(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Malaysia is now in the midst of an unprecedented political tornado.
The next six-and-half weeks will see plots, sub-plots, counter-plots and counter-sub-plots emerging from the woodworks over the shape and form of the government of Malaysia – as the present backdoor Muhyiddin government which emerged from the byzantine Sheraton Move conspiracy lacks the legitimacy, capability and resources to be an effective government.
This is why in the first public pronouncement by the former Prime Minister and UMNO President, Datuk Seri Najib Razak since he was toppled in the 14th General Election on May 9, 2018, explaining why UMNO should drop support for Bersatu, he griped that UMNO is blamed for the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia as a result of the Sabah state general election when it was solely the fault of Bersatu.
He blamed the National Security Council (NSC) for rejecting the suggestion from the Health Minister, Dr. Adham Baba, who is from UMNO, to implement mandatory quarantine on those returning from Sabah before the state elections.
But the person who shot down Adham’s suggestion, when it was first made publicly on Nomination Day of the Sabah state general election, was none other than the UMNO vice president and senior UMNO Defence Minister, Ismail Sabri Yaakob, who described any report that a mandatory quarantine order to Malaysians travelling back from the state to the peninsula as “fake news” and declared that he would be the one responsible to announce any decisions made on Covid-19 travel restrictions, based on advice from the Health Ministry.
Najib also blamed the Bersatu’s Home Affairs Minister Hamzah Zainuddin for not properly isolating prisoner or observing the standard operating procedures (SOP) which caused the clusters in several detention centres in Kedah, Perak and Penang.
Najib said: “If such mistakes did not occur, there would not be a third wave of Covid-19 in Malaysia. And now, Umno is also being blamed for the third wave.”
Clearly, Najib does not agree with Hamzah that “PN” stands for “Penyelamat Negara” as Hamzah had claimed in Sabah.
UMNO leader, Nazri Abdul Aziz hit the nail on the head when he said that selective court prosecution was among the reasons which led to an enraged UMNO leadership mulling to withdraw support for the PN government.
UMNO President, Ahmad Zahid Hamidi, protested too much when he denied that UMNO’s review of support for the PN government was linked to court cases of Najib, Zahid and other UMNO leaders.
What must have been particularly galling was the release of the former Sabah UMNO Chairman and Chief Minister from his 46 counts of corruption charges to mount an conspiracy to dislodge the Warisan Plus Sabah State Government – and which brought in the third wave of the Covid-19 pandemic in Malaysia – while other UMNO leaders like Najib and Zahid have to go through their trials in court.
Be that as it may, Malaysia has been plunged into unprecedented times.
Parliament is meeting on Nov. 2, and regardless of the outcome of Tengku Razaleigh Hamzah’s attempt to get Tun Dr. Mahathir Mohamad’s “no confidence” motion voted in Parliament, Nov. 23 will be a day that the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, cannot avoid – as on that day the government’s 2021 Budget will be voted on in Parliament.
Until then, Malaysians will see various contortions and political acrobatics in Malaysia’s “Game of Thrones”.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday, 15th October 2020)
=============================
Najib merungut mengatakan yang UMNO dipersalahkan kerana gelombang ketiga Covid-19 sedangkan perkara itu adalah salah Bersatu
Malaysia sedang mengharungi satu puting beliung politik.
Dalam tempoh enam dan setengah minggu yang akan datang, kita akan dapat melihat pelbagai plot, komplot, plot berbalas yang bakal muncul dari pelbagai sudut mengenai bentuk dan rupa kerajaan Malaysia — memandangkan kerajaan Muhyiddin sedia ada ini, yang muncul daripada konspirasi rumit Langkah Sheraton tidak memunyai keabsahan, kebolehan, dan sumber untuk menjadi sebuah kerajaan yang berkesan.
Kerana inilah, dalam pengumuman pertama daripada seorang mantan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak sejak kerajaan beliau ditumbangkan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018, menjelaskan sebab-sebab UMNO perlu menarik balik sokongannya terhadap Bersatu, beliau merungut yang UMNO telah dipersalahkan di atas kemunculan gelombang ketiga wabak Covid-19 yang terjadi akibat daripada Pilihan Raya Negeri Sabah, sedangkan perkara ini adalah salah Bersatu.
Beliau telah menyalahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana menolak cadangan daripada Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dari UMNO, yang mencadangkan supaya kuarantin mandatori dilaksanakan kepada mereka yang pulang daripada Sabah sebelum PRN negeri tersebut.
Tetapi, individu yang menolak cadangan Adham yang pada mulanya diumumkan pada Hari Pencalonan PRN Sabah itu adalah Naib Presiden UMNO sendiri yang merupakan Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob, yang menolak dakwaan sebarang laporan mengenai perintah kuarantin mandatori kepada rakyat Malaysia yang pulang dari Sabah ke semenanjung sebagai “berita palsu” dan mengisytiharkan yang beliau bertanggungjawab untuk mengumumkan sebarang keputusan mengenai sebarang sekatan perjalanan berkaitan Covid-19, berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
Najib juga telah menyalahkan Menteri Dalam Negeri Bersatu, Hamzah Zainuddin kerana tidak mengasingkan para banduan secara betul atau mematuhi prosedur operasi standard yang mengakibatkan berlakunya beberapa kluster penularan di Kedah, Perak, dan Pulau Pinang.
Najib berkata: “Jika kesilapan-kesilapan ini tidak berlaku, tidak wujudnya gelombang ketiga Covid ini di Malaysia.”
Jelas sekali, Najib tidak bersetuju dengan Hamzah yang mengatakan “PN” adalah singkatan kepada “Penyelamat Negara” seperti yang didakwa Hamzah di Sabah.
Pemimpin UMNO, Nazri Abdul Aziz menjelaskan keadaan semasa dengan tepat sekali apabila beliau mengatakan yang pendakwaan berpilih adalah salah satu perkara yang menyebabkan para pimpinan UMNO marah dan mempertimbangkan untuk menarik sokongan mereka kepada kerajaan PN.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, membantah keras dalam menafikan yang keputusan UMNO untuk mempertimbangkan semula sokongan mereka kepada kerajaan PN ini mempunyai kaitan dengan kes mahkamah Najib, Zahid, dan pemimpin UMNO yang lain.
Apa yang pastinya lagi mengecewakan adalah pelepasan mantan Pengerusi UMNO Sabah dan Ketua Menteri Sabah daripada kesemua 46 dakwaan rasuah beliau, untuk mencetuskan satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan kerajaan Warisan Plus negeri Sabah — yang kemudiannya membawa gelombang ketiga penularan Covid-19 di Malaysia — sedangkan pemimpin UMNO yang lain seperti Najib dan Zahid terpaksa melalui perbicaraan mereka di mahkamah.
Apa-apa pun, Malaysia kini berada dalam satu waktu yang tidak menentu.
Parlimen akan bersidang pada 2 November ini, dan tidak kiralah apa pun hasil usaha Tengku Razaleigh Hamzah untuk memastikan usul tidak percaya daripada Tun Dr Mahathir dapat diundi dalam Dewan Rakyat, 23 November adalah satu tarikh yang tidak dapat dielakkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin — memandangkan tarikh tersebut adalah hari di mana Belanjawan 2021 kerajaan akan diundi di Parlimen.
Sehingga hari itu tiba, rakyat Malaysia akan dapat melihat pelbagai helah dan tindakan politik dalam “Game of Thrones” Malaysia.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis 15 Oktober 2020)