(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The Director-General of Health, Dr. Noor Hisham Abdullah has advised Malaysians to lodge report against people violating the Covid 19 quarantine SOP.
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin should explain how the Perikatan Nasional government is to be trusted when the police cannot take action against a Minister for violating the Covid 19 quarantine SOP?
Muhyiddin is of claiming that his administration passed its greatest test in the Covid-19 pandemic.
He said the crisis is unprecedented in Malaysia and across the world, but with the tenacity of the government, the support of frontliners, civil servants and volunteers, and the people’s discipline, the nation was up to the challenge.
I do not agree. The Covid-19 pandemic presented the Muhyiddin government an opportunity to hide its weaknesses and internal contradictions, for Malaysians rallied behind the government in the face of the global disaster. But the chickens are coming home to roost.
The Muhyiddin government had at first mishandled the Covid-19 pandemic, causing a second wave of Covid outbreak in March, which reached its peak on April 3.
If not for the Sheraton Move, there would not be a second wave of the Covid-19 outbreak and lockdown of the country.
It is fortunate that Malaysia had contained the second wave of the Covid-19 outbreak, although like the rest of the world, we must be prepared for any resurgence of the coronavirus outbreak – a second wave for most of the countries of the world but a third wave for Malaysia!
Thailand, the first country outside China to report Covid-19 cases in January this year, has reported 3,497 cumulative cases and 58 fatalities as compared with a cumulative total of 10,147 cases and 129 fatalities in Malaysia.
Malaysia passed the 10,000 mark in the cumulative total of Covid 19 cases on Malaysia Day on Sept., 16 – a record which Malaysians are not proud of.
With a smaller population, Malaysia should have a better record on the Covid-19 epidemic than Thailand.
This is despite the fact that internationally, Malaysia has been one of the success stories in the Covid 19 epidemic, when compared to over 30 million cumulative total of Covid 19 cases and close to a million deaths worldwide today.
When the World Health Organisation declared Covid 19 as a pandemic on March 11, there were more than 118,000 cases in 114 countries, and 4,291 people have lost their lives.
Now, more than six months later, the daily increase of Covid-19 cases is more than twice the total global cumulative figure on March 11, which now stands at over 30,682,305 cases and 955,655 deaths – some 260 times in cumulative total of cases and 230 times in fatalities as compared to March 11.
The top five countries with Covid-19 cases today are now completely different from the top five countries on March 11, as today’s top fiveCh countries are:
1. United States – 6,921,034 cases – 203,106 deaths
2. India – 5,305,475 cases – 85,625 deaths
3. Brazil – 4,497,434 cases – 135,857 deaths
4. Russia – 1,091,186 cases – 19,195 deaths
5. Colombia – 750,471 cases – 23,850 deaths.
China has dropped from the top country in the world in Covid 19 epidemic to No. 41 in the list of nations with the most cumulative total of Covid 19 cases.
Malaysia must not over-react but must exercise eternal vigilance on the Covid-19 epidemic.
But the government must cease its double standards on the application of Covid-19 SOP as we cannot have one law for Ministers and another law for ordinary citizens.
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Sandakan on Saturday 19 September 2020)
===========================
Perdana Menteri perlu menerangkan bagaimanakah kerajaan Perikatan Nasional ini boleh dipercayai jika pihak Polis tidak mampu mengambil tindakan terhadap seorang Menteri yang melanggar SOP kuarantin Covid-19?
Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah menasihatkan rakyat Malaysia untuk melaporkan sebarang pelanggaran SOP kuarantin Covid-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menerangkan bagaimana kerajaan Perikatan Nasional ini boleh dipercayai jika pihak Polis tidak mampu mengambil tindakan terhadap seorang Menteri yang melanggar SOP kuarantin Covid-19?
Muhyiddin kini mendakwa yang pemerintahan beliau telah melepasi ujian terbesarnya dalam mengendalikan wabak Covid-19.
Beliau mengatakan yang krisis seperti ini tidak pernah berlaku lagi dalam negara kita mahupun di serata dunia, tetapi dengan kecekalan kerajaan, sokongan petugas barisan hadapan, penjawat awam, dan sukarelawan, berserta dengan disiplin rakyat, negara kita berjaya menghadapi cabaran ini.
Saya tidak bersetuju. Wabak Covid-19 ini telah memberikan ruang kepada kerajaan Muhyiddin untuk menyorokkan kelemahan dan perbalahan dalamannya, kerana kebanyakkan rakyat Malaysia menyokong usaha kerajaan untuk melawan bencana ini.
Kerajaan Muhyiddin pada mulanya telah tersilap dalam mengendalikan wabak ini, sehingga berlakunya gelombang kedua wabak ini yang memuncak pada 3 April.
Jika tidak kerana Langkah Sheraton, tidak sepatutnya terjadi gelombang kedua ini dan tidak perlulah kawalan pergerakan di seluruh negara.
Kita bernasib baik kerana berjaya mengekang penularan gelombang kedua wabak Covid-19 ini, walaupun seperti kebanyakkan negara di seluruh dunia, kita harus sentiasa bersedia untuk sebarang penularan semula wabak ini — kejadian gelombang kedua untuk kebanyakkan negara, tetapi satu gelombang ketiga untuk Malaysia.
Thailand merupakan negara pertama di luar China yang melaporkan jangkitan Covid-19 pada bulan Januari tahun ini. Negara tersebut telah mencatatkan 3,497 jangkitan dengan 58 kematian berbanding dengan angka 10,147 kes dan 129 kematian di Malaysia.
Negara kita telah melepasi tahap 10,000 jumlah kes jangkitan terkumpul pada Hari Malaysia, 16 September — satu rekod baharu yang tidak patut dibanggakan.
Dengan jumlah penduduk yang lebih kecil, kita seharusnya mempunyai rekod yang lebih baik berbanding dengan Thailand.
Semasa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai satu pandemik pada 11 Mac 2020, terdapat sejumlah 118,000 kes Covid-19 di 114 buah negara, dengan sejumlah 4,291 nyawa terkorban.
Kini, selepas lebih daripada enam bulan kemudian, jumlah peningkatan harian kes Covid-19 berada di tahap lebih daripada dua kali ganda jumlah kes terkumpul pada 11 Mac, dengan jumlah kes terkumpul setakat hari ini berada pada tahap 30,682,305 kes dan 955,655 kematian — 260 dan 230 kali ganda jumlah kes terkumpul dan jumlah kematian terkumpul pada 11 Mac.
Lima negara dengan jumlah kes Covid-19 tertinggi pada hari ini kelihatan sangat berbeza dengan lima negara teratas pada 11 Mac, negara-negara tersebut adalah:
1. Amerika Syarikat – 6,921,034 kes – 203,106 kematian
2. India – 5,305,475 kes – 85,625 kematian
3. Brazil – 4,497,434 kes – 135,857 kematian
4. Rusia – 1,091,186 kes – 19,195 kematian
5. Colombia – 750,471 kes – 23,850 kematian.
China tidak lagi berada dalam kalangan negara dengan jumlah tertinggi Covid-19, kini berada di tempat ke 41 dalam senarai ini.
Malaysia tidak boleh bereaksi dengan terlalu keras, tetapi pada dalam masa yang sama perlu sentiasa berjaga-jaga dengan wabak ini.
Tetapi, kerajaan perlu berhenti mengamalkan sikap pilih kasihnya dalam menguatkuasakan SOP Covid-19 ini, kerana kita tidak boleh mempunyai undang-undang yang berbeza untuk para menteri dan rakyat biasa.
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Sandakan pada hari Sabtu19 September 2020)