Lim Kit Siang

Government must do more to earn the trust and confidence of all Malaysians so as to communicate effectively the unprecedented peril of the Covid-19 pandemic

Kerajaan perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat Malaysia bagi membolehkannya untuk berkomunikasi secara berkesan mengenai bahaya yang dibawa oleh wabak Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memasuki hari keenam hari ini, namun begitu masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yang degil dengan tidak mematuhi arahan untuk kekal berada di rumah dan perkara ini menimbulkan persoalan sama ada PKP ini akan dilanjutkan lagi selama dua minggu ataupun lebih lama lagi.

Kerajaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu bekerja dengan lebih keras lagi untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada mereka bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan berkesan kepada rakyat mengenai bahaya yang dibawa oleh wabak Covid-19 ini.

Siaran langsung Muhyiddin hari adalah satu lagi langkah ke arah ini, tetapi ianya tidak memadai. Kerana inilah saya pernah cadangkan sebelum ini supaya beliau membuat siaran langsung sekurang-kurangnya sekali sehari, ataupun lebih baik lagi dua kali sehari, mengenai perkembangan terkini bencana yang sedang melanda negara kita ini.

Sedangkan di negara Itali — yang kini merupakan tumpuan utama wabak Covid-19 dengan jumlah kematian yang lebih tinggi daripada negara China — pun masih terdapat rakyat mereka yang tidak memahami keperluan pelaksanaan perintah berkurung yang diumumkan beberapa minggu yang lepas.

Perkara ini masih berlaku selepas Perdana Menteri Itali mengumumkan pelanjutan kepada perintah berkurung 25 hari yang mula berkuat kuasa pada 9 Mac 2020 dan sepatutnya berakhir pada 3 April. Perintah berkurung seluruh negara ini diumumkan selepas seluruh daerah Lombardy dan 14 daerah bersempadan dengannya juga diarahkan berkurung sejak akhir bulan Februari.

Timbalan Presiden majlis doktor di Varese, Lombardy, Saverio Chiaravalle memberitahu akhbar UK The Guardian hari ini:

“Di kebanyakan bandar, masih terdapat mereka yang tidak memahami kepentingan untuk kekal berada di rumah. Kita perlukan peraturan yang tegas, semua petugas perubatan bersetuju yang peraturan ini adalah satu-satunya senjata yang kita ada dalam usaha melawan wabak ini melalui pengasingan. Ia adalah satu pengorbanan yang diperlukan dari semua, untuk semua, dalam cubaan untuk mengatasi masalah ini.”

Berita dalam 24 jam yang lepas menunjukkan yang wabak ini masih merebak dengan pantas dan belum lagi mencapai kemuncak penularannya.

Empat hari yang lepas merupakan satu pengalaman yang menyeramkan buat Itali, di mana hampir setiap 4 minit, seorang rakyat Itali terkorban — membawa jumlah korban nyawa harian kepada 427 orang pada hari Khamis, 627 pada hari Jumaat, 793 pada hari Sabtu, dan 651 pada hari Ahad, sejumlah 2,498 rakyat Itali kehilangan nyawa dalam tempoh hanya empat hari.

Malah, sistem kesihatan di Itali kini berada di ambang keruntuhan ketika negara tersebut sedang berusaha keras untuk membendung penyebaran wabak Covid-19 ini.

Sejumlah 5,476 kematian terkumpul setakat ini di Itali, dan angka ini mewakili hampir satu pertiga jumlah kematian global yang kini telahpun meragut 14,563 nyawa. Negara tersebut kini mempunyai jumlah kes kedua tertinggi dengan 59,079 kes positif daripada sejumlah 334,606 kes di peringkat global.

Di serata dunia, wabak Covid-19 ini sedang tersebar dengan amat pantas, dengan peningkatan lebih daripada 100,000 kes baharu dalam tempoh 4 hari yang lepas dan jumlah kematian global melepasi paras 4,000.

Amerika Syarikat kini merupakan negara ketiga, di belakang China dan Itali sebagai negara yang mempunyai kes Covid-19 tertinggi, dengan 33,623 kes, peningkatan sebanyak sebanyak 9,443 dalam tempoh 24 jam yang lepas dan juga telah merekodkan 89 kematian semalam, membawa jumlah kematian keseluruhan di negara tersebut kepada 406.

Keseriusan wabak ini boleh dilihat pada hakikat di mana wabak ini telah sampai ke semua benua kecuali Antartika, dan juga semua negeri di Amerika Syarikat sejak ia mula muncul di Wuhan pada Disember lalu. 85 juta rakyat AS kini tertakluk kepada perintah untuk berada di rumah selepas New Jersey menyertai New York, Connecticut, Illinois, dan California pada Sabtu lepas untuk mengarahkan penduduk di negeri masing-masing untuk kekal di rumah.

Tetapi di dalam kesuraman ini, masih terdapat berita baik — dan ianya datang daripada China, yang merekodkan hanya satu kes domestik baharu dalam tempoh 4 hari yang lepas.

Pilihan berada di tangan rakyat Malaysia, sama ada kita mahu mencontohi China ataupun Itali.

(Kenyataan media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Isnin 23 Mac 2020)

=============================================

The Movement Control Order (MCO) has entered into its sixth day but there are still Malaysians not complying with it to stay at home as to raise the question as to whether the MCO would be extended for another two weeks or even longer.

The Government of Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin must do more to earn the trust and confidence of all Malaysians so as to communicate effectively the unprecedented peril of the Covid-19 pandemic.

Muhyddin’s live media conference today is a step in this direction, but it is not enough as more needed to be done. This is why I had suggested last week that he should make daily live telecast – or even twice a day – on the latest development of the Covid-19 crisis in Malaysia.

Even in Italy, which is firmly at the centre of the global Covid-19 pandemic, exceeding China’s death toll last week despite having fewer confirmed infections and smaller populations (Italy’s 60 million compared to China’s 1.4 billion), there are still Italians who do not understand the rationale of the lockdowns implemented a few weeks ago.

This was after the Italian Prime Minister had announced an extension of the 25-day national lockdown imposed since 9th March 2020 because of the Covid-19 pandemic and set to end on April 3, following earlier lockdowns in the whole region of Lombardy and 14 neighbouring provinces affecting 16 million people since late February.

This is why Saverio Chiaravalle, vice president of the order of doctors in Varese, Lombardy, told the UK Guardian today:

“In many cities there are people who still don’t understand the importance of staying at home. We need strict rules, all medics agree with the rules as one of the only weapons we have to fight this is to isolate. It is a sacrifice by all, for all, to try and overcome this situation.”

The news of the last 24 hours is a pandemic raging away and still to reach it peak.

The past four days had been horror days for Italy, for almost one Italian died of Covid-19 every four minutes – chalking a death toll of 427 on Thursday, 627 on Friday, 793 on Saturday and 651 on Sunday, reaching a horrendous total of 2,498 deaths in four days!

In fact, the healthcare system in Italy is on the verge of a breakdown as it seeks desperately to stem the spread of Covid-19.

With a toll of 5,476, Italy accounts for more than a third of the world’s total of 14,563 deaths. It has the second-highest number of cases with 59,079 out of the global total of 334,606.

Worldwide, the Covid-19 is on a rampage, the number of cases continuing to accelerate, growing by more than 100,000 cases in the past four days while the total toll globally has for the first time passed the 4,000-mark.

United States is now the third country behind China and Italy as the countries with the most cases of COVID-19 infections, with 33.623 cases, an increase of 9,443 in the last 24 hours, and with 89 deaths yesterday to reach a death toll of 406/

The seriousness of the Covid-19 pandemic can be seen from the fact that it has reached every continent except Antarctica, and every state in America since emerging in the Chinese city of Wuhan in December. The US has 85 million people subject to stay-at-home orders after New Jersey on Saturday joined New York, Connecticut, Illinois and California in ordering people to stay inside.

But all is not grim and bleak news – and its comes from China, which recorded its first new domestic case in four days.

The choice before Malaysians is to emulate China or Italy.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Monday, 23rd March 2020)

Exit mobile version