Lim Kit Siang

Global increase of Covid-19 confirmed cases exceed 100,000 cases yesterday and likely to reach 6 million cases by May 30

Kadar peningkatan harian kes Covid-19 di peringkat dunia semalam telah melepasi paras 100,000 kes sehari dan seluruh dunia dijangkakan mencecah 6 juta kes menjelang 30 Mei

Peningkatan harian kes Covid-19 yang disahkan semalam telah melepasi paras 100,000 kes sehari. Kini sejumlah 5,784,603 kes telah dicatatkan di seluruh dunia, peningkatan sebanyak 106,575 kes berbanding dengan hari sebelumnya.

Sementara negara kita menghelakan nafas lega dengan penurunan semula peningkatan harian ke dalam julat dua angka selepas mencatatkan peningkatan tiga angka untuk dua hari berturut-turut, wabak ini terus merebak ke seluruh dunia dengan peningkatan korban yang kian meningkat — dengan 213 negara dan jajahan yang telah terkesan, dan 187 negara yang telah melaporkan kematian.

Wabak ini mengambil masa selama 13 minggu untuk mencapai sejuta pertamanya; 12 hari untuk mencapai sejuta kedua, ketiga, dan keempat; dan kemungkinan besar hanya 10 hari untuk mencapai sejuta kelimanya dengan kadar kenaikan sedia ada. Kita mungkin bakal melihat kes keenam juta menjelang 30 Mei.

Kadar kematian akibat Covid-19 juga amatlah menghibakan, dengan Amerika Syarikat yang kini telah mencatatkan lebih daripada 100,000 kematian dengan 1,745,677 kes positif. Sementara itu, Brazil pula kini telah melonjak ke tangga kedua dengan 411,821 kes dan 25,598 kematian.

AS telah mencatatkan lebih banyak kematian berbanding dengan mana-mana negara dalam dunia dan mencatatkan hampir kali ganda lebih banyak kematian berbanding dengan negara kedua iaitu United Kingdom yang kini mempunyai 37,460 kematian akibat Covid-19.

Jumlah korban daripada daripada enam negara teratas sahaja — iaitu Amerika Syarikat (102,095), United Kingdom (37,460), Itali (33,072), Perancis (28,596), Sepanyol (27,118) dan Brazil (25,598) — telah mewakili hampir 71 peratus jumlah kematian global.

Jumlah korban sebenar akibat wabak ini mungkin lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan kerana perbezaan definisi, kadar dan kelambatan keputusan ujian saringan, dan kemungkinan kurang-lapor.

Negara-negara di seluruh dunia kini sedang berusaha untuk hidup bersama dengan wabak ini sehinggalah satu vaksin yang berkesan dicipta dan tersedia dengan meluas: bagi membolehkan satu keseimbangan dicapai, di antara keperluan untuk membuka semula ekonomi negara dan pada masa yang sama mengekang penularan wabak Covid-19 dan bersedia untuk penularan semula yang mungkin terjadi pada bila-bila masa.

Bilakah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyedari yang usaha untuk mencapai keseimbangan ini — untuk membuka semula ekonomi negara dan pada masa yang sama mengekang penularan semula wabak — adalah mustahil di negara kita tanpa keyakinan dan kepercayaan rakyat dan pemulihan semula kuasa menyemak imbang dan meneliti kepada Parlimen dalam menangani wabak Covid-19?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Khamis 28 Mei 2020)

==========================

The global increase of Covid-19 confirmed cases exceeds 100,000 cases yesterday. It is now 5,784,603 – an increase of 106,575 cases from the previous day.

While Malaysians sighed with relief that the increase yesterday in Malaysia has returned to low double-digit figures after registering three-digit figures for two days, the Covid-19 pandemic is like a Grim Reaper continuing its ghastly march with increasing toll in more and more regions in the world – latest count, 213 countries and territories with 187 having reported fatalities.

It took 13 weeks to reach the first million mark of Covid-19 confirmed cases, 12 days each to reach the second, third and fourth million mark, and for the fifth million mark, it is likely to reach in ten days at its present rate of increase – which means exceeding 6 million cases by May 30.

Covid-19 deaths have also been appalling, with United States exceeding 100,000 deaths with 1,745,677 cases while Brazil has skyrocketed to be the world’s top No.2 with 411,821 Covid-19 confirmed cases and 25,598 deaths.

The US has recorded more deaths from the disease than any other country in the pandemic, and almost three times as many as the second-ranking country, United Kingdom, which has recorded 37,460 deaths.

The total toll from the top six countries for Covid-19 deaths, ie. United States (102,095), United Kingdom(37,460), Italy (33,072), France (28,596), Spain (27,118) and Brazil (25,598) account for 71 per cent of global toll of 356,826 deaths.

The true death toll and number of cases are likely to be significantly higher due to differing definitions and testing rates, delays and suspected underreporting.

All over the world, nations are struggling to live with coronavirus until an effective vaccine is developed and widely available: to strike the best compromise between the need to re-open the economy and the need to contain the spread of Covid-19 while primed for a second wave of Covid-19 outbreak, although in Malaysia we should be talking about a third wave.

When will the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin, realise that it is impossible to strike the best balance in Malaysia between the need to re-open the economy and the need to contain the spread of Covid-19 without public trust, confidence and the opening of Parliament to restore parliamentary oversight and scrutiny of the Executive in the Covid-19 pandemic?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Thursday, 28th May 2020)

Exit mobile version