COVID-19

Call for establishment of a Covid-19 Pandemic Study Centre to learn from the successes and mistakes of other nations and to ensure that Malaysia does not lead the world in using the pandemic to emasculate and marginalise Parliament

By Kit

April 24, 2020

Menyeru penubuhan sebuah Pusat Kajian Pandemik Covid-19 bagi mengambil pengajaran daripada kejayaan serta mengkaji kesilapan negara-negara lain, dan untuk memastikan Malaysia tidak dilihat di mata dunia sebagai negara yang menjadikan wabak tersebut sebagai alasan untuk melemahkan fungsi dan meminggirkan Parlimen

Perutusan yang disampaikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara siaran langsung semalam mengundang kekecewaan. Harapan untuk melihat Parlimen dan Badan Kehakiman diletakkan sebagai perkhidmatan penting di tengah-tengah krisis pandemik Covid-19 tidak kesampaian. Langkah ini menunjukkan kerajaan masih belum serius untuk merangka pelan bagi memulihkan semula ekonomi yang terjejas akibat Covid-19.

Meskipun Malaysia telah menunjukkan prestasi yang cukup baik di pentas antarabangsa dalam perang melawan Covid-19 — setelah mengalami penurunan dari kedudukan ke-18 negara teratas di dunia dari segi jumlah kes positif Covid-19 kepada kedudukan ke-43 dan dari kedudukan ke-33 kepada kedudukan ke-49 dari segi angka kematian akibat Covid-19 — kita masih harus terus belajar daripada kejayaan dan kesilapan negara-negara lain.

Sebagai contoh, ketika Malaysia menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac, negara kita mencatatkan 790 kes positif Covid-19 dan dua kematian. Pada hari yang sama, Amerika Syarikat mencatatkan 9,269 kes dengan 116 kematian sementara Perancis mencatatkan 9,034 kes dan 264 kematian.

Lima minggu kemudian, Malaysia mencatatkan 5,603 kes dengan 95 kematian, sementara Amerika Syarikat mencatatkan 876,174 kes dengan 49,651 kematian dan Perancis pula mencatatkan 158,183 kes dan 21,856 kematian.

Kita sudah melepasi kemuncak lengkungan penyebaran gelombang Covid-19 dan kini sedang melihat corak penurunan, tidak terlalu optimis untuk kita jangkakan bahawa peningkatan kes baharu Covid-19 akan kekal sekitar kadar dua angka, malah mungkin menurun menjadi satu angka dan seterusnya menjadi sifar.

Amerika Syarikat, masih belum mencapai kemuncak penularan Covid-19, manakala Perancis pula masih terus berharap ia telah mencapai puncaknya. Pun begitu, Presiden Perancis baru saja mengumumkan bahawa negara itu akan melancarkan rancangan keluar negara tersebut pada minggu hadapan. Perancis menguatkuasakan kawalan pergerakan pada waktu yang hampir sama dengan Malaysia melaksanakan PKP; pada pertengahan bulan Mac.

Namun begitu, sebenarnya ada negara lain yang berada di dalam situasi yang lebih baik daripada Malaysia. Vietnam misalnya, mempunyai 76 kes dengan sifar kematian pada 18 Mac dan kini, mempunyai 268 kes dan kekal dengan sifar kematian, sementara Taiwan mencatatkan 100 kes dengan satu kematian pada 19 Mac lalu dan kini 427 kes dengan enam kematian.

Kita harus belajar daripada kejayaan dan kesilapan semua negara, khususnya 10 negara teratas dengan jumlah kes Covid-19 terbanyak iaitu Amerika Syarikat (876,174 kes), Sepanyol (213,024 kes), Itali (189,973), Perancis (158,183), Jerman (151,784), United Kingdom (138,078), Turki (101,790), Iran (87,026), China (82,798) dan Rusia (62,773).

Tetapi, kita juga harus belajar daripada semua negara lain, termasuk Korea Selatan, Jepun, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Australia, New Zealand, bahkan Brazil dan Mexico, kerana wabak ini bersifat global dan menyerang semua negara. Tidak ada satu pun negara yang akan dapat bertahan dengan sekatan pergerakan selama-lamanya.

Adakah ini jalan yang akan diambil oleh Malaysia?

Setiap negara sedang bergelut mencari kaedah terbaik bagi mengekang penyebaran Covid-19 di negara masing-masing, dan pada dalam masa yang sama berusaha mengurangkan kesan wabak tersebut terhadap kesihatan, masyarakat dan ekonomi.

Meskipun ada khabar baik baru-baru ini tentang usaha yang dijalankan pasukan penyelidikan di United Kingdom bagi menguji keberkesanan vaksin Covid-19, pembangunan vaksin hakikatnya memerlukan masa yang lama untuk dibangunkan dan tidak ada jaminan ia akan dapat dibangunkan sepenuhnya. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mendedahkan bahawa rawatan yang berpotensi mengubati jangkitan Covid-19 telah gagal dalam percubaan klinikal pertamanya.

Pembatasan sosial perlu kekal sebagai sebahagian dari lumrah kehidupan kita, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh dunia, untuk baki tahun ini dan mungkin akan berterusan pada tahun 2021, sehingga vaksin Covid-19 berjaya dibangunkan dan tersedia secara meluas, yang mungkin memakan masa 12 hingga 24 bulan.

Pelonggaran PKP perlu dilakukan secara berperingkat dan mengikut kawasan. Keadaan tidak akan menjadi normal — seperti sebelum wabak ini merebak dengan dahsyat — untuk tempoh masa yang panjang, jika tidak selama-lamanya.

Malaysia harus segera menubuhkan Pusat Kajian Pandemik Covid-19 untuk mempelajari kejayaan serta mengkaji kesilapan negara-negara lain dan memastikan Malaysia tidak dilihat sebagai negara yang menjadikan wabak tersebut sebagai alasan untuk melemahkan dan meminggirkan fungsi Parlimen.

Kita harus mengambil berat amaran Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Antonio Guterres, bahawa pandemik Covid-19 ini tidak boleh dijadikan alasan untuk negara-negara demokratik bertindak autokratik dan menafikan hak asasi manusia atau mengekang penyaluran maklumat yang benar.

Tambah beliau lagi, situasi yang pada mulanya dilihat sebagai ancaman kepada sistem kesihatan awam kini tiba-tiba bertukar menjadi krisis hak asasi manusia.

Inilah sebabnya mengapa Muhyiddin harus mengadakan Sidang Parlimen Khas berkaitan pandemik Covid-19 pada bulan April dan ia harus bersidang lebih daripada sehari bermula 18 Mei ini, kerana kita tidak mahu dilihat dunia sebagai sebuah negara yang menggunakan alasan pandemik untuk melemahkan dan meminggirkan fungsi Parlimen, apatah lagi mengetepikan Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin perlu membuktikan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia, yang bersedia untuk mempertahankan semua kumpulan terpinggir yang telah menghadapi kesusahan akibat pelaksanaan PKP dan juga bersedia untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di atas prinsip kedaulatan undang-undang dan Parlimen.

Mahkamah Rayuan menunjukkan contoh yang baik dan terpuji dengan mengadakan sesi pendengaran secara “maya”. Perdana Menteri harus mengambil iktibar daripada tindakan Mahkamah Rayuan tersebut dengan memberikan sokongannya kepada Parlimen untuk mengadakan persidangan Dewan Rakyat dan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas secara maya, selain memastikan institusi tersebut memainkan peranannya sebagai ejen semak dan imbang dalam pentadbirannya, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan krisis sebegini.

Muhyiddin juga harus memastikan bahawa Parlimen dan masyarakat Malaysia diajak untuk sama-sama berunding bagi merangka pelan keluar dan strategi terbaik untuk membendung Covid-19, memulihkan semula ekonomi dan membangun kembali Malaysia — dan yang paling utama sekali, memastikan unsur penyalahgunaan kuasa dan rasuah yang dikecam pengundi Malaysia menerusi peti undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 lalu, tidak membuat kemunculan semula dan seterusnya merosakkan negara ini.

(Komen Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pada Jumaat, 24 April 2020)

==============================

The Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin’s telecast address last night is a great disappointment, failing to declare Parliament and the administration of justice as essential services in the Covid-19 pandemic and demonstrating that the government has still to draw up a plan to revive the economy.

Although Malaysia has done comparatively well in the international arena in the invisible war against Covid-19, having receded from top 18th country in the world to No.43 in terms of having the most number of Covid-19 confirmed cases and the ranking of No. 33 to No. 49 in terms Covid-19 deaths, we have still to learn from the successes and mistakes of other nations.

For instance, when Malaysia imposed the movement controlled order (MCO) on March 18, we had 790 Covid-19 confirmed cases and two deaths. On that day, United States had 9,269 confirmed cases with 116 deaths while France had 9,034 cases and 264 deaths.

Five weeks later day, Malaysia has 5,603 confirmed cases, with 95 deaths, while United States had a staggering 876,174 confirmed cases with 49,651 deaths and France has 158,183 cases with 21,856 deaths.

We are well past the peak of the curve in the present Covid-19 wave and in descent, and it is not too optimistic to expect not only the present double-digit daily increase of Covid-19 cases to fall to single-digit but even to look forward to the days with zero increase.

United States, however is still roaring ahead as yet to reach its peak while France is hoping that it has passed its peak. Nonetheless, the French President has just announced that France is to unveil its lockdown exit plan next week. France has been in lockdown almost the same time as Malaysia in mid-March.

There are, however, other countries which have done better than Malaysia, like Vietnam, which had 76 cases with no deaths on March 18 and now, 268 cases and still zero death and Taiwan which had 100 confirmed cases and one death on March 19 and now 427 cases and six deaths.

We should learn from the successes and mistakes of all countries, in particular the 10 top countries with the most number of Covid-19 confirmed cases, the United States (876,174 cases), Spain (213,024 cases), Italy (189,973), France (158,183), Germany (151,784), United Kingdom (138,078), Turkey (101,790), Iran (87,026), China (82,798) and Russia (62,773).

But we should learn from all other countries, including South Korea, Japan, Hong Kong, Singapore, Indonesia, Australia, New Zealand, even Brazil and Mexico, as this is a global epidemic and no country can survive by a lockdown which cut itself off from the rest of the world.

Australia has announced that it will keep its international borders closed for at least three to four months to protect itself from the coronavirus pandemic that continues to deepen in other parts of the world.

Is this the route Malaysia wants to take?

Every country is grappling with the problem how to find the best way to constrain the spread of the coronavirus and minimise overall harm health, society and the economy.

Although there was the recent good news that researches in the United Kingdom have begun testing a Covid-19 vaccine in human volunteers, this will take time and there is no guarantee that a vaccine could be developed. The World Health Organisation has just revealed that a potential treatment for Covid-19 had flopped in its first proper clinical trial.

Social distancing has come to stay, not only in Malaysia but all over the world, for the rest of this year and may be the best part of 2021, until a vaccine against Covid-19 is developed and available widely, which may take l2 – 24 months.

The lifting of the lockdown will have to be phased and localised. There will be no return to the old normality for a long time, if at all.

Malaysia should urgently establish a Covid-19 Pandemic Study Centre to learn from the successes and mistakes of other nations and to ensure that Malaysia does not lead the world in using the pandemic to emasculate and marginalise Parliament.

We must take heed of the warning from the United Nations Secretary-General, Antonio Guterres, that the coronavirus pandemic must not be used as a pretext for authoritarian states to trample over individual human rights or repress the free flow of information.

He said what had started as a public health emergency was rapidly turning into a human rights crisis.

This is why Muhyiddin should convene an emergency Parliament on Covid-19 pandemic in April and Parliament should not meet just for one day on May 18, for it would be an example to the world of the use of the Covid-19 pandemic to emasculate and marginalise Parliament and undermine the Malaysian Constitution.

Muhyiddin must prove that he is Prime Minister for all Malaysians to defend all vulnerable groups who have fallen through the cracks of the MCO and to defend the Malaysian Constitution on the principles of the rule of law and the supremacy of Parliament.

The example set by the Court of Appeal to have a “virtual” hearing is highly commendable and the Prime Minister must give his support not only for Parliament to perform its fundamental duty of scrutiny of the government, particularly during the Covid-19 pandemic, but for the immediate holding of a digital Parliament and digital Parliamentary Select Committees.

Muhyiddin should also ensure that Parliament and all sectors of the Malaysian society should be full consulted in drawing up the best exit plan and strategy to contain the coronavirus, revive the economy and rebuild Malaysia – and most important of all, that the abuses of power and corruption which Malaysian voters repudiated in the 14th General Elections on May 9, 2018 do not make a comeback.

(Media comment by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Friday, April 24, 2020)