As both the Pairin brothers have accused each other of selling out KDM interests on the issue of illegal immigrants, does the partial truce between PBS and Star mean that they now agree that both have betrayed the KDM constituencies?


(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

With four days to go to polling, Parti Bersatu Sabah (PBS) and Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) have finally reached a partial truce beginning in at least two state seats.

As both the Pairin brothers , Joseph and Jeffrey, have accused each other of selling out KDM (Kadazan, Dusun and Murut) interests on the issue of illegal immigrants, does the partial truce between PBS and Star mean that they now agree that they have both betrayed the KDM constituencies?

The second question is equally intriguing.

Both the Pairin brothers have accused each other of subservience to Malayan leaders and interests. Why then did they kowtow to their new boss from Malaya, the Home Minister, Hamzah Zainuddin?

If the two Pairin brother are genuine in wanting to protect the interests of the KDM communities and the Sabah people from the problem of illegal immigrants, they should join forces and tell Hamzah that he was very wrong to threaten that he, as Home Minister, would not take action against the illegal immigrants if UPKO chairman, Wilfred Tangau is not defeated in the Kiulu State Assembly seat so that the PBS Information chief Joniston Bangkuai could win.

Both Joseph and Jeffrey should have closed ranks in the interests of KDM community and all Sabahans to tell Hamzah that regardless who wins in the Sabah general election, the Federal Government should not abuse its powers and should carry out its duties and responsibilities with regard to the illegal immigrants.

It is sad to see Joseph and Jeffrey forming an united front to condone the gross abuse of powers and at the behest of the ambitious Home Minister, who is hoping to become Prime Minister soon.

Joseph Pairin has now conceded that Star is stronger than PBS in Tambunan and Bingkor – both of which can be described as the birthplaces of PBS.

Did Joseph reflect and contemplate what mistakes and wrongs PBS committed for PBS to forfeit public support in their birthplaces? How many more constituencies will Joseph and PBS concede superiority to Jeffrey and Star?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri in Bingkor on Tuesday, 22nd September 2020)

==============================

Memandangkan kedua-dua beradik Pairin telah menuduh satu sama lain sebagai mengkhianati kepentingan golongan KDM berkenaan dengan isu pendatang tanpa izin, dengan persefahaman separa di antara PBS dan Star, adakah mereka bersetuju yang kedua-dua mereka telah mengkhianati kepentingan komuniti KDM?

Tinggal empat hari lagi sebelum hari pengundian, Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) telah bersetuju dengan persefahaman separa bermula dengan pengelakkan pertembungan di sekurang-kurangnya dua kerusi.

Memandangkan kedua-dua adik beradik Pairin, Joseph dan Jeffrey ini pernah menuduh satu sama lain sebagai mengkhianati kepentingan komuniti KDM (Kadazan, Dusun, dan Murut) berkenaan dengan isu pendatang tanpa izin, adakah persefahaman ini menunjukkan yang mereka bersetuju kedua-dua mereka kini telah mengkhianati komuniti KDM?

Keduanya, mereka berdua telah menuduh satu sama lain sebagai menjadi pak turut kepada pimpinan dan kepentingan Malaya. Mengapa kini mereka menurut kehendak bos baharu mereka daripada Malaya yang merupakan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin?

Jika adik beradik Pairin ini benar-benar jujur dalam mempertahankan kepentingan Sabah dan komuniti KDM, mereka seharusnya berkerjasama dan menempelak tindakan salah Hamzah sebagai Menteri Dalam Negeri yang mengugut untuk tidak mengambil tindakan terhadap pendatang tanpa izin jika Pengerusi UPKO Wilfred Tangau menang mengalahkan Ketua Perhubungan PBS Joniston Bangkuai di kerusi DUN Kiulu.

Joseph dan Jeffrey sepatutnya berkerjasama demi kepentingan komuniti KDM dan semua rakyat Sabah dan memberitahu Hamzah — tanpa mengira sesiapa pun yang menang dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ini — yang Kerajaan Persekutuan tidak boleh menyalahgunakan kuasanya dan perlu melaksanakan tanggungjawabnya berkenaan dengan hal pendatang tanpa izin.

Amat menyedihkan melihat Joseph dan Jeffrey bersatu untuk mempertahankan penyalahgunaan kuasa demi seorang Menteri Dalam Negeri yang bercita-cita untuk pada suatu hari nanti menjadi Perdana Menteri.

Joseph Pairin kini mengakui bahawa Star adalah lebih kuat daripada PBS di Tambunan dan Bingkor — kedua-dua kerusi yang merupakan tempat kelahiran PBS.

Adakah Joseph telah merenung mengenai kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan mereka sehingga PBS kehilangan sokongan masyarakat di tempat penubuhan parti tersebut? Berapa banyak lagi kerusi yang akan dikorbankan oleh Joseph dan PBS kepada Jeffrey dan Star?

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Bingkor pada hari Selasa 22 September 2020)

  1. No comments yet.

You must be logged in to post a comment.