(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)
The triple national celebrations this year – the National Day, Malaysia Day and 50th anniversary of Rukunegara – are marred by a Minister who openly shows contempt and breaches the Rukunegara.
What is the lesson from the shocking episode where a Cabinet Minister did not undergo the stipulated 14-day quarantine after returning from an overseas trip?
The message from this shocking episode is that 63 years after Merdeka, 57 years after the formation of Malaysia and on the Golden Jubilee of Rukunegara, there is no rule of law as there are two classes of Malaysians – the ordinary Malaysians who must abide by the law and the VVIPs who can defy the law.
The reasons that have been given to justify the defiance of the law are most unbelievable – firstly, that the Minister had undergone a special Covid-19 test upon returning to Malaysia on July 7 following a visit to Turkey on July 3 – 7, when ordinary Malaysians who went overseas and came back must be quarantined for 14 days; secondly, that the Minister’s trip was approved by Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and that Turkey was categorised as a “green country (zone)”.
The Prime Minister must explain to Malaysians what was the reason for him to give authorisation for the Minister concerned to visit Turkey, and to defy the Covid-19 SOP, and who declared Turkey was a “green country (zone) for Covid-19 ” – whether the World Health Organisation (WHO), the Turkish Government or the Malaysian Cabinet?
The Covid-19 disease was confirmed to have reached Turkey on 11 March 2020, the day WHO declared it a pandemic. The first death due to COVID-19 in the country occurred on 15 March 2020 and by 1 April, it was confirmed that COVID-19 had spread all over Turkey.
When the Malaysian Minister visited Turkey for five days in July, there were over 1,000 cases of new Covid-19 infections for each day, with the total of Covid-19 cases exceeding 200,000 cases during the period.
On 19 April 2020, the number of confirmed cases in Turkey surpassed those of Iran, making it the most affected country in terms of cases in the Middle East. Turkey also surpassed China in confirmed cases on 20 April.
The latest data for Turkey is a total of 253,108 Covid-19 cases and 6,039 deaths, and Turkey is regarded as one of the ten top Asian countries for Covid-19 infections. When did Turkey become a Covid-19 “green country (zone)” and who declared it?
If the Minister concerned and/or the government can lie about the Covid-19 situation in Turkey, this marks a most ironic Golden Jubilee celebration for Rukunegara, whose fifth principle is “Courtesy and Morality”!
(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Thursday 20th August 2020)
===========================
Sambutan tiga keraian kebangsaan tahun ini dicemari oleh tindakan seorang Menteri yang secara terang-terangan menghina dan melanggar prinsip Rukunegara
Tiga keraian kebangsaan tahun ini — Hari Kebangsaan, Hari Malaysia, dan Ulang Tahun ke-50 Rukunegara — telah dicemari dengan tindakan seorang Menteri yang secara terang-terangan menghina dan melanggar prinsip-prinsip Rukunegara.
Apakah pengajaran yang kita semua pelajari daripada berita mengejutkan di mana seorang Menteri Kabinet telah didapati tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang daripada luar negara?
Selepas 63 tahun Merdeka, 57 tahun Malaysia ditubuhkan, dan 50 tahun Rukunegara mula diperkenalkan, pengajaran yang dapat kita pelajari daripada perkara yang mengejutkan ini adalah tidak ada kedaulatan undang-undang dalam negara ini memandangkan jelas sekali terdapat dua kelas yang berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia — iaitu rakyat biasa yang perlu mematuhi undang-undang dan golongan VVIP yang boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undang negara.
Alasan yang diberikan untuk perkara ini amatlah tidak boleh diterima — alasan pertamanya ialah Menteri tersebut telah menjalani ujian saringan khas Covid-19 pada 7 Julai sejurus selepas pulang ke Malaysia daripada satu lawatan ke Turki yang berlangsung di antara 3 – 7 Julai, sedangkan rakyat Malaysia yang pulang daripada luar negara dalam tempoh tersebut terpaksa menjalani kuarantin selama 14 hari; alasan kedua yang diberikan pula adalah lawatan tersebut telahpun diluluskan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kononnya negara Turki dikategorikan sebagai sebuah “negara zon hijau”.
Perdana Menteri perlulah menjelaskan kepada semua rakyat Malaysia sebab-sebab beliau memberikan kelulusan kepada Menteri berkenaan untuk melawat negara Turki, yang kemudiannya telah melanggar SOP Covid-19 serta menyatakan siapakah yang telah mengisytiharkan Turki sebagai negara “negara zon hijau” — adakah perisytiharan ini dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kerajaan Turki, ataupun Kabinet Malaysia?
Wabak Covid-19 ini disahkan menular di negara Turki pada 11 Mac 2020, pada hari yang sama wabak ini diumumkan sebagai suatu pandemik oleh WHO. Kematian pertama akibat Covid-19 di Turki direkodkan pada 15 Mac 2020 dan menjelang 1 April 2020, wabak ini telah disahkan menular ke keseluruhan wilayah di dalam negara tersebut.
Semasa Menteri daripada Malaysia tersebut melawat Turki selama lima hari pada bulan Julai yang lalu, negara tersebut berhadapan dengan lebih daripada 1,000 kes positif baharu setiap hari, dengan jumlah kes terkumpul yang melebihi paras 200,000 kes.
Pada 19 April 2020, jumlah kes yang disahkan di Turki telah pun melepasi paras yang dicatatkan di Iran, membuatkannya sebagai sebuah negara yang paling terjejas dari segi jumlah kes terkumpul di Timur Tengah. Jumlah kes terkumpul di Turki juga telah melepasi rekod yang dicatat oleh China pada 20 April.
Data terkini negara tersebut merekodkan sebanyak 253,108 kes Covid-19 dengan 6,039 kematian dan Turki kini dikira sebagai salah satu daripada 10 negara Asia dengan jumlah kes tertinggi. Sejak bila pula Turki dikira sebagai sebuah “negara zon hijau” dan siapakah yang mengisytiharkan perkara ini?
Jika Menteri terbabit dan/atau kerajaan boleh menipu mengenai situasi semasa Covid-19 di Turki, perkara ini menjadi perkara yang paling ironi dalam sambutan Jubli Emas Rukunegara, di mana prinsip kelimanya adalah “Kesopanan dan Kesusilaan”!
(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Khamis 20 Ogos 2020)