Corruption

Is MACC opening investigation on former Transport Minister Liow Tiong Lai for approving Klang Valley Double Tracking(Phase 2)(KVDT2) project at RM5.265 billion as the present Transport Minister Wee Ka Siong says it costs only RM3.398 billion – a whopping difference of RM1.867 billion?

By Kit

August 29, 2020

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

Is the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) opening investigation on former Transport Minister Liow Tiong Lai for approving Klang Valley Double Tracking(Phase 2)(KVDT2) project at RM5.265 billion as the present Transport Minister Wee Ka Siong says it costs only RM3.398 billion – a whopping difference of RM1.867 billion?

The Perikatan Nasional Government wanted to lay a trap for former Finance Minister and DAP Secretary-General, Lim Guan Eng when in a preplanned move in Parliament, the Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz told the UMNO MP for Pontian, Ahmad Maslan that a total of 101 projects with a procurement value of RM6.61 billion had been awarded through direct negotiations during the 22-month Pakatan Harapan government, giving the impression that corruption was involved – which was dutifully followed a statement by MACC the next day which said it was obtaining information from the finance ministry a list of the 101 projects to determine whether there exists elements of corruption, irregularities or abuse of power.

Guan Eng has pointed out that the Pakatan Harapan government was only responsible for 5.3 percent of the directly awarded contracts worth RM6.6 billion revealed by Tengku Zafrul, as most of the RM6.61 billion went to legacy projects (67.7 percent) and contracts for supplies or services (26.5 percent) taken on during the Barisan Nasional administration.

The KVDT2 project is a case in point.

If Tengku Zafrul and Wee are sincere, honest and upright, they should have praised the Pakatan Harapan government for saving the country RM790 million in Phase 2 of Klang Valley double-tracking project by paring the RM5.265 billion contract signed by the Barisan Nasional government a day before Parliament was dissolved in March 2018 to RM4.475 billion.

Now Wee says that even this figure is overpriced – that it should be cut down further by RM1.867 billion!

Wasn’t Wee a Minister in the BN cabinet which approved the RM5.265 billion KVDT2 project?

Will the MACC not only investigate Liew but Wee and other Ministers as well as the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak at the time, as to why the RM5.265 billion KVDT2 contract was concluded, and in particular why it was signed a day before Parliament was dissolved in March 2018?

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Saturday, 29th August 2020)

==========================

Adakah SPRM akan menyiasat mantan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai kerana meluluskan Fasa 2 projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT2) pada nilai RM5.265 bilion sedang Menteri Pengangkutan sekarang mengatakan yang projek ini bernilai RM3.398 bilion sahaja — perbezaan sebanyak RM1.867 bilion?

Adakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan ke atas mantan Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai kerana meluluskan projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) pada nilai RM5.265 bilion sedangkan Menteri Pengangkutan semasa Wee Ka Siong mengatakan yang projek ini hanya memakan kos sebanyak RM3.398 bilion — perbezaan sebanyak RM1.867 bilion?

Kerajaan Perikatan Nasional berhasrat untuk memerangkap mantan Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam satu langkah yang di rancang di Parlimen apabila Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberitahu Ahli Parlimen UMNO Pontian Ahmad Maslan yang terdapat 101 projek dengan nilai perolehan sebanyak RM6.61 bilion telah diluluskan melalui rundingan terus dalam tempoh 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan. Perkara ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang terdapat unsur rasuah dalam pentadbiran tersebut — yang kemudiannya disusuli dengan satu kenyataan media daripada pihak SPRM pada keesokan harinya yang agensi tersebut sedang mendapatkan maklumat daripada kementerian kewangan untuk menentukan jika terdapat sebarang unsur rasuah, penyelewengan, ataupun penyalahgunaan kuasa.

Guan Eng telah menyatakan yang kerajaan Pakatan Harapan hanya bertanggungjawab terhadap 5.3 peratus daripada kesemua projek rundingan terus yang bernilai RM6.6 bilion yang didedahkan oleh Tengku Zafrul itu. Memandangkan sejumlah besar daripada RM6.61 bilion ini diperbelanjakan untuk projek-projek legasi (67.7 peratus) dan kontrak-kontrak untuk perbekalan atau perkhidmatan (26.5 peratus) yang telah diluluskan dibawah kerajaan Barisan Nasional.

Projek KVDT2 ini adalah satu contohnya.

Jika Tengku Zafrul dan Wee jujur dan telus, mereka sepatutnya memuji kerajaan Pakatan Harapan yang berjaya menjimatkan sejumlah RM790 juta dalam projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 ini dengan memotong kos perjanjian bernilai RM5.265 bilion yang diluluskan sehari sebelum Parlimen dibubarkan untuk PRU14 kepada hanya RM4.475 bilion.

Sekarang, Wee cuba mengatakan yang angka ini masih terlalu mahal — yang angka ini sepatutnya dipotong sebanyak RM1.867 bilion!

Bukankah Wee juga berada di dalam Kabinet BN yang meluluskan projek KVDT2 ini?

Adakah SPRM akan menyiasat bukan sahaja Liow, tetapi juga menyiasat Wee dan menteri-menteri lain termasuk Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak berkenaan mengapa kos KVDT2 ini bernilai RM5.265 bilion, dan terutamanya, mengapa projek ini diluluskan sehari sebelum Parlimen dibubarkan pada bulan Mac 2018?

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Sabtu 29 Ogos 2020)