Lim Kit Siang

Malaysia must learn the lessons of the best practices in the world in the invisible war against Covid-19 and not be the only country which cannot unite the energies of the people to face the Covid-19 pandemic because of inability to legitimise a backdoor government

Malaysia harus mempelajari amalan terbaik daripada seluruh dunia dalam melawan wabak Covid-19 dan kita tidak boleh menjadi satu-satunya negara yang gagal bersatu-padu dalam melawan wabak ini akibat kegagalan kerajaan pintu belakang mencari legitimasi

Selepas lebih daripada lima minggu, wabak koronavirus ini tidak menunjukkan sebarang petanda untuk surut.

Dalam minggu yang lepas, satu rekod dunia baharu telah dicatatkan, di mana wabak Covid-19 ini merekodkan peningkatan harian yang melebihi 100,000 kes sehari, seperti berikut:

27 Mei – 106,475 kes

28 Mei – 116,304 kes

29 Mei – 125,473 kes

30 Mei – 124,102 kes

31 Mei – 108,767 kes

1 Jun – 103,946 kes

2 Jun – 109,901 kes

Jumlah – 794,968 kes

Dengan kadar peningkatan sebegini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh dunia bakal meningkat sebanyak sejuta kes dalam tempoh sembilan hari, sedangkan wabak ini pada mulanya mengambil masa 13 minggu untuk mencapai angka sejuta pertamanya.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dijangkakan untuk melepasi paras 6.5 juta kes hari ini.

Adakah kita bakal melihat wabak ini melepasi paras 10 juta kes dalam bulan hadapan?

Selain daripada Amerika Syarikat yang masih mencatatkan peningkatan harian yang tinggi sekitar 20,000 kes baharu sehari — pada paras tertinggi, negara tersebut mencatatkan peningkatan 38,958 kes dalam masa sehari pada 24 April — peningkatan di negara-negara Eropah yang dulunya merupakan pusat penularan utama wabak ini, dengan peningkatan harian sekitar tujuh ke lapan ribu kes sehari, kini telah turun kepada julat tiga angka sehari, kecuali di United Kingdom yang masih berhadapan dengan peningkatan di dalam julat rendah empat angka.

Peningkatan mendadak kes Covid-19 semasa kebanyakkannya datang daripada negara-negara yang baru dilanda wabak ini seperti Brazil yang kini berada di kedudukan kedua dunia dengan 556,668 kes; Rusia di tempat ketiga dengan 423,741 kes; India di tempat ketujuh dengan 207,183 kes; Peru di tempat ke sepuluh dengan 108,686 kes, Mexico di tempat ke-14 dengan 93,435 kes; dan Kanada yang berada di tempat ke-15 dengan 92,410 kes.

Kesemua lapan negara ini tidak termasuk di dalam kedudukan kelima belas teratas semasa negara kita mula melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP pada 18 Mac.

Kini, terdapat kerisauan di seluruh dunia mengenai gelombang kedua penularan wabak ini, ataupun jika dalam negara kita, gelombang ketiga penularan.

Malaysia harus mempelajari amalan terbaik daripada seluruh dunia dalam melawan wabak Covid-19 dan kita tidak boleh menjadi satu-satunya negara yang gagal bersatu-padu dalam melawan wabak ini akibat kegagalan kerajaan pintu belakang mencari legitimasi.

Kejayaan negara kita memastikan tiada sebarang kematian dalam tempoh 12 hari yang lepas patut dipuji dan perkara ini dijayakan dengan profesionalisme para petugas barisan hadapan kerjasama semua rakyat Malaysia dalam mengekang wabak ini.

Kini, kita berhadapan dengan satu cabaran yang sama besar — bukan sahaja untuk memenangi perjuangan kesihatan awam melawan wabak ini, tetapi juga untuk menjayakan usaha pemulihan ekonomi, pembukaan semula institusi pendidikan, dan pengembalian gaya hidup negara yang telah dilumpuhkan.

Kerana inilah seluruh negara masih menantikan pengumuman rancangan keluar kerajaan, yang sepatutnya dibentangkan dengan yakin oleh kerajaan di Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Rabu 3 Jun 2020)

===============================

After more than five weeks of the Covid-19 pandemic, the coronavirus outbreak shows no signs of abating.

In the past week, a new global record in the Covid-19 pandemic was set as in each of the past seven days registered over 100,000 cases of Covid-19 confirmed cases, viz

May 27 – 106,475 cases
May 28 – 116,304 cases
May 29 – 125,473 cases
May 30 – 124,102 cases
May 31 – 108,767 cases
June 1 – 103,946 cases
June 2 – 109,901 cases
Total – 794,968 cases

At this rate of exponential increase, the global total for Covid-19 confirmed cases will reach one million cases in nine days, when the first million Covid-19 confirmed cases had taken 13 weeks to be reached!

The global total of Covid-19 confirmed cases would exceed the 6.5 million mark today.

Are we going to see the global total of Covid-19 confirmed cases surpassing the 10 million mark by early next month?

Apart from the United States, which is still registering high daily increases in the low twenty-thousands – although its peak was a daily increase of 38,958 cases on April 24 – the increase in the daily cases in the former European epicentres of Italy, Spain and France have come down from the high of 7,000 – 8,000 cases a day in late-March to early-April to three-digit increases, except for the United Kingdom which is registering daily increases in low four-digit figures.

The exponential increase of Covid-19 infections have come primarily from new countries, for instance, Brazil, which is now the world’s No. 2 with 556,668 cases; Russia, the world’s No. 3 with 423,741 cases; India, world’s No. 7 with 207,183 cases; Peru, world’s No. 10 with 170,039 cases; Turkey, world’s No. 11 with 165,555 cases; Iran, world’s No. 12 with 157,562 cases; Chile, world’s No. 13 with 108,686 cases; Mexico, world’s No. 14 with 93,435 cases; and Canada, world’s No. 15 with 92,410 cases.

All these eight countries were not in the Top 15 in terms of incidence of Covid-19 cases when Malaysia imposed the movement control order (MCO) on March 18.

Now, there is a world-wide concern about a second wave of Covid-19 outbreak or for Malaysia, we should be talking about the third wave of the outbreak.

Malaysia must learn the lessons of the best practices in the world in the invisible war against Covid-19 and not be the only country in the world where we cannot unite the energies of the people to fight the Covid-19 pandemic because of inability to legitimise a backdoor government

The fact that there had been no death in Malaysia as a result of the Covd-19 outbreak for the last 12 days is most commendable and an excellent reflection of the professionalism of the frontliners and the co-operation of the people in the war to contain the coronavirus.

But we have now an equally big challenge – not only to continue to win the public health war, but also to successfully bring about an economic recovery, re-opening of educational institutions and the restoration of national life which had been seriously paralysed by the pandemic.

This is why the nation is waiting for the government to unveil its exit plan strategy and blueprint, which the government should have the confidence to present to Parliament for debate and approval.

(Media Statement by DAP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Wednesday, June 3, 2020)

Exit mobile version