Lim Kit Siang

DAP and Amanah have not abandoned Anwar in favour of Mahathir as it is the surest way for Anwar to become Prime Minister

DAP dan Amanah tidak mengabaikan Anwar dengan memilih Mahathir, pilihan ini adalah pilihan yang paling berkemungkinan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri

Persoalan yang berlegar di dalam fikiran ramai orang sekarang adalah kenapa DAP dan Amanah memilih Mahathir Mohamad sebagai calon perdana Perdana Menteri dan bukannya Anwar Ibrahim.

Mereka silap.

DAP dan Amanah tidak pernah mengabaikan Anwar dengan memilih Mahathir, pilihan ini pilihan yang paling berkemungkinan untuk mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Kita tidak boleh terus dibelenggu dengan sejarah silam, jika tidak, keputusan bersejarah 9 Mei 2018 untuk membawa pertukaran kerajaan secara aman dan demokratik mungkin tidak akan berlaku.

Pada masa yang sama, kita tidak boleh bersifat oportunistik atau mengorbankan prinsip-prinsip asas kita untuk membawa reformasi kepada institusi-institusi negara dan membawa perubahan secara demokratik.

Kesilapan telahpun berlaku sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan dan kita tidak boleh mengulangi semula kesilapan-kesilapan ini jika kita berjaya mengembalikan semula mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Selesainya persoalan mengenai calon Perdana Menteri dan perihal peralihan kuasa di antara Mahathir sebagai Perdana Menteri kesembilan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri kesepuluh, satu sistem untuk mencapai persetujuan berkenaan lantikan utama dalam pakatan haruslah dipersetujui.

Namun, kita harus bersifat realistik. Dengan semua faktor ini sekalipun, tidak ada jaminan yang kita akan berjaya untuk mengembalikan semula mandat rakyat ini.

Seperti yang dinyatakan secara bersama oleh Setiausaha Agung DAP dan Presiden Amanah dalam kenyataan bersama mereka semalam, dan seperti yang dapat dilihat dalam mesyuarat sekretariat Pakatan Harapan dan kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh para pemimpin tiga parti PH ini, Pakatan Harapan akan terus bersama sebagai satu unit politik yang bersatu teguh untuk menyatukan semua kumpulan politik dalam negara yang berkongsi aspirasi untuk menyelamatkan Malaysia dengan melaksanakan reformasi institusi dan membawa perubahan demokratik dalam negara kita.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Selasa 23 Jun 2020)

==================================

The question buzzing in most minds in the past one week is why DAP and Amanah have abandoned Anwar Ibrahim in favour of Mahathir Mohamad.

They are wrong.

DAP and Amanah had never abandoned Anwar in favour of Mahathir as it is the surest way for Anwar to become Prime Minister.

We must not be prisoner of the past or the historic decision of May 9, 2018 bringing about a peaceful and democratic change of government would not have taken place.

We must not be opportunistic either and never sacrifice our basic principles for institution reform and democratic change.

Mistakes have been made in the 22 months of Pakatan Harapan government and we must not repeat these mistakes if we succeed in restoring the mandate of the voters in the 14th General Election.

With the question of the Prime Minister settled with regard to the transition of Mahathir as the ninth Prime Minister to Anwar as the tenth Prime Minister in six months’ time, a coalition system of decision-making with regard to major appointments and mode of Cabinet governance would have to be agreed upon.

But we must realistic. Even with all these factors in place, there is no guarantee of success to restore the mandate of the voters in the 14th General Election.

As stated by the DAP Secretary-General and the Amanah President in a joint statement yesterday, and evidenced by the meeting of the Pakatan Harapan secretariat and the joint statement of the principal leaders of the three parties, Pakatan Harapan will continue as a united political movement to unite all like-minded political forces in the country to save Malaysia to effect institutional reforms and democratic change in the country.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Tuesday, 23rd June 2020)

Exit mobile version