Lim Kit Siang

At least, PN leaders are capable of a world-class joke – one day to promise a world-class governance and the next day to destroy the basis for world-class governance by outlawing parliamentary oversight and scrutiny

Sekurang-kurangnya, kelihatan seakan-akan pimpinan PN mampu untuk membuat lawak berkelas dunia — menjanjikan pentadbiran berkelas dunia dalam satu hari dan keesokan harinya pula menghancurkan asas pentadbiran berkelas dunia dengan menghalang penelitian dan semak imbang Parlimen

Sekurang-kurangnya, kelihatan seakan-akan pimpinan PN mampu untuk membuat lawak berkelas dunia — menjanjikan pentadbiran berkelas dunia dalam satu hari dan keesokan harinya pula menghancurkan asas pentadbiran berkelas dunia dengan menghalang penelitian dan semak imbang Parlimen

Persidangan sehari Parlimen hari ini merupakan satu titik yang paling hitam buat Parlimen Malaysia sepanjang 63 tahun penubuhannya.

Hari ini menunjukkan satu Kabinet yang tidak menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip utamanya; doktrin pemisahan kuasa di antara cabang eksekutif, Parlimen, dan kehakiman, dan prinsip kedaulatan undang-undang.

Perbuatan adalah suatu perkara yang tidak akan dilakukan oleh mana-mana Kabinet yang menjunjung Perkara 43(3) Perlembagaan yang memperuntukkan “Kabinet hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen”.

Dengan Parlimen dikunci dan sebarang penelitian dan semak imbang Parlimen digantung sehingga bulan Julai, kepada siapakah Kabinet sekarang ini bertanggungjawab?

Ini adalah satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh mana-mana menteri jika beliau ikhlas dan jujur kepada sumpah yang di bawah Jadual Keenam Perlembagaan yang diangkat di hadapan Yang di Pertuan Agong untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan” Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia kini mempunyai satu Kabinet yang secara terang-terangan menolak asas pembinaan negara yang berada di dalam Rukunegara.

Kita mempunyai Menteri daripada parti politik yang secara terang-terangan menolak Rukunegara sebagai asas pembinaan negara, tetapi ini adalah kali pertama virus anti-Rukunegara ini menjangkiti semua Jemaah Menteri yang akhirnya membawa kita kepada keputusan untuk Parlimen hanya bersidang selama sehari.

Ahli-ahli Parlimen sepatutnya telah bersidang lebih awal lagi untuk membahaskan cabaran-cabaran baharu yang datang dengan wabak Covid-19 — bagaimana untuk mengekang penularannya dan mengelakkan penularan semula dan juga kaedah bagaimana untuk negara kita membina semula ekonomi negara yang telah dirosakkan oleh wabak ini: dalam kata lainnya, membincangkan bagaimanakah negara kita akan hidup bersama wabak ini untuk jangka masa hadapan terdekat, yang mungkin berlanjutan sehingga lima tahun dan bukannya 12 ke 24 bulan seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Adalah sedih dan tragik apabila persidangan Parlimen diadakan hanya semata-mata untuk memenuhi keperluan Perlembagaan supaya Parlimen bersidang setiap enam bulan dan bukannya bersidang untuk memastikan Malaysia mempunyai pentadbiran berkelas dunia yang berasaskan penelitian dan semak imbang tindakan kerajaan untuk memastikan hanya polisi yang terbaik dilaksanakan negara dalam menghadapi cabaran yang dibawa Covid-19.

Sepatutnya kita sedang membangunkan polisi dan amalan terbaik di dunia dalam peperangan melawan wabak Covid-19, sebaliknya negara kita kini mempunyai titik hitam di mata dunia sebagai tempat di mana berlakunya penyalahgunaan kuasa, rasuah berleluasa, pengembalian kleptokrasi, dan pencabulan hak asasi manusia.

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Isnin, 18 Mei 2020)

=================================

At least, the Perikatan Nasional (PN) leaders are capable of a world-class joke – one day to promise a world-class governance and the next day to destroy the basis for a world-class governance by outlawing parliamentary oversight and scrutiny!

The one-day sitting of Parliament today is the blackest day of the Malaysian Parliament in the 63-year history of the nation.

It marks a Cabinet which does not accept the Malaysian Constitution and its fundamental principles of the doctrine of the separation of powers among the Executive, Parliament and the Judiciary and the rule of law.

It is an act which no Cabinet which upholds Article 43(3) of the Constitution which stipulates that “the Cabinet shall be collectively responsible to Parliament” would do.

With the lockdown of Parliament and the suspension of parliamentary oversight and scrutiny until July, to who is the Cabinet collectively responsible to?

It is an act which no Cabinet Minister would do if he or she is sincere and faithful to the oath of office which he/she took before the Yang di Pertuan Agong under the Sixth Schedule of the Constitution to “preserve, protect and defend” the Constitution.

Malaysia has a Cabinet which openly rejects the basis of Malaysian nation-building as set out in the five principles of Rukunegara.

It has Ministers from a political party which openly rejects the Rukunegara as the basis of nation-building but this is the first time that this anti-Rukunegara virus has infected all the Ministers resulting in the Cabinet decision on the one-day Parliament.

Members of Parliament should have met much earlier to address the unprecedented challenges posed by the Covid-19 pandemic – how to contain the coronavirus outbreak and prevent a resurgence of Covid-19 as well as to quickly revive the Malaysian economy badly devastated by the pandemic: in other words, how to live with the coronavirus for the immediate future which could last as long as five years and not just 12 to 24 months as earlier thought.

It is sad and tragic that Parliament is meeting just to comply with the Constitutional requirement that Parliament should meet at least once in every six months, instead of ensuring that Malaysia has world-class governance based on robust parliamentary oversight and scrutiny of government polices to steer the country through the unprecedented Covid-19 pandemic challenges.

Instead of developing one of the best practices in the world in the invisible war against Covid-19 pandemic, to the eternal shame and ignominy of Malaysia, the nation is indulging in one of the worst practices in the world to enable the misuse of power, rampant corruption, revival of kleptocracy and widespread violation of human rights.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Monday, 18th May 2020)

Exit mobile version