(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
Health director-general Dr Noor Hisham Abdullah said yesterday that Malaysia was probably experiencing a “new wave” as Covid-19 case numbers continued to climb [1].
He said at yesterday’s press conference: “If we look at the chart, we have an increase in cases lately. That probably is the beginning of a new wave.”
New Covid-19 case numbers reported yesterday hit 260 – the highest registered number of new cases since June 4.
But is Malaysia facing a second wave or a third wave?
Irresponsible Perikatan Nasional (PN) Ministers have been claiming that there would have been more Covid-19 cases and deaths in Malaysia under a Pakatan Harapan Government.
Actually, the truth is the opposite.
Under the Pakatan Harapan Minister of Health, Dzulkefly Ahmad, before the infamous Sheraton Move on February 23, 2020 and before the second wave of Covid-19 attacked the country, Malaysia had a good and great record in fighting Covid-19.
Before the Sheraton Move, Malaysia had a cumulative total of 21 Covid-19 cases on Feb. 15 and no death and for eleven days from February 16 – 26, there was only one new case, bringing the cumulative total to 22 cases,
Malaysia’s Covid-19 record at the time (under Pakatan Harapan government) was among the best in ASEAN, even better than Thailand.
Thailand for instance had a cumulative total of 35 cases on Feb. 15 and an cumulative total of 40 cases on Feb. 26 – in both instances higher than Malaysia.
The second wave of Covid-19 outbreak in Malaysia started under the Perikatan Nasional Government, with Malaysia overtaking Thailand on March 4, registering a cumulative total of 50 cases as compared to Thailand’s 43 case.
When the PN Cabinet was formed on March 7, there was a cumulative total of 93 cases, 10 daily case increase and no death as compared to Thailand’s cumulative total of 50 cases, two daily new infections and one death on the same day.
When the second wave of Covid-19 cases in Malaysia reached its peak on April 3, 2020 it registered a cumulative total of 3,333 cases and 53 deaths as compared to Thailand’s cumulative total of 1,978 Covid-19 cases and 19 Covid-19 deaths.
The gap has widened since then and with Malaysia currently registering a cumulative total of 11,484 cases and a total of 136 deaths as compared to Thailand’s 3,575 total cumulative cases and total of 59 deaths.
Under the first wave of Covid-19 pandemic under the Pakatan Harapan government, Malaysia had better Covid-19 statistics than Thailand, which had over twice Malaysia’s population.
But under the second wave of the Covid-19 outbreak, which happened under the Perikatan Nasional Government, the situation had been severely reversed and Malaysia has now a cumulative total of 11,484 cases and 136 deaths as compared to Thailand’s cumulative total of 3,575 cases and 59 deaths.
The Deputy Health Minister Noor Azmi Ghazali had admitted to The Malaysian Insight in an interview on 27th July 2020 that Malaysia was currently experiencing a second wave of Covid-19 infections.
He said: “What we have been undergoing since March until today is actually the second wave.”
He said Malaysia experienced a brief first wave at the end of January with the first batch of patients who had come from China, the epicentre of the outbreak.
He said the second wave started in March, the same month the government imposed the movement control order. The restrictions were successful in curbing the spread of the virus so that the government could “flatten the curve”, he said.
It is important that politicians in the Perikatan Nasional government should not undermine the professional excellence of the public service particularly in the case of the Director-General of Health, Dr. Noor Hisham Abdullah – who has rightly been honoured by being conferred a Tan Sri for his outstanding leadership in the fight against the Covid-19.
If we compare with the United States and some other countries in South America, Europe, Asia, Africa and Middle East, we had done well – but going by the record of Dzulkefly as Health Minister and Pakatan Harapan Government, it is likely that the Pakatan Harapan would have done better than the Perikatan Nasional Government.
It is possible that with Dzulkefly and a Pakatan Harapan government, without the Sheraton Move, we would have a better record than Thailand in fighting the Covid-19 pandemic as we have halve the population of Thailand if we had avoided a second wave brought about by a backdoor and illegitimate government.
As a result of the Sheraton Move and a backdoor government, while the world worries about a second wave of the Covid 19 pandemic, we are worrying about a third wave!
LIM KIT SIANG
[1] Malaysiakini, “Another 4 clusters, new Covid-19 cases reach second-highest level ever”, 1 October 2020, https://www.malaysiakini.com/news/544819
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Friday, October 2, 2020)
============================
Noor Hisham mengatakan yang negara kita sedang berhadapan dengan “gelombang baharu” penularan kes Covid-19 — adakah ini gelombang kedua ataupun ketiga kita?
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah semalam telah mengatakan yang negara kita sedang berhadapan dengan “gelombang baharu” penularan wabak Covid-19 memandangkan jumlah kes baharu terus-menerus meningkat [1].
Beliau berkata dalam satu sidang media semalam: “Jika kita melihat pada carta, kita mendapati peningkatan kes kebelakangan ini. Ini mungkin permulaan satu gelombang baharu.”
Jumlah kes baharu yang dilaporkan semalam telah mencecah tahap 260 kes — jumlah tertinggi yang dicatatkan sejak daripada 4 Jun.
Tetapi, adakah Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang kedua ataupun yang ketiga?
Para Menteri Perikatan Nasional yang tidak bertanggungjawab sering mendakwa yang negara kita akan berhadapan dengan lebih banyak jangkitan dan kematian akibat Covid-19 di bawah pentadbiran Pakatan Harapan.
Namun, kebenarannya amatlah berbeza.
Di bawah Menteri Kesihatan Pakatan Harapan, Dzulkefly Ahmad, sebelum berlakunya Langkah Sheraton pada 23 Februari 2020 dan sebelum negara kita dilanda oleh gelombang kedua wabak Covid-19 ini, Malaysia mempunyai rekod yang baik dalam menguruskan wabak ini.
Sebelum Langkah Sheraton, Malaysia mencatatkan sejumlah 21 kes Covid-19 terkumpul dengan sifar kematian setakat 15 Februari, dengan hanya satu kes baharu di antara 16 ke 26 Februari yang membawa jumlah terkumpul kes positif kepada 22 kes.
Rekod Malaysia semasa itu (di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan) adalah antara yang terbaik di ASEAN, lebih baik daripada situasi di Thailand.
Pada waktu tersebut, Thailand mencatatkan 35 kes positif pada 15 Februari, dan sejumlah 40 kes terkumpul pada 26 Februari — mengatasi jumlah kes di Malaysia pada kedua-dua tarikh.
Gelombang kedua wabak Covid-19 bermula di bawah pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional, dengan jumlah kes dalam negara kita mengatasi rekod Thailand buat pertama kalinya pada 4 Mac dengan 50 kes berbanding dengan 43 kes di Thailand.
Semasa Kabinet PN dibentuk pada 7 Mac, negara kita mencatatkan sejumlah 93 kes, dengan 10 kes baharu dan sifar kematian, manakala Thailand pula mencatatkan sejumlah 50 kes, dua kes baharu, dan satu kematian pada hari yang sama.
Semasa gelombang kedua wabak Covid-19 ini memuncak di Malaysia pada 3 April 2020, wabak ini telah menjangkiti 3,333 orang dan mengorbankan 53 nyawa, berbanding dengan 1,978 jangkitan dan 19 kematian di Thailand.
Jurang ini terus membesar sejak daripada hari tersebut, kini Malaysia mencatatkan sejumlah 11,484 kes dengan 136 kematian berbanding dengan 3,575 kes dan 59 kematian di Thailand.
Semasa gelombang pertama wabak Covid-19 yang berlaku di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, negara kita mencatatkan rekod yang lebih baik berbanding dengan Thailand yang mempunyai dua kali lebih ramai penduduk berbanding dengan Malaysia.
Namun, dalam gelombang kedua wabak ini yang berlaku di bawah pemerintahan Perikatan Nasional, situasi ini telah terbalik dan Malaysia kini mencatatkan sejumlah 11,484 kes dengan 136 kematian berbanding dengan 3,575 kes dan 59 kematian di Thailand.
Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali, pernah mengakui dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight pada 27 Julai 2020 yang negara kita sedang menghadapi gelombang kedua wabak Covid-19 ini.
Beliau berkata: “Apa yang kita sedang hadapi sejak bulan Mac sehingga hari ini adalah gelombang kedua.”
Beliau mengatakan yang Malaysia berhadapan dengan gelombang pertama yang agak kecil pada akhir bulan Januari dalam kalangan pesakit daripada China yang pada masa tersebut merupakan pusat penularan utama wabak ini.
Beliau berkata yang gelombang kedua ini bermula pada bulan Mac, dalam bulan yang sama di mana kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan. Sekatan pergerakan ini berjaya dalam mengekang penularan wabak ini lantas membolehkan kerajaan untuk “meratakan lekuk” penularan wabak ini, kata beliau lagi.
Ahli-ahli politik dalam Perikatan Nasional tidak boleh terus melemahkan kebolehan dan profesionalisme sektor perkhidmatan awam negara, terutamanya pimpinan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah — yang telah dianugerahkan Tan Sri sebagai perhargaan kepada kepimpinan beliau dalam memimpin negara kita melawan wabak Covid-19.
Jika dibandingkan dengan negara seperti Amerika Syarikat dan negara-negara lain di Amerika Selatan, Eropah, Asia, Afrika, dan Timur Tengah, kita telah berjaya — tetapi jika dilihat dengan rekod Dzulkefly sebagai Menteri Kesihatan bersama dengan kerajaan Pakatan Harapan, besar kemungkinannya yang Pakatan Harapan dapat memberikan hasil yang lebih baik berbanding dengan kerajaan Perikatan Nasional.
Mungkin, dengan pimpinan Dzulkefly dan kerajaan Pakatan Harapan, tanpa berlakunya Langkah Sheraton, kita akan mempunyai rekod yang lebih baik berbanding dengan Thailand dalam melawan wabak Covid-19, memandangkan jumlah penduduk di Malaysia adalah kira-kira setengah jumlah penduduk di Thailand, jika kita berjaya mengelakkan daripada berlakunya gelombang kedua di bawah sebuah kerajaan pintu belakang.
Akibat Langkah Sheraton dan kerajaan pintu belakang ini, sedangkan seluruh dunia sedang risau mengenai gelombang kedua penularan wabak Covid-19, kita perlu merisaukan mengenai penularan gelombang ketiga!
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020)