COVID-19

Why has Tok Mat descended to the level of paid UMNO cybertroopers?

By Kit

May 11, 2020

Mengapakah Tok Mat kini seakan-akan seorang askar siber UMNO?

Saya terkejut dengan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang kini kelihatan seakan-akan seorang askar siber UMNO, menanyakan mengapa saya masih belum bersara dari politik.

Saya telah katakan tahun lepas, semasa PRK Sandakan, yang saya bersedia untuk bertaruh dengan Tok Mat bahawa Tun Dr Mahathir akan mengotakan janji beliau untuk memberikan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tidak membubarkan Parlimen sebelum berbuat demikian. Tetapi Tok Mat tidak berani menerima cabaran tersebut walaupun saya telah berikan dua hari untuk beliau menerimanya.

Tidak ada sesiapapun yang terkejut jika seorang askar siber perlu bekerja lebih masa untuk memanipulasikan isu semasa. Tetapi untuk Tok Mat berbuat demikian, sedangkan beliau sendiri pun bertanggungjawab dalam menjayakan Langkah Sheraton — yang telah membuatkan taruhan ini tidak bermakna lagi — yang bukan sahaja telah menamatkan pentadbiran Tun Dr Mahathir dan Pakatan Harapan, malah juga menjadi punca gelombang kedua wabak Covid-19 berlaku dalam negara kita yang telah mencatatkan 6,656 kes dan 108 kematian.

Adakah Tok Mat akan bertanggungjawab ke atas gelombang kedua ini, yang telah menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula daripada 18 Mac dan dilanjutkan sehingga 9 Jun?

(Komen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Isnin 11 Mei 2020)

==============================

I am surprised that the UMNO deputy president Datuk Seri Mohamad Hasan has descended to the level of paid UMNO cybertroopers, asking why I had not stepped down from politics.

I had said at the Sandakan by-election in May last year that I was prepared to have a wager with Mohamad that Mahathir will keep his word to pass on the Prime Minister’s post to Datuk Seri Anwar Ibrahim and will not dissolve Parliament to call for fresh elections instead, but Mohamad had not dared to accept the wager although I gave him two days to do so.

No one will be surprised if the paid UMNO cybertroopers work overtime to distort the issue but it is most surprising that Mohamad is in the very forefront of this campaign when he himself was partly responsible for the series of “Sheraton Hotel” events which made the subject completely academic – toppling not only the Mahathir premiership and Pakatan Harapan government, but allowing a second wave of the Covid-19 outbreak in Malaysia resulting in 6,656 cases and 108 deaths.

Will Mohamad accept responsibility for this second wave of Covid-19 outbreak which caused the imposition of the movement control order (MCO) on March 18 and which has now been extended till June 9?

(Media Comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Monday, 11th May 2020)