebenarnya tidak diprorog semasa tempoh ini.

Mahkamah Agung UK mengatakan “kedaulatan Parlimen sebagai prinsip asas perlembagaan UK akan direndahkan jika pihak eksekutif boleh, melalui penggunaan kuasa prerogatifnya, menghalang Parlimen daripada menjalankan tugas legislatifnya selama mana yang ia perlu”.

Perkara ini juga menimbulkan kerisauan yang pentadbiran bertanggungjawab akan terabai dan digantikan dengan sebuah “kerajaan yang tidak bertanggungjawab” jika Parlimen dihalang oleh pihak eksekutif daripada menjalankan tugasnya untuk meneliti tindakan pihak eksekutif.

DAP kekal komited menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia, tetapi jika perkara ini dihalang oleh plot, komplot dan plot balas pelbagai pihak, prorogasi Parlimen masihlah bukan satu penyelesaian untuk kepada kebuntuan politik dalam negara kita semasa kita berhadapan dengan gelombang ketiga wabak Covid-19.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Ahad 18 Oktober 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.