Lim Kit Siang

Zahidi should be sacked for his shocking ignorance and incompetence, undercutting the Prime Minister and exposing the Muhyiddin government to national and international ridicule as a kakistocracy

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Deputy Communications and Multimedia Minister Datuk Zahidi Zainul Abidin should be sacked for his shocking ignorance and incompetence, undercutting the Prime Minister, Tan Sri Muhyddin Yassin himself, exposing the government to national and international ridicule as a kakistocracy.

Zahidi will be getting away too easily for his grave and shameful faux pas if he is just allowed to apologise and move on.

He said in the Senate yesterday morning that he had checked and found that Veveonah Mosibin of Kampung Sapatalang in Pitas, Sabah had pretended to take a university exam on a tree to popularise her YouTube channel, but later the same night, Zahidi said he would like to correct the statement that she did not sit for any exam.

Zahidi had made a grave error which is not “correctable”.

What is this “check” that Zahidi said his Ministry had done which led him to reply to Senator Datuk Donald Peter Mojuntin that Veveonah was lying in claiming that she was taking an exam on top of a tree to get better internet connection?

Did the Ministry of Communications and Multimedia make a “check” or not, or was Zahidi telling a lie in the Senate – which opens up to a serious breach of privilege by him and he should be referred to the Senate Committee of Privileges, probably another dubious record as the first in the Malaysian Senate to be refered.

It might be understandable if the “Veveonah on a tree-top to take an exam” incident had taken place just before he answered the question in the Senate, and there was not enough time him to check on its veracity, but the event took place some two months ago in June.

The incident became quite an online news sensation and her Youtube has garnered more than 740,000 views since it was posted on June 12.

She was offered a scholarship by the Universiti Malaysia Sabah (UMS) and is now pursuing her foundation programme with UMS.

In June itself, Malaysian Communications and Multimedia Commission followed up and pledged to improve internet connection in the area by having a telecommunications tower by mid of next year.

The wife of Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah Jasni, who is also the adviser of Yayasan Nur Jauhar also presented donations to Veveonah at the state palace.

Even the Prime Minister himself is aware of Veveonah’s tree-top feat. How can a Deputy Minister for Communications and Multimedia be so grossly ignorant about a matter completely within its jurisdiction?

In the middle of last month, Muhyiddin referred to the Veveonah incident in a town hall meeting with civil servants in Johore when he said that global technology giants such as Microsoft, Amazon and Google are keen to help develop Malaysia into a regional hub for information technology although the country was faced with the main issue of lack of access of the Internet.

He said Malaysia had not achieved a competitive level of internet connectivity and cited the example of Veveonah in Sabah who had to climb a tree to get good internet connectivity to complete her exam.

Zahidi is clearly not fit to be Deputy Minister for Communications and Multimedia!

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 4th September 2020)

=========================

Zahidi perlu dipecat kerana kejahilan dan ketidakcekapanya yang telah membawa malu kepada Perdana Menteri dan menunjukkan yang kerajaan Muhyiddin ini adalah sebuah kakistokrasi

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin perlu dipecat kerana kejahilan dan ketidakcekapan beliau yang telah membawa malu kepada Perdana Menteri dan menunjukkan yang kerajaan Muhyiddin ini adalah sebuah kakistokrasi kepada seluruh dunia.

Zahidi akan terlepas daripada bertanggungjawab jika beliau dibenarkan untuk memohon maaf dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Beliau telah berkata di dalam Dewan Negara semalam yang beliau telah menyemak dan mendapat Vevenoah Mosibin daripada Kampung Sapatalang di Pitas, Sabah hanya berlakon mengambil peperiksaan di atas pokok untuk membawa populariti kepada saluran Youtube beliau. Kemudian, dalam malam hari itu juga Zahidi mengatakan yang beliau ingin membuat pembetulan mengenai kenyataan beliau yang menuduh Vevenoah tidak menduduki peperiksaan.

Kesilapan besar Zahidi ini bukanlah satu perkara yang boleh diperbetulkan begitu sahaja.

Apakah “semakan” yang kononnya telah dibuat oleh Kementerian beliau ini yang telah menyebabkan beliau menuduh Vevenoah sebagai menipu dalam satu jawapan soalan lisan kepada Senator Datuk Donald Peter Mojuntin?

Adakah pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah “menyemak” sama ada Zahidi telah menipu di dalam Dewan Negara — satu perkara yang jelas menyalahguna hak dan kebebasan beliau di dalam Dewan tersebut dan perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara, melakar sejarah sebagai orang pertama yang dirujuk kepada jawatankuasa Dewan Negara tersebut.

Perkara ini boleh difahami jika kejadian “Vevenoah menduduki peperiksaan di atas pokok” ini berlaku beberapa hari sebelum beliau menjawab soalan ini, memandangkan pihak Kementerian memerlukan masa untuk mengesahkan kejadian ini, tetapi kejadian ini berlaku dua bulan yang lalu.

Insiden tersebut menjadi satu sensasi internet dan saluran Youtube beliau mendapat lebih daripada 740,000 tontonan sejak video tersebut disiarkan pada 12 Jun.

Beliau telah ditawarkan biasiswa daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan kini sedang menjalani kursus pengajian asasi di UMS.

Dalam bulan Jun lagi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyemak dan berjanji untuk menambah baik sambungan internet di kawasan tersebut dengan memasang lebih banyak menara pemancar menjelang pertengahan tahun hadapan.

Isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah Jasni, yang juga merupakan penasihat Yayasan Nur Jauhar juga telah menyampaikan sumbangan kepada Vevenoah di istana negeri.

Malah, Perdana Menteri sendiri tahu mengenai kejadian ini. Bagaimana seorang Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia jadi begitu jahil mengenai satu perkara yang berada di bawah bidang kuasa beliau?

Dalam pertengahan bulan lepas, Muhyiddin merujuk kepada insiden Vevenoah ini dalam satu mesyuarat “town hall” dengan penjawat awam di Johor apabila beliau mengatakan yang gergasi teknologi global seperti Microsoft, Amazon, dan Google berminat untuk membantu membangunkan Malaysia sebagai hab serantau IT walaupun negara kita berhadapan dengan cabaran sambungan dan akses internet.

Beliau berkata yang Malaysia belum mencapai tahap sambungan internet yang berdaya saing dan memetik contoh insiden yang berlaku kepada Vevenoah di Sabah yang terpaksa memanjat sebatang pokok untuk mendapatkan sambungan internet yang baik untuk menduduki peperiksaan beliau.

Jelas sekalilah yang Zahidi ini tidak sesuai untuk menjadi seorang Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia!

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Jumaat 4 September 2020)

Exit mobile version