Lim Guan Eng

The lesson from the new political persecution of Lim Guan Eng and Betty Chew

By Kit

August 09, 2020

(Tatal ke bawah untuk kenyataan versi BM)

After 55 years in Malaysian politics fighting for a better Malaysia, I was inclined to take a back seat – especially after a recent hospitalisation laid me off from active operation for an extended period.

But this was not to be.

The lesson from the new political persecution of Lim Guan Eng and Betty Chew is the truism of the famous Edmund Burke quote that “The only thing necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing.”

Many Malaysians had been disappointed by the 22-month performance of the Pakatan Harapan Government but it had a mandate of five years to acquit itself.

When the 2018 General Election mandate was stolen in February 2020 by a backdoor conspiracy, there was widespread disillusionment, despair and even a sense of hopelessness that the country could fully develop its potential to become a world-class nation with unity, democracy, justice, freedom, excellence, integrity and decency.

We are celebrating the National Day in three weeks’ time.

When we achieved Merdeka over six decades ago, we were among the most successful nations in Asia. Today, we seem condemned to compete with the second and third-liners like Indonesia, the Philippines, Vietnam, Myanmar and others in South-East Asia.

Malaysians made history on May 9, 2018, giving the country a second chance to reset nation-building policies so that Malaysia will not become a failed and rogue state, on top of being a kakistocracy and global kleptocracy.

Are all these achievements to go to nought as a result of the backdoor conspiracy of Sheraton Move?

Many Malaysians had despaired and even thrown in the towel since the infamous Sheraton Move in February.

But Malaysians cannot afford to despair or to surrender.

A new and great Malaysia cannot be accomplished in 22 months or even in five years.

But Malaysians must be in a new trajectory to share a common vision and perspective, where Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Ibans, or Muslims, Buddhists, Christians, Hindus or Taoists, have more in common with each other than any other person in the world, enjoying unity, democracy, justice, freedom, excellence, integrity and decency.

Remember Burke – The only thing necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing!

Let all Malaysians, regardless of race, religion, region, gender, age or station continue the quest for Malaysia to become a top world-class nation by leveraging on the values and assets of the diverse races, religions, languages, cultures and civilizations which meet in confluence in Malaysia!

Let us all put the shoulder to the wheel to effect change in Malaysia!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Sunday, 9th August 2020)

=============================

Pengajaran daripada penganiayaan politik terhadap Lim Guan Eng dan Betty Chew

Selepas 55 tahun berjuang dalam arena politik negara untuk sebuah Malaysia yang lebih baik untuk semua, saya terfikir untuk kurang aktif dalam hal ehwal politik semasa — terutamanya memandangkan saya baru sahaja keluar dari hospital.

Namun begitu, keadaan semasa membantutkan rancangan ini.

Pengajaran yang dapat kita pelajari daripada penganiayaan terhadap Lim Guan Eng dan Betty Chew dapat dilihat dalam kata-kata ulung daripada Edmund Burke yang berbunyi “Satu-satunya perkara yang menjamin kemenangan kejahatan adalah apabila orang baik tidak melakukan apa-apa untuk menghentikannya.”

Ramai rakyat Malaysia kecewa dengan prestasi pentadbiran 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan, tetapi kerajaan PH ini sepatutnya mempunyai mandat selama lima tahun untuk membuktikan kebolehannya.

Apabila mandat Pilihan Raya Umum 2018 dicuri pada bulan Februari 2020 melalui satu konspirasi pintu belakang, terdapat kekecewaan dan perasaan putus asa dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai masa depan dan potensi negara untuk menjadi sebuah negara bertaraf dunia berasaskan prinsip perpaduan, demokrasi, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, integriti, dan kesusilaan.

Sambutan Hari Kebangsaan akan berlangsung dalam masa tiga minggu lagi.

Semasa kita mencapai kemerdekaan enam dekad yang lalu, Malaysia merupakan salah satu negara yang paling maju di Asia. Kini, kita berada di dalam kategori negara kelas kedua dan ketiga bersama-sama dengan negara seperti Indonesia, Filipina, Vietnam, Myanmar, dan negara-negara lain di Asia Tenggara.

Rakyat Malaysia telah melakarkan sejarah pada 9 Mei 2018 apabila kita memberikan peluang kedua kepada negara kita untuk menetapkan semula polisi pembinaan negara bagi memperbetulkan hala tuju Malaysia supaya negara kita tidak menjadi sebuah negara gagal yang dikenali sebagai sebuah kleptokrasi global.

Adakah semua pencapaian ini akan menjadi sia-sia akibat konspirasi pintu belakang Langkah Sheraton?

Ramai rakyat Malaysia berasa kecewa, malah sesetengah di antara kita telahpun memilih untuk berputus asa sejak Langkah Sheraton yang berlaku pada bulan Februari yang lalu.

Namun begitu, kita tidak mampu untuk berputus asa.

Sebuah Malaysia yang baharu dan hebat tidak akan dapat dicapai dalam tempoh 22 bulan mahupun lima tahun.

Tetapi seluruh rakyat Malaysia harus berada di dalam satu trajektori yang baharu ini, untuk berkongsi satu iltizam dan impian bersama, di mana semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, sama ada beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, ataupun Taoist, mempunyai lebih banyak persamaan bersama, hidup harmoni bersatu padi, dengan prinsip demokrasi, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, integriti, dan kesusilaan.

Ingatlah kata-kata Edmund Burke — Satu-satunya perkara yang diperlukan untuk kemenangan kejahatan adalah untuk orang-orang yang baik tidak melakukan apa-apa!

Marilah kita semua sebagai rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, mahupun umur, bersama meneruskan usaha untuk membawa negara kita ke suatu tahap yang lebih tinggi, menjadi sebuah negara bertaraf dunia yang mengembelengkan nilai dan aset kepelbagaian kaum, agama, bahasa, dan budaya yang bertemu di negara kita ini!

Marilah kita semua bersama membawa perubahan demi Malaysia!

(Kenyataan Media Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Ahad, 9 Ogos 2020)