(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The Parliament session that just ended yesterday showed that the Perikatan Nasional Ministers have the scantiest respect for Rukun Negara and are the greatest violators of its principles.
There is a great and urgent need to educate Malaysians about the meaning and purpose of the five Rukun Negara principles, starting first with the Cabinet Ministers and the Members of Parliament.
Will every Cabinet Minister and Member of Parliament declare support and commitment to abide by the five Rukun Negara principles?
It is no use asking students to memorise the Rukun Negara principles when every day, the people see Ministers and Members of Parliament violating the Rukun Negara principles.
If Ministers are guided by the Rukun Negara principles, then the following things would not have happened:
– The Finance Minister Tengku Zafrul Abdul Aziz releasing a list of 101 projects allegedly given through direct negotiations worth RM6.61 billion and suggestion corruption during the 22-month Pakatan Harapan Government when it was a catalogue of lies. The short-lived Pakatan Harapan Government should have been praised and applauded for honouring its 14th General Election Manifesto to promote open tenders and cut down direct negotiations for government contracts.
– The Plantation Industries and Commodities Minister Mohd Khairuddin Aman Razali violating the Covid-19 quarantine SOP on his return with a personal delegation to Turkey on July 7, and responsible for several lies, e.g.
(i) That the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin had given authorisation for the Turkish trip;
(ii) That there was a “special test” for Ministers and VIPs leaving and returning to the country, exempting them from quarantine; and
(iii) That Turkey is a “green country (zone)” for Covid-19 pandemic, which is a downright lie as Turkey was at the relevant time (and still is) one of the hotspots of the Covid-19 epidemic.
– The Minister for International Trade and Industry, Datuk Seri Azmin Ali, making the outrageous statement that there would be more Covid-19 cases and deaths in Malaysia under a Pakatan Harapan Government when actually, the truth could be the opposite. All over the world, countries are preparing themselves for the second wave of the Covid-19 epidemic, but in Malaysia, the second wave occurred under the watch of the Perikatan Nasional government and we are hoping to escape a third wave of Covid 19 pandemic.
– The Minister for Communications and Multimedia Saifuddin Abdullah defending the Perikatan Nasional’s decision to withdraw the Constitution (Amendment) (No. 2) Bill 2019 related to two-term limits for the prime minister, saying it was because of “different philosophy” – a most shocking statement from the architect of Pakatan Harapan government’s ICERD mistake without preparing the ground in the country for its ratification.
But two great “shockers” of contempt for Rukun Negara happened outside Parliament, (I) the claim by the UMNO Youth leader, Asyraf Wajdi Dusuk, that UMNO was now “cleaner” than Bersatu, after Bersatu was hit with two support letter scandals in two weeks; and (ii) and the call by the newly-minted Bersatu youth chief, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, calling for vernacular schools to be phased out – bearing testimony to the truism that a short-cut in Malaysian politics is for irresponsible politicians to polarise Malaysians by resorting to extremist views on politics of race and religion.
With such solar plexus blows, can Rukun Negara retain its essence, purpose and usefulness in nation-building – a question which all Ministers should answer.
(Media Statement (2) by DAP MP for Islandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Friday, 28th August 2020)
=======================
Amat menyedihkan melihat Rukun Negara menjadi mangsa terburuk dalam sambutan jubli emasnya
Sidang Parlimen yang baru berakhir semalam menunjukkan bagaimana para menteri Perikatan Nasional mempunyai serendah-rendah hormat terhadap Rukun Negara dan merupakan salah satu pencabul terbesar prinsip-prinsipnya.
Terdapat satu keperluan mendesak untuk mendidik rakyat Malaysia mengenai makna dan tujuan kelima-lima prinsip Rukun Negara, bermula dengan Menteri-menteri Kabinet dan Ahli-ahli Parlimen.
Adakah semua Menteri Kabinet dan Ahli-ahli Parlimen bersedia untuk menyatakan sokongan dan komitmen mereka terhadap kelima-lima prinsip Rukun Negara ini?
Tidak ada gunanya kita memerlukan setiap pelajar di sekolah untuk menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara setiap hari, apabila rakyat dapat melihat para menteri dan ahli-ahli Parlimen mencabuli prinsip-prinsip ini sewenang-wenangnya.
Jika para menteri kabinet berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara ini, perkara-perkara berikut pastinya tidak akan berlaku:
– Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz menerbitkan 101 senarai projek runding terus yang bernilai RM6.61 bilion, dengan cubaan untuk mengatakan terdapat unsur rasuah dalam 22 bulan pentadbiran Pakatan Harapan. Sedangkan kerajaan PH sepatutnya dipuji kerana memenuhi Manifesto PRU14 untuk menggalakkan tender terbuka dan membanteras projek rundingan terus untuk projek kerajaan.
– Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengingkari SOP kuarantin Covid-19 selepas pulang bersama rombongan beliau daripada satu lawatan ke Turki pada 7 Julai, dan kemudiannya memberitahu beberapa penipuan seperti:
(i) Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membenarkan lawatan ini diadakan;
(ii) Terdapat satu “ujian saringan khas” untuk para Menteri dan VVIP yang perlu ke luar dan masuk negara yang mengecualikan mereka daripada kuarantin; dan
(iii) Turki adalah sebuah “negara zon hijau” yang merupakan satu penipuan yang terang dan jelas memandangkan Turki pada waktu itu (dan masih lagi) merupakan satu pusat penularan utama wabak Covid-19.
– Menteri Industri dan Perdangangan Antarabangsa, Datuk Seri Azmin Ali yang membuat kenyataan tidak masuk akal yang kononnya negara kita bakal berhadapan dengan jauh lebih banyak kes Covid-19 dan kematian akibatnya di bawah kerajaan Pakatan Harapan. Sedangkan perkara ini tidak boleh lebih jauh daripada kebenaran apabila kita lihat datanya. Di seluruh dunia, pelbagai negara sedang bersedia untuk menghadapi gelombang kedua wabak ini sedang di Malaysia pula, gelombang kedua ini telah berlaku di bawah kerajaan Perikatan Nasional dan kita semua hanya mampu berharap yang gelombang ketiga tidak akan melanda negara kita.
– Kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah dalam cubaan untuk mempertahankan keputusan Perikatan Nasional yang menarik semula Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) ( No. 2) 2019 yang berkaitan dengan had dua penggal Perdana Menteri, kononnya penarikan semula ini berlaku kerana “perbezaan falsafah” — suatu kenyataan yang amat mengejutkan daripada salah seorang arkitek utama kesilapan kerajaan Pakatan Harapan dalam cubaan meratifikasikan ICERD tanpa mempersediakan rakyat untuk memahaminya dahulu.
Namun begitu, dua “kejutan” hebat dalam menghina Rukun Negara ini berlaku di luar Parlimen (i) dakwaan Ketua Pemuda UMNO Asyraf Wajdi Dusuki yang UMNO kini “lebih bersih” daripada Bersatu, selepas Bersatu dilanda skandal surat sokongan sebanyak dua kali dalam tempoh dua minggu dan (ii) seruan daripada Ketua Pemuda Bersatu yang baru dilantik, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, supaya sekolah vernakular dimansuhkan — menunjukkan jalan pintas yang sering diambil oleh ahli politik di Malaysia adalah dengan menggunakan politik ekstremis dalam hal-hal perkauman dan keagamaan.
Dengan tamparan sehebat ini, mampukah Rukun Negara mengekalkan nilai, tujuan, dan kegunaannya dalam proses pembinaan negara? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh semua Menteri Kabinet kita.
(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 28 Ogos 2020)