Election

Slay the “frogs” and bring an end in Sabah and Malaysia the disgusting political culture of “frogging” to usher in a new era of honest and conviction politics

By Kit

September 13, 2020

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Never before has there been so many candidates contesting in the Sabah state general election in the last five decades – 447 candidates for 73 seats, with one seat facing a 11-cornered fight, one-seat a 10-cornered fight, three seats nine-cornered, five seats eight-cornered, 13 seats seven-cornered, 26 seats six-cornered and 15 seats five-cornered fights.

But in Sabah, it is not only individuals but political parties who could be political frogs.

It is indeed a massive free-for-all but it accentuates what should be one of the objectives of the 2020 Sabah state general election – to slay the “frogs” whether persons or parties and bring an end in Sabah and Malaysia the disgusting political culture of “frogging” and to usher in a new era of honest and conviction politics.

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin announced that if the state opposition coalition wins and agrees, Sabah Bersatu chief Hajiji Mohd Noor would become the Sabah Chief Minister.

But this was immediately contradicted by the UMNO president, Ahmad Zahid Hamidi.

It is clear that neither the Perikatan Nasional and Barisan Nasional have an agreed candidate to be the Chief Minister for Sabah, unlike the Warisan-Plus coalition, whose candidature of Shafie Apdal to continue as Chief Minister is clear and unequivocal.

How can there be “friendly fire” among Perikatan Nasional, BN and PBS in the Sabah election to justify the reneging of last Thursday’s negotiated agreement and to raise the number of seat clashes among them from 11 to 17 constituencies?

The pertinent question is whether the “frog” political culture in Sabah and Malaysia would be brought to an end with the slaying of all political frogs in the Sabah general election on Sept. 26?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, 13th September 2020)

============================

Hapuskan “katak” dan budaya buruk “melompat parti” di Sabah untuk membawa era baharu politik jujur

Tidak pernah berlaku dalam sejarah lima dekad yang lepas, terdapat sebegitu ramai calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri — seramai 447 calon yang bertanding di 73 kerusi, dengan satu kerusi yang berhadapan dengan persaingan 11 penjuru, satu kerusi dengan 10 penjuru, tiga kerusi dengan sembilan penjuru, lima kerusi dengan lapan penjuru, 13 kerusi dengan persaingan tujuh penjuru, 26 kerusi dengan enam penjuru, dan 15 kerusi dengan persaingan lima penjuru.

Tetapi di Sabah, bukan individu sahaja yang boleh menjadi katak politik, tetapi juga parti politik.

Memang benar, PRN ini adalah peluang untuk semua bertanding, tetapi perkara ini juga menonjolkan apa yang perlu menjadi objektif utama PRN Sabah 2020 ini — untuk menghapuskan “katak politik” sama ada dalam bentuk individu mahupun parti politik dan juga politik kotor “melompat parti” di Sabah dan Malaysia, serta untuk membawa era baharu politik berasaskan iltizam dan kejujuran.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang jika pihak gabungan pembangkang di negeri tersebut menang dan bersetuju, Pengerusi Bersatu Sabah, Hajiji Mohd Noor akan menjadi Ketua Menteri Sabah.

Namun perkara ini pantas disanggah oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.

Jelas sekali, kedua-dua Perikatan Nasional dan Barisan Nasional tidak mempunyai calon Ketua Menteri Sabah yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, tidak seperti gabungan Warisan-Plus yang memberikan sokongan yang jelas dan padu kepada Shafie Apdal untuk terus menjadi Ketua Menteri.

Bagaimanakah boleh terdapat perbalahan lagi dalam kalangan Perikatan Nasional, BN, dan PBS dalam PRN Sabah yang membawa kepada pelanggaran perjanjian yang dipersetujui pada hari Khamis lepas yang kemudiannya meningkatkan jumlah pertembungan daripada 11 kerusi kepada 17 kerusi?

Persoalan utamanya adalah, adakah budaya “katak” politik di Sabah dan Malaysia ini dapat dihapuskan menjelang pilihan raya negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 26 September ini?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad 13 September 2020)