COVID-19

Immediate, humiliating and drastic demotion of Dewan Rakyat Secretary, Riduan Rahmat, even without the decency of 24 hours’ notice, raises disturbing question about the PN government’s commitment to parliamentary democracy

By Kit

May 15, 2020

Penurunan pangkat secara pantas, memalukan, dan drastik bekas Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, tanpa memberikan notis 24 jam sekalipun, telah menimbulkan persoalan kepada komitmen Kerajaan PN terhadap demokrasi berparlimen dan prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan doktrin pemisahan kuasa

Penurunan pangkat secara serta-merta, yang memalukan dan drastik terhadap bekas Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat, di mana beliau tidak diberikan notis 24 jam sekalipun, telah menimbulkan persoalan sama ada Kerajaan Perikatan Nasional komited terhadap prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang berasaskan doktrin pemisahan kuasa di antara cabang eksekutif, Parlimen, dan kehakiman negara.

Adakah ini satu cubaan bongkak oleh Kabinet untuk menunjukkan ketidak-puasan hatinya terhadap usul tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir yang telah diterima oleh pihak Parlimen? Perkara ini yang juga telah menyebabkan pihak Kerajaan memendekkan lagi persidangan Parlimen dengan mengehadkan aturan urusan mesyuarat kepada istiadat pembukaan dengan penyampaian Titah Diraja sahaja.

Di dalam notis tersebut, Riduan telah melampirkan takwim satu muka surat bagi persidangan 18 Mei ini dan perkara ini telah menimbulkan persoalan sama ada notis-notis yang pernah dihantar sebelum ini berkenaan dengan takwim Parlimen juga mungkin diubah pada masa hadapan.

Di dalam notis beliau yang dihantar kepada semua Ahli Parlimen pada 17 April, Riduan telah melampirkan takwim persidangan Parlimen yang telahpun disemak dua kali, dengan 25 hari persidangan bermula pada 13 Julai sehingga 27 Ogos, dan 36 hari persidangan untuk membahaskan Belanjawan 2021 bermula pada 28 September sehingga 26 November.

Takwim Parlimen untuk tahun ini telah pun diubah dua kali.

Di dalam notis beliau yang bertarikh 4 Mac, Riduan telah memaklumkan kepada semua Ahli Parlimen yang Parlimen akan bersidang selama 15 hari, bermula daripada 18 Mei sehingga 23 Jun (dengan lapan hari diperuntukan untuk perbahasan menjunjung Titah Diraja, lima hari untuk jawapan menteri, dan satu hari untuk lain-lain urusan hal ehwal kerajaan). Kemudiannya 17 hari persidangan bermula 27 Julai sehingga 27 Ogos dan diakhiri dengan 36 hari persidangan untuk membahaskan Belanjawan 2021 bermula pada 28 September sehingga 19 November — sejumlah 71 hari persidangan untuk tahun 2020.

Takwim bertarikh 4 Mac ini juga telah berbeza dengan takwim yang pertama yang dimaklumkan pada awal tahun ini oleh bekas Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Binti Hamzah yang menyatakan Dewan Rakyat akan bersidang untuk 24 hari bermula 9 Mac sehingga 16 April, diikuti dengan 21 hari persidangan bermula 20 Julai sehingga 27 Ogos, dan diakhiri dengan 32 hari persidangan untuk membahaskan Belanjawan bermula pada 28 September sehingga 19 November — sejumlah 77 hari persidangan dalam tahun 2020.

Setakat ini, takwim Parlimen telahpun dipendekkan daripada 77 hari kepada 62 hari. Perbahasan Ahli Parlimen untuk usul menjunjung Titah Diraja juga telah dipendekkan daripada lapan hari ke empat hari.

Adakah takwim Parlimen akan dipendekkan lagi untuk tahun ini?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Jumaat 15 Mei 2020)

============================

The immediate, humiliating and drastic demotion of Dewan Rakyat Secretary, Riduan Rahmat, where he was not even given the decency of 24 hours’ notice, raises the disturbing question about the Perikatan Nasional government’s commitment to parliamentary democracy and the fundamental principle of the Malaysian Constitution on the doctrine of separation of powers among the executive, Parliament and the judiciary.

Is this the Cabinet’s demonstration of its arrogance of power to express its displeasure that Tun Dr. Mahathir Mohamad’s motion of no confidence had been accepted by Parliament, which also resulted in the further truncation of the parliamentary business on May 18 to only permit the delivery of the Royal Address by the Yang di Pertuan Agong?

Riduan’s last act as Secretary of Dewan Rakyat was to send out a notice dated May 13, 2020 to all Members of Parliament informing them that the business of Parliament on May 18 had been truncated to the delivery of the Royal Address.

In the notice, Riduan attached a one-page “takwim” of the May 18 Parliament, leaving open the question whether the earlier notices on the Parliament takwim this year would be subject to further changes.

In his earlier notice of April 17, Riduan had sent the twice-revised takwim of Parliament, i.e. 25 sittings of Parliament from July 13 to August 27; and 36 parliamentary sittings in 2021 budget meeting from 28th September to 26th November.

The takwim of Parliament this year had already been changed twice.

In his notice to MPs dated 4th March, Riduan informed MPs that Parliament would meet for 15 sittings from 18th May to 23rd June (with eight day allocated to the backbenchers’ debate on the Motion of Thanks for the Royal Address, five days for Ministerial replies and one day on government business), 17 sittings from 27th July to 27th August, and 36 sittings for the 2021 budget meeting from 28th September to 26th November – making a total of 71 sittings.

This was itself at variance with the takwim for the first meeting of Parliament in 2020, which was sent out to MPs by the former Setiausaha of Dewan Rakyat, Datuk Roosme binti Hamzah that the Dewan Rakyat would meet for 24 sittings from March 9 to April 16, followed by 21 sittings from 20th July to 27th August and finally for 32 sittings for the 2021 budget meeting from 28th September to 19th November 2020 – making a total of 77 sittings in 2020.

Already, the Parliament takwim this year has been shortened from the original 77 sittings to 62 sittings. The backbenchers’ debate on the Motion of Thanks for the Royal Address have also been halved from eight days to four days.

Will there be further slashing and reductions in the Parliament takwim for this year?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Friday, 15th May 2020)