COVID-19

Lift the restrictions on media coverage of Parliament on May 18

By Kit

May 13, 2020

Tarik balik sekatan media untuk persidangan Parlimen pada 18 Mei

Kerajaan harus menarik balik sekatan media untuk persidangan Parlimen pada 18 Mei.

Persidangan Parlimen selama sehari yang tidak masuk akal sudah cukup buruk, ia merupakan cubaan untuk mengekang kuasa Parlimen untuk meneliti dan menyemak imbang tindakan kerajaan daripada berlakunya penyalah-gunaan kuasa, rasuah berleluasa, pengembalian kleptokrasi dan pencabulan hak asasi manusia.

Kini sekatan liputan media pula menambah “garam kepada luka” ini, yang akan menjadi permulaan cubaan untuk menyekat kebebasan media dan perhubungan di dalam negara.

Saya tidak percaya yang ianya mustahil untuk memenuhi permintaan pihak media untuk diberikan akses penuh liputan Parlimen dan pada masa yang sama mematuhi penjarakan sosial. Oleh itu, saya seru pihak Parlimen untuk berbincang dengan pihak media untuk membolehkan liputan Parlimen pada 18 Mei ini tidak bergantung sepenuhnya kepada “media rasmi”.

Liputan berat sebelah “media rasmi” di Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka pada hari Isnin dan Perak menjadi contoh mengapa kebebasan akhbar tidak boleh dihadkan kepada “media rasmi” sahaja. Malah, terma “media rasmi” itu sendiri bertentangan dengan semangat media yang bebas!

Satu contoh utama perbezaan laporan di antara “media rasmi” dan media yang bebas adalah tiada pihak “media rasmi” yang memberikan fokus kepada kejadian di mana terdapat penceroboh ke dalam Sidang DUN semalam, yang dikira sebagai penceroboh kerana mereka tidak mempunyai kebenaran Speaker Dewan untuk berada di dalam Dewan dan mereka sebenarnya berniat untuk menghalau speaker keluar daripada dewan, yang merupakan satu jenayah memandangkan speaker sahaja yang berkuasa di dalam dewan — seperti yang berlaku kepada Speaker Perak V. Sivakumar pada tahun 2009.

Sekatan terhadap peranan Parlimen dalam meneliti dan menyemak imbang tindakan kerajaan semasa wabak Covid-19 ini telah menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia.

Sekatan kerajaan untuk hanya membenarkan “media rasmi” sahaja membuat liputan di Parlimen ini akan memburukkan lagi imej negara di peringkat dunia kerana sekatan ini hanyalah satu cubaan untuk melanjutkan sekatan yang sedang dikenakan kepada kuasa dan tanggungjawab Parlimen daripada dilihat oleh seluruh negara dan dunia — satu perkara yang bertentangan dengan prinsip kerajaan yang telus, jujur, dan bertanggungjawab.

Pihak Polis juga perlu menggugurkan semua siasatan terhadap wartawan Tashny Sukumaran yang melaporkan tindakan pihak berkuasa yang menangkap pendatang asing tanpa izin.

Selama 22 bulan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, terdapat kebebasan baharu yang dapat dirasai dari segi kebebasan media, dengan negara kita melonjak 44 tempat di dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders, daripada tempat ke 145 ke tempat ke 123 dalam tahun 2019 dan kemudiannya ke tempat ke 101 dalam tahun 2020.

Tidak sampai 100 hari memerintah, kerajaan Perikatan Nasional telah pun mula mengekang kebebasan media seperti yang dapat dilihat dengan kes Tashny dan peraturan yang mengehadkan liputan kepada “media rasmi” sahaja.

Adakah kedudukan negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia akan meningkat atau menurun tahun depan?

(Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Rabu 13 Mei 2020)

===============================

The government should lift restrictions on media coverage of Parliament on 18.

It is bad enough that it will be a one-day Parliament sitting, making a complete mockery of parliamentary oversight and scrutiny against abuses of power, rampant corruption, revival of kleptocracy and widespread violation of human rights

But the restrictions on media coverage is adding “salt to injury” as it will be the thin end of the wedge to control information and communication to impose media censorship in the country.

I do not believe that it is impossible to accommodate the media’s request to ensure full access to Parliament while adhering to effective “social distancing” measures for the Parliamentary session on May 18 and I call on Parliament to discuss with media representatives to ensure that parliamentary coverage on May 18 will not have to depend solely on “official media”.

The one-sided coverage of the “official media” of the Malacca State Assembly proceeding on Monday and the even more shocking coverage of the “official media” on yesterday’s Perak State Assembly proceeding are examples why media freedom cannot and should not be restricted to “official media” – which is in fact a contradiction in terms, as the role of an official media is totally different from the role of a free and independent media!

A good example of the difference of the official media and a free and independent media is that the “official media” did not zero in on the issue of the trespassers in the Perak State Assembly yesterday, to inquire as to why the “men-in-black” were trespassers as they did not have the Speaker’s permission to be present in the Assembly and whose real motive was the criminal one to physically drag the Speaker from the Speaker’s Chair – as happened in the infamous episode in 2009 where the Perak Speaker V. Sivakumar was physically dragged out of the Speaker’s Chair.

The lockdown of Parliament to impose a lockdown of parliamentary oversight and scrutiny of the government in the Covid-19 pandemic is already making the Malaysian Parliament a laughing-stock in the world.

The government’s restriction of media coverage of Parliament to “official media” can only attract great international ignominy as it is nothing but an insidious attempt to extend lockdown of parliamentary oversight and scrutiny to national and international oversight and scrutiny – the very antithesis of an open, transparent, accountable and responsible government.

The police should drop all investigation on journalist Tashny Sukumaran over her news report of authorities arresting undocumented migrants.

Under the 22-month Pakatan Harapan government, there was “a breath of fresh air” in freedom of the press, with Malaysia jumping 44 spots in the Reporters Without Borders (RSF) annual World Press Freedom Index in the past two years, from 145 to 123 in 2019 and then to 101 in 2020.

In less than 100 days, the Perikaatan Nasional government is already backsliding on press freedom, as shown in Tashny’s case and the “official media” rule for Parliament.

Will Malaysia’s Press Freedom Index next year make further improvements or will it backslide?

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Wednesday, 13th May 2020)